Tuesday, September 27, 2022

Jadilah...

 

Credit:Book Garden & 3 Goats Gruff

Hahahaha...Kalau boleh dapat, best kan? 😉 Sekarang masih lagi membaca, cuma tak sempat nak baca buku cerita...Sekarang, kene hadap journal. Bacanya bukan macam baca novel yang best best tu. Yang ni kene carik motivasi. Contoh kt dalam youtube ni, permandangan tingkap dia di Glasgow. Cantik! Tak macam work desk kita. Hehehee...Asal ada tempat untuk kita pun, kita dah syukur. (Lagi mau komplen) Tak pe.Tak cantik pun tak cantik lah. Apa susah, kita pinjam permandangan dia.....Bila rasa - rasa macam penyakit malas nak menjelma, kita buka youtube channel ni. Biar kerajinan dia tu pindah ke kita...ha, meh sini meh...

Mudah-mudahan kita dapat habiskan study ni...Amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin. 

Sunday, September 18, 2022

Ayamas & Asam Pedas Utara

Arini my mom's birthday. 

Anaknya yang jauh ini tak balik KL kalini. Walaupun tak balik, tapi ayam panggang kita sampai ke rumah. (Kita ni suka ayam panggang. Jadi, kita pun bagi apa yang kita suka pada mak kita). Cuma kisah kalini ayam yang dicita, tidak mendatang. Rasa masa order Ayamas, order black pepper. Tapi sampai kat rumah, dapat percik walaupun kt kotak tu tulis black pepper. Aiseyman...Bukan rezeki my mom la dapat ayam blackpepper di harijadi tahun ni. Ayam percik plak yang sampai depan pintu nampaknya. Zaman sekarang dah moden. Dah boleh order kat sistem yang berkomputer. Semua tekan -tekan di hujung jari aje. Patut dah tak de salah-salah dah. Tapi, nilah yang dikatakan rezeki. Order betul, kotak betul, delivery ke alamat yang betul, tapi bila bukak tengok dalam, lain pulak yang dapat. Alahaiiiii,...Last last decide, baham aje la. Next time la, kita qada' ayam lain. Tak pe. Selalu, Ayamas tengah bulan & hujung bulan ada offer. No worries...

Kita tatap gambar ayam panggang Ayamas blackpepper ajelah ye. 
Ihsan dari Google.

Esok nak makan apa ye....Nak masak asam pedas utara la. Meh tatap resepi bawah ni lama - lama, mudah-mudahan jadi masakannya itu...(Sekalik, entah-entah esok termasak lauk lain pulak 😆)

Sunday, September 11, 2022

Spending a moment with my chicken biryani

Sebelum semua balik asrama,...kita pekena biryani dulu... (mama ni macam saja je bagi orang rindu rumah, sebelum pergi asrama...😁). Asalnya mama nak tanam telur dalam biryani ni, tapi apak kata kene jaga kolestrol dalam darah.....Terus tak jadi. Sudahnya, mama simpan keinginan tu dalam hati je. Telur dalam biryani ni, memang antara favourite mama...tapi apakan daya,...dah tua - tua gini, kene jaga kesihatan. Bila nak kene jaga kesihatan, kene aktifkan mode 'mampu mengidam sahaja' la...


Jap lagi, lepas semua pergi balik asrama, tinggallah mama sorang - sorang kt rumah ni. Apak ada dinner malam ni. 

Hmm...nak buat apa lagi? Back to my desk la kan...

Thursday, September 8, 2022

Taman Negara : Kuala Tahan & Kuala Sat - 2022

Minggu ni, anak - anak cuti. Awal cuti ni tak pegang buku. Selesai basuh baju hari jumaat & sabtu, ahad tu kita bercuti ke Jerantut & Taman Negara, Pahang. Kita g...

Pulau Tawar : Museum Visit.
Kuala Tahan : Jungle Walk, Canopy Walk, Night Jungle Walk, Boat Ride, Sight-Seeing at Lata Berkoh, Fish feeding at Kelah Santuary 
Kuala Sat : Boat Ride, Tubing ke hilir (tapi kita tak buat yg ni, sebab tak reti & tak nak baju basah sebab tu yang last yang ada), Fish feeding at Lampam Santuary 

Pastu kita balik, tido macam tak ingat dunia...😁
Harini, semua sakit - sakit otot...😆. Anak - anak dah kembali pegang homework & buku & join webinar online...Mama? Harini, dah kembali ke meja jugak 😇
Tengkiu, apak...



First time ke sini...

Sehari sebelum ke muzium ni, apak dah bawak budak-budak ni tengok wayang, cerita Mat Kilau.

Canopy Walk. Yang ni masa level rendah. Nanti masa sampai level yang tinggi, kecut perut jugak.

First time kami merasa naik bot menyusur sungai. 
(Tapi apak dah kali kedua ke ketiga kot)

Entah apa la yang dibelek 3 beranak ni kat situ, tak tahu la...


 
Lata Berkoh. Air deras.

Bagi ikan makan sambil biarkan dia gigit kaki...😂

Wednesday, September 7, 2022

Selamba Badak

Hari merdeka lepas (31 Ogos) ada jemputan kat Johor. Disebabkan jemputan ni dari teman lama kan...kita pun amik kesempatan penuhi jemputan sambil makan angin. Kenangan bersama masa kt Perth, memang tak boleh lupa la...Teman study IELTS, teman berpiknik sana -sini, teman pok pek itu ini....Lama tak jumpa. Rinduuuu....Tak pasal-pasal tersambut hari merdeka kt Johor tahun ni. (Masa ni berdua je le. Anak - anak ada aktiviti masing-masing kat sekolah)

Antara jemputan lain juga, termasuklah beberapa kawan-kawan lama kat Perth. Lama tak nampak wajah - wajah yang pernah kukenali suatu ketika dulu. Dulu, zaman dieorang & laki aku tengah sambung PhD..Masa ni, aku sibuk berkelek dengan anak kecik yang mentel - mentel belaka...Berbeza dengan sekarang. Dalam handbang aku, dah tiada diaper, botol susu, mahupun pam susu, hahahaha...Sekarang pun, semua dalam fasa hidup yang berlainan ...Ada yang belum habis lagi jadi 'bas sekolah' 😂

Dah duduk berkumpul kan, semua nostalgia zaman study kt sana dikenang semula...Memang aku tahu dan sedia maklum. Biasalah, dah jumpa, macam-macam cerita - ceriti ada....Dah pok pek sana sini, tiba - tiba tengah -tengah dieorang ready nak makan, aku disapa satu soalan... 

"Ko? Dah?"

"Dah, kak..."

"Ooo ko dah submit yeeee?"

"Eh apo plak, submit submit ni.....saya jawab dah makan la kakkk....Waduh, salah konteks niiii" 😂😂😅

Hadoiiiiii!!! Akak nan sorang ni...Nak jugak diusik zaman PhD aku...Lama tahan mulut nak bertanya dari awal tadi agaknya. "Haduh,...Blom merdeka lagi la akak. InsyaAllah in-progress. Doa-doakan lah semua baik-baik, & selamat habis..."...Tu je la ayat rasmi yang aku gunapakai. Terus disambungnya kisah student dieorang plak, saat dieorang baca thesis student la, masa viva la, saat buat correction la....dan termasuk juga cerita lain dan lain dan lain lagi...Hahahaa! 😂😂😂

Tu yang penggalas status ancient student tak nak jumpa orang kan? Nanti kene tanya. Yang aku? Selamba badak je. Lepas bagik je jawapan seayat dua, cepat - cepat tukar topik. Dalam hati "Ya Allah ya Tuhanku, mudahkanlah urusan hambaMu ini...Amin."...

Rasa nak lari pun ada.