Enjoying Life. Happily Married. Mother of two beautiful and lovely son & daughter. Manager of Domestic Engineering & Support Department of the family since 2004.
The Total Money Makeover - is a good read on how to get out of debt. Ni, Dave Ramsey's 7 baby steps :
1. Save a $1,000 beginner emergency fund.
2. Get out of debt. - list all debts, arranging them by smallest to largest amount. - make only the minimum payments on all except the smallest debt. - pay as much as possible to the smallest debt. When the smallest debt is paid off, add that money to the payments of the next smallest debt. Repeat until all debts except the house mortgage are paid off.
3. Save a proper emergency fund - 3-6 months of expenses.
4. Invest 15% of household income for retirement.
5. Save for children's college.
6. Pay off the home early.
7. Build wealth and be generous.
---
.... This is good advice. It s going to take time to climb the steps one by one, but it is doable. Dengan mengambilkira kadar inflasi di masa depan, langkah 4,5,6 macam susah...and, 7 is too far....
Lauk pagini - ikan selar kuning goreng. Lupa nak kelar...ha ha ha, dah habis masak baru teringat. 😇
Harini pagi - pagi lagi, hujan turun lebat. Dah semalaman tak berhenti. Apalagi, rasa macam nak duduk dalam selimut je, malas nak keluar rumah.
Tapi bila sedar yang diri ini sudah tua, sudah menjadi mama orang, kene bangun lah juga, ke dapur. Nasib baik ada ikan selar kuning dalam peti. So, kita nak masaklah ikan selar kuning ni. Buat goreng je, jadi lauk sarapan. Makan dengan nasik panas + kuah kari + kicap tersangatlah sodap. Dulu masa kecik-kecik, aku suka betul makan ikan ni. Masa bujang dulu juga suka beli ikan ni kat pasar. Selalu, buat goreng je. Masa tu sekilo rm2 je.
Ha berbalik pada cerita tadi. Aku sebut kari ya? Ha a. Iya. Pagi ni, aku dah masak kari juga. Harini, ku buat kari ikan Tombok. Ikannya baru dibeli semalam kat pasar tani. 2 ekor, besar. Sekilo rm18. Nak beli Tenggiri, rm42-44 sekilo....cantik-cantik ikannya. Tapi tinggal kepingan besar-besar sahajalah pulak. Nak beli Jenahak, takde yang menjual. Nak tangkap Kembung pun, boleh tahan jugak harga, rm22 sekilo. Selepas berkira - kira,....Tombok, pun Tombok lah. Orang kata kita kena ukur baju di badan sendiri. Jadi, semalam ku ukur dengan berapa banyak duit yang ada dalam poket sendiri. Cuti sekolah 2 minggu....Nak kene pikir menu apa lagi untuk hari-hari seterusnya...
ikan Tombok. keluarga snapper ke dia ni? nama lain: ikan Landuk. (sumber dari en.google. kredit pada: pemilik gambar yang asal)
Alang-alang rajin, dan alang-alang tukang potong, tukang basuh pinggan dan tukang masak nasik ada di rumah, baik kita masak. Lepastu, bila dah depan komputer dah tak payah sibuk bersilat nak ke dapur lagi....😉
Tak macam dalam video ni, kari harini ku masak tanpa santan, tapi kuletak kerisik...boleyyy la kan... halba, daun kari, dan bendi juga tak de tapi ada kentang. Tak per la, sendiri masak, sendiri puji, sendiri makan,...sedap je 😊😍