Sunday, February 2, 2025

Garlic Butter Grill Lobster + Cheese

 Malam ni, kami gi pesta apa entah kat bandar Pekan. Saja jalan2. Tiba-tiba nampak ada orang jual ketam bunga besar-besar. Besarnya tu adalah dalam saiz tapak tangan orang dewasa. Lobster pun ada jugak. Disebabkan fresh dan agak murah, kami pun beli. Lama tak makan. Kebetulan adik cuti, ada kat rumah. Syok la sikit mama ni nak masak. Kami pun beli beberapa ekor ketam bunga besar dan 2 ekor lobster. Ketam ni, plannya nak masak lomak cili api. Lobster ni, sepanjang jalan mama dan dik bincang nak masak apa.... 

Balik, kami simpan ketam. Mama terus fokus pada lobster. Masa beli tu hidup lagi. Nak siang hidup2, mama tak mahu. Nak tunggu dia mati dulu. Dia mati je, terus siang. Disebabkan sesungut dan kaki dia besar, mama potong2 yang hujung sahaja. Dalam tu penuh isi. 

Mama decide buat Garlic Butter Grill Lobster. Adik jadi tukang potong dan racik bawang. Mama siang lobster dan tukang masak. Apak? Tukang bayar aje. Dia tak makan. Kami pun mesej bam dengan gambar lobster. Ajak balik rumah, makan kat rumah. (Dia duduk kt asrama. Minggu depan final exam)

Idea last minute, kita bakar dgn tabur cheese atasnya....belasah je la!

2 ekor ni baru je hembuskan nafas terakhir...kita ready nak siang!
Pengalaman pertama anak-anak makan lobster. 

Saturday, February 1, 2025

Kompilasi Tak Berjaya

Tahun lepas macam - macam tak berjaya...

Tak berjaya turunkan berat badan ke berat ideal. Dapat turun sikit je. Hmmm....susahnya nak maintain untuk berat tak naik. Tak perlah, gemuk pun abang still sayang kan? 

Tak berjaya siapkan model on time. Sad but true. Tak pe, pelan-pelan aku restart bina balik semula. Dalam seminggu, dapatlah 2-3 hari buat model. The good thing, kita dapat recall balik step2 development. Aktiviti ni membantu bila kita nak menulis Chapter 3. Kita revise balik rujukan-rujukan utama. Buang-buang trim part yang aku merepek melalut meraban.....Dalam otak ni ada banyak nak tulis, tapi tak terkeluar pulak. Aduhaiiii...........................

Tak berjaya publish paper hasil kompilasi data yang dikutip dan disusun. Adakah sebab lama? Aku rasa tak. Kemungkinan juga disebabkan cara aku tulis analysis. Hmm....nanti sambung pikir, next nak buat apa...Mungkin boleh tarik masuk, selit ke...atau mungkin kalau dapat cari cara, Aku teruskan usaha utk publish.  

Tak berjaya habiskan baca buku. (Bukan buku romance ya....ni buku teknikal yang boleh bantu modelling) Alasannya, kerja banyak.....Nak sambung baca, lupa plak haritu berhenti kat mana. Rasa baiklah restart!

Tak berjaya habiskan briskwalk keliling Uni....Sampai kt taman rusa, aku berhenti. Aku main - main dengan rusa. Aku tak nak susahkan orang. Aku call je laki aku amik bawak balik fakulti. Hehehehe, aku sampai di garisan penamat awal. Ngelat. Apa nak buat. Sampai situ je mampu. Dah lama tak jalan jauh. Tiba-tiba nk jalan jauh, hehehehe.....ok, kita sedar diri. Kita kene give up. Kita kene bina balik stamina....Silap sendiri jugak sebab tak maintain lepas balik dari haji dulu. 

Tak berjaya habiskan puasa qada' tahun lepas. Kene habiskan sebelum Ramadhan Mac nanti.

Tak berjaya meneruskan niat nak menjaga bunga ros jepun. Akibatnya, banyak ros jepun mati. Dalam - banyak - banyak pokok bunga, aku memang suka ros jepun. Macam-macam warna. Tapi nak menjaganya memerlukan komitmen. Aku pencinta bunga ros jepun yang tak komited. Teruk kan???

Tak berjaya menjaga kucing dengan baik. Baru-baru ni, aku terlanggar salah sekor kucing sendiri. Hasil X-ray menunjukkan sebahagian organ perutnya telah teranjak ke atas masuk ke kawasan paru-paru. Diafragmanya koyak! Kos pembedahan nak betulkan kedudukan organ-organ tu mencecah 5K. Tu pun doktor tak jamin dia boleh survive pembedahan tu dan survive lepas pembedahan major macam tu. Aku memilih tak teruskan pembedahan. (selfish ke aku?) Setiap kali pandang dia, ralat tak sudah. Sekarang dia dah boleh berjalan, makan, buang air, tapi doktor dah cakap, kapasiti paru-paru dia dah tak normal. dah tak macam dulu. Dia tak boleh berlari. Tak boleh bernafas dengan baik. Kalau kene selsema, mungkin masalah ni akan bertambah teruk....

So many faults, failures and frustrations... 

Entry sulong 2025!!!

 Alhamdulillah, akhirnya....setelah 11 minggu menghadap dan menanda assessment pelajar dari week 5 sampai week 16...akhirnya, selesai jugak. Lega rasa. 

Semalam, dapat jugak merasa menghadap study sendiri sehari suntuk akhirnya. Lama tak dapat nikmat tu. Korek balik thesis, ingat balik kat mana daku berhenti haritu. Bukak balik model, run testing case satu persatu. Catat value. Organize log. Aku buat cemana yang cikgu modelling aku pesan kt aku. Kalau dulu, aku pening jugak, apesal orang A buat cenggini, orang B buat cenggini, tapi sekarang tak lagi...Tapi kail aku baru sejengkal atau mungkin lebih pendek dari sejengkal. Lautan dalam, tak berani aku nak duga......aku banyak bermain jala di persisir gigi airnya sahaja. Cetek - cetek je. Tapi sampai masa, aku kene menyelam sorang-sorang juga. Kalau ada duit boleh beli tangki oksigen. Dapat la selam lama sket. Nak advance lagi, kene beli submarine 😂😂😂.... bila la tu ye...InsyaAllah, mudah - mudahan dilapangkan untuk aku naik lagi tangga yang advance lagi. Amin, mudah mudahan dibukakan jalan... (kita angan-angan dulu eh)

Semua officemate sambung cuti CNY, kita je masuk opis. Sunyi,... Sepi,...Tak de orang.  

Apak pun cuti. Biar apak plak merasa kene tinggal dengan anak - anak masa cuti. Hehehehe...Harini, kita masak asam pedas ikan sembilang...Meh review resepi...