Tuesday, December 31, 2019

Last day of 2019


Bye bye, 2019

Back to my work since 26 Dec   
Hmmm...Ni tengah break jap
Tengah layan lagu ni
Very very old school lah sangat kan...

Esok dah 2020 😏


Saturday, December 28, 2019

Hubungan baik sesama rakan postgrad, ada yang manis, ada yang pahit

Menjaga hubungan baik sesama postgrad, pada aku penting. Menjaga hubungan baik ni termasuk la bergaul dengan baik, berbicara elok. Bahasa yang digunakan sopan. Kadang dalam bentuk jenaka. Kadang berkias. Selalu, aku suka straight to the point. Jelas. Kita faham orang penat letih dan stress dengan study. Kita pun tak nak orang nak serabutkan kepala dan jiwa kita yang sememangnya dah serabut. Walaupun kita mempunyai sv yang berlainan, (ada yang dr fakulti berlainan atau uni berlainan) tu tak bermaksud kita tak boleh berkawan. Kawan masih boleh, walaupun tak de tulis paper bersama. (in the future maybe :😊)...

Sejak pindah pekan, aku jauh dari fakulti sendiri. Kalau lambat lg nk pindah pun, & terpaksa travel, redha je la. Sebagai student yang berkeluarga, penting ada support system yang baik. Contoh bila suami tak available, dan kalau aku kene ke kampus satu lagi,... Dan dalam masa yang sama lagi, tak sempat berkejar amik anak.  Selalunya, aku terpaksa minta jasa baik kawan kawan yang amikkan dan tumpangkan anak kat rumah depa sementara aku tak de. In return, di waktu lain pula, turn aku pulak jadi makcik van sekolah. Time ramai, berhimpit himpit la macam sardin, riuh rendah anak anak dalam kete kecik aku tu...  angkut semua ke ofis ke atau ke rumah...bila depa (mak pak) pula tak available...Kadang, support datang dalam bentuk lain pula. Contoh, Allah hantarkan hamba hamba Allah yang nak belajar dan sudi kongsi knowledge. Contoh terdekat, baru baru ni, berjaya discover n install software yang boleh melajukan keje aku...sukanya hati ni, memang tak terkira. Itupun dapat masa diskas dengan postgrad lain. Terasa laju sikit progress. Aku dah tak guna cara kuno lagi. Ya Allah, bertahun tau dalam kekunoan.... Sebab tu penting dapat duduk dalam persekitaran dan bergaul dengan orang orang yang suka belajar dan berkongsi ilmu..... (orang slow macam aku, macam macam benda tak paham, kene sedar diri lebih sket 😅).

Sejak duduk dekat 2 fakulti, aku dapat tengok budaya pelajar postgrad lebih dekat.... Nama pun 2 fakulti, kan (tapi fakulti lain pun aku ziarah juga)... Dah tentu lain padang lain belalangnya. Lain lubuk, lain ikannya. Dua dua padang aku pergi, dua dua lubuk aku main airnya. Spesis belalang kat dua dua padang aku tengok. Spesis ikan kat dua dua lubuk aku tengok... Bila cerita tentang perangai, memang macam-macam juga. Secara kiasannya, kita juga paham, semua orang hasilkan kentut. Ada kentut berbau dan ada yang tak berbau. Yang kentutnya busuk level tinggi tu, kene pandai pandai sikit nak setel...nak sabar dengan baunya dan terus hidu dan hidu lagi ke, nak diam diam lari ke, nak sound kuat kuat atau pelan pelan supaya in the future dia tak kentut kat muka kita lagi ke, nak collect dalam tabung uji n buat ujian pop ke, sukati la hahahaha....

Tapi, adakah menjaga hubungan baik ni termasuk mengikut sahaja kata kata postgrad lain tanpa perlu berfikir dengan otak yang Allah kurniakan? Tentulah tak, kan? Dalam hal ni kene hubungkan sel sel otak ye. Contoh, bila kita berdepan dengan rakan postgrad yang minta pertolongan "pelik-pelik"...atau ada "udang di sebalik mee" yang kita rasa tak ok, Just say "NO" je. Direct, polite but firm. Kalau bersosial pulak, ada sesetengah event sosial aku join. Kadang ada student nak throw event utk kawannya atau svnya supaya dia boleh enjoy quality time with them tapi tak de duit....ok, fine aku paham. Pernah juga ku bantu sumbang duit, tenaga, makanan walaupun aku tak datang. Ada masa, aku memilih untuk tidak terlibat langsung, sebab ada keutamaan lain yang sememangnya perlu aku dahulukan.

Tapi, bila aku pilih option "NO", adakah aku mendapat penerimaan yang baik dari jawapan aku tu? Ada yang memahami. Boleh terima dengan baik. Terima kasih sangat bagi yang memahami. Terima kasih juga kerana tidak berburuk sangka. Tapi, ada juga yang tak boleh terima "NO". Padanya, kita perlu tunduk dengan kehendaknya... Kalau tak penuhi hajatnya, mula la nak tunjuk belang power dia. Peer pressure la, sindir la, pulau la, nak control sapa kita kawan la.... tuduh itu la ini la. Hmmmm... kadang terpikir, dah mintak kita tolong, kita dah bagi support free, lepas tu nak bentak bentak pula, macam kita pula berhutang dengan dia. Kita tak de pula layan dia sebegitu. Geram juga. Biadab. Kalau sv kita dah sampai marah marah keje tak siap siap, masih perlu ke kita utamakan kehendak dia? kalau kita atau anak kita kat hospital, masih perlu ke kita utamakan dia? Kita ni, tak de pula menyusahkan dia dengan urusan kita.

Kalau masa buat phd kene kritis, dalam hidup pun kene kritis juga. Bukan kritis untuk kenekan orang, tapi kritis dalam membezakan baik dan buruk. Apa yang patut buat, dan apa yang tak patut buat. Tengah tengah serabut ni, memang sengaja ku biarkan ada jarak pemisah dengan sesetengah orang.  Biarlah jauh...Bila teliti balik kejadian lepas lepas, mungkin ni cara Allah mengabulkan doaku. Semoga Allah murahkan rezeki, cukupkan keperluanku, mudahkan pengajian dengan lancar dan baik... Semoga Allah tak jadikan aku  di kalangan orang yang zalim pada diri sendiri dan pada orang lain.

p/s: ...lessons learned 😏

Friday, December 20, 2019

Cuti sekolah : Taking a break

I think i need a break away from my study. Nak setelkan macam macam perkara...Antaranya, nak clearkan almari baju, beli baju sekolah, buku, study planning anak anak,... Lagi?

1. Cari masa untuk spend quality time together. Cuti sekolah ni, kami ikut apak travel keje, n spend masa dengan bersama (tapi lebih banyak kene tinggal juga sebenarnya). Minggu ni, berantai ikut apak dari kl, trus ke terengganu, ni tengah nk ke kl, perak pulak... termasuk plan balik kampung.

2. Celebrate successes. Dalam masa yang sama, minggu ni, result exam checkpoint & upkk keluar.  Alhamdulillah...result bam, lulus semua. Maths turned out to be excellent...rezeki yang tak dijangka. Adik pun, semua A...lega rasa, dah setel dengan baik semua. Next, ready utk upsr & pt3 pulak, yea

3. Mama selalu doa supaya anak anak dapat teman-teman yang baik dan guru-guru yang baik. Mama rasa mama pun perlu doa untuk mama juga. Dalam minggu ni juga, dapat khabar sv no 2 mama dah selamat bersalin. Another blessings ...Alhamdulillah... mama dah janji tak kacau moment urusan bersalin & berpantang dia. Gonna let her have her time settle down with motherhood dulu...

4. Cari masa setelkan urusan cabut gigi n cuci gigi... Alhamdulillah, gigi mama dah setel. Gigi adik ada lagi yang bergoyang. Gigi bam belum cek lagi tahun ni. Hmm....kene cari gak masa ni.

5. Setelkan haiwan peliharaan. Dua minggu sebelum ni, dah setelkan operation mandulkan kucing yang betina dulu. Anak jantan 2 ekoq ni, belom dan lagi nak buat. Hmm... kene cari timing sesuai.  Asalnya sekor je apak bawak balik, sekarang dah jadi 4. Tak mampu jaga kalau bertambah lagi. Pilih veterinar yang boleh jahit kemas. Masa jaga tu, sedih dan bersalah bercanpur baur. Rasa tu bertambah bila tengok ada yang muntah, lepas operation. Menitik juga air mata ni tengok, sbb tahu sakitnyaaaa....Jahitan perut tu. Ni la teman teman gurau dan ubat bosan masa buat keje keje phd. Sejak bam g asrama, ni le kawan - kawan adik...kalau tak, termenung je laaaa....melanguk, bosan sedih abg dia tak de. Kalau apak outstation, mama bangun pagi, depa depa ni la yang teman mama buat keje. (mama ni penakut, kalau ada kucing kucing ni rasa macam tak de la hantu kot, kan?)... Now, semua dah sihat. Jahitan dah cantum elok.Tak de bengkak. Tak de bernanah. Rasa ok dah nak tinggalkan, balik kampung...

6. Symposium tunda ke tahun depan. Tak jadi buat hujung bulan ni. Bila teringat kejadian tahun lepas, terasa ralat. Ingat nak spend quality time dengan kawan-kawan yang baik masa phd, tapi spoiled. Nak enjoy makanan pun terasa tak seronok. Join bengkel sebelum tu, rasa ok...tenang tenang je. Malam tu lemas dengan drama di meja makan... Betullah, Rasulullah SAW pun pernah bersabda: “Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap”. (HR Bukhari No: 1959) Status: Hadis Sahih.

Hmm...Semoga Allah gantikan rezeki yang lebih baik for me in the future....

Thursday, December 19, 2019

1999....2004..............2019

Dah 20 tahun kita kenal...
Dah 15 tahun kita kahwin...
Mula mula lagu mustika mnasir...
Lepastu seribu bayangan damasutra,...
Pastu segalanya mungkin headwind...
Last sampai jugak lagu dua insan mnasir dan yusnizar,... hahahaha
Walaupun sepanjang kawin, kat tengah tengah ada gaduh gaduh macam lagu taking back my love ciara & enrique iglesias..., i hate myself for loving you joan jett...😏
Jauh dalam hati nak dengar lagu ratuku awie, sebenarnya...😆😆😆

Dari muda sampai tua...
Dari tak suka sampai sayang...
Dari kawan biasa sampai jadi suami isteri...
Dari sendiri, berdua, sampai berempat...
Dari sarjana muda sampai sarjana tua...
Dari kurus sampai berisi...
Dari ramping sampai boroi...
Dari motor buruk sampai ada hyundai i10 & inspira...
Dari menyewa sampai ada rumah sendiri...
Dari gaduh gaduh, merajuk merajuk sampai redha hati...
Macam macam kita tempuhi selama 20 tahun...

Tak de manusia yang perfect dalam dunia ni. Many times,....we gotta take the good sides with the bad too... Semoga panjang umur, murah rezeki dan jodoh kita berpanjangan...dunia akhirat.😊 Tak nak share, ye abang! Happy Anniversary... Amin. 😊 Hahahahahahahaaaaa...😝

p/s: tahun ni dapat wireless mouse yang senyap sbg hadiah anniversary...tq.😎

Monday, December 2, 2019

Hoping for Manna from Heaven

Dah download planner 2020. Tinggal nk print besar besar tepek depan mata...supaya boleh tanda dan tak lupa...

Hmm...aku tgh pikir tentang yuran...
maknanya kalau 1 sem = approx rm 2k yuran
Kalau 9 sem,
=  8 x rm 2k + rm2650
= aprox. rm 17k - 19k dah bayar yuran shj.
(only staf dapat potongan 50 %, i don't)

Meh nak kenang kembali, historical path sepanjang pengajian aku kat sini,
Berbaloi tak bayar yuran banyak ni, dengan apa yang aku dapat in terms of value?
Berapa jam aku dedikasikan diri untuk develop research & study?
Berapa jam supervision aku terima?
Berapa banyak aku belajar?
Berapa banyak kemudahan yang aku guna?
Berapa banyak yang aku dapat jana knowledge jadi paper?
Macamana layanan aku terima sebagai pelajar?
Happy tak aku sepanjang jadi student kat sini?

Hmmmmm, tgh berkira kira...
Option 1: maintain status full time student...
Option 2: tukar status kepada part time student
Option 3: tangguh pengajian.
Option 4: berhenti terus?

Kalau aku amik option 4, kawan aku siap nak sepak sepak aku,......hahaha,
ganas seyh, pom pom girl ni...😛
Tapi seriously, in overall, there are things i want to maintain, change, tolerate and don't want to tolerate anymore...

P/s: hoping for 'manna from heaven'

My Lord, indeed I am, for whatever good You would send down to me, in need - Al Qasas (24)