Eh menulis lagi?
Hahahaha...mata ni tak nak tido plak.
Sambil tunggu mesin basuh baju, mama tulis blog la eh...
Harini, datang opis pagi tapi sempat buat keje sampai pukul 11 je. Cikgu yang patut iring adik n team robotik ada urusan nak setel. (Esok ada hari kecermelangan pelajar, tu yang sibuk tu). Apak pulak ada hal kat Melaka. So mama la take over, incharge team adik. Team adik bertanding guna Arduino. Team lagi satu, bertanding guna Mblock. Ada parents lain take over. Tq. Kalau mama sorang, memang tak terkejar nak cover 2 team yang bertanding kategori games yang berbeza sorang - sorang. Nasib baik ada parents yang komited... Memang selalu, dengan depa ni la kami senang pakat nak join tournaments. Team adik kalini, semua boys. Adik sorang je girl...Kalini, bertanding dlm UMP je. Toilet semua ok. Selamat. Tempat ni pun adik dah familiar sangat sangat.
Tournament kalini open kategori. Sekolah menegah & sekolah rendah akan lawan sesama sendiri. Tak asing-asing. Kalau dulu, dengar je nak kene lawan sekolah menengah, kecut perut. Sekarang, lawan je. Kita dah biasa bertanding banyak tempat. Malah kita pernah pergi bertanding dalam pertandingan yang lebih stressful dan sengit dari ni. Yang kalini punya agak santai. So quite ok la. Ni first time adik try Arduino. Belajar, try buat sendiri. Pada mama bagus la ada program macam ni. Zaman mama tak de.
Hari ni, Allah nak bagi hari mama lain dari biasa agaknya. Stress buat keje mama ter 'divert' kejap. Mama trus kene sandang jawatan 'cikgu sambilan sementara'. Tak apply pun, tapi terus dapat. Hahahahaa...Sib bek mama pernah jadi cikgu. Tak le kekok nak handle budak budak ni. Sib bek jugak ada pengalaman handle anak yang tak duduk diam. Mama juga lebih relaks layan budak budak ni. Dah macam mak ayam jaga anak -anak ayam dah gayanya...Bab makan, solat memang mama make sure terjaga. (eh eh, tulisnya makan dulu ye, baru solat...hahahaa, kalau lapar, senang budak buat perangai. dah kenyang, lebih senang handle. suruh solat pun mudah).
Kalini, team adik memang berusaha sungguh sungguh. Macam selalu juga. Kami dapat mara ke semi final. Cuma yang round last tu, program 'hang'. Ada masalah sikit nak loading. Masa lalu kat garisan tu, robot tu macam bengong sket. Tak berapa smooth sensor robot tu detect line. Kami tersingkir lebih awal dari jangkaan. Harapan je la yang memapah semangat yang ada. Frustration tinggi. Mama kene manage perasaan budak budak ni cepat. Boleh nampak frust pada riak muka sorang demi sorang. Siap nak nangis lagi. Mama cuak sekejap. Huhuhuhuhuuu...tak mudah ye nak handle bab perasaan perasaan ni. But i think i did manage the situation very well. Mungkin sbb dah ada pengalaman asyik frust dengan phd sendiri, kah kah kah...jadi, kegagalan tu menyebabkan empati mama lebih tinggi bila tengok orang frust ni.
Ye, kita dah usaha dan kita tak menang kali ni.
Tak pe la. Kita pun dah menang banyak kali. Kita pun dah kalah banyak kali.
Masa nak amik sijil ku bagi budak budak ni je amik, walaupun sepatutnya guru atau wakil guru amik...it s all yours, fellas...
Esok majlis anugerah kecermelangan pelajar...
Esok, sebelum ke opis, mama singgah. Saja g lambat sikit dari biasa...
Hmmm...tahun ni dah nak habis rupanya....
Cepatnya masa berlalu.............dah nak masuk 2020.
Tuesday, November 19, 2019
Sunday, November 17, 2019
A Whale of Time...
Minggu ni mana mana universiti pun sibuk sakan dengan pesta konvo.
Kat sini, start semalam. Feeling aku dah tak macam tahun tahun lepas. Tahun ni aku rasa malas nak pergi. Datang pun sehari dua sebelum pesta konvo je. Itupun sebab apak ada raptai n alang alang tu plan nak ziarah sv no2. Sambil sambil menunggu apak raptai konvo, sempat jumpa postgrad dr fakulti lain, yang drop by nak amik baju konvo. Bestnya feeling dah habis...Dalam kepala, dah ada plan untuk hari konvo sendiri...(thesis pun berterabur lg, plan dah siap dalam kepala..., hmm sungguh tak senonoh kan? hahahhhahaha x pe x pe, jadi motivation nak habiskan study)...
Sambil-sambil tu jugak, sempat bermesej dengan mamat PhD mata hijau, tanya datang konvo ke tak...Dulu, aku selalu kacau dia. Tetiba tau time dia sepatutnya konvo, aku nak buat buat tak heran plak, rasa macam tak kene je kan...Aku pun kacau la...mesej, cakap aku nak tengok dia pakai jubah konvo. Dia jawab tak datang sbb tiket mahal...Lepas tu dia reply dia yang nak tengok aku pakai jubah konvo. Hahahhaaaa...aku jawab lama lagi kot...bagi emoji siput. "i am spending a whale of time to finish my phd"...Penuh emoji gelak dia reply. "Good spirit" jawabnya... Hehehee, Amin. Doa jela yang aku boleh buat selain usaha. Dia tak tau betapa huru hara jiwa aku ni... Utk postgrad fakulti aku yang lain, sempat wish dalam whatsapp je, tanda ingatan...tak dan jumpa. Better depa sibuk cr sv depa. Sumbangan ku dalam perjalan study depa ala ala sebesar taik hidung je...rasa tak sesuai lebih lebih sakan.
Kebetulan, hari konvo clash dengan hari terbuka tudm, jadi dah boleh agak dah yang jam teruk akan berlaku pada masa hari kejadian konvo tu... Malas pun bertambah-tambah secara eksponen. Sapa nak duk dalam jem berjam-jam?
Baik hurray hurray, enjoy makan makan dengan anak-anak kan?
Sejak jumaat (sampai isnin), fakulti apak ni ada program STEM, Pahang National Fox Hunting & Pahang National Hackathon...Adik join dgn team sekolah adik. Mama bantu bantu ajk, sikit sikit je, masa registration. Lepas tu, buat hal sendiri. Harini (ahad) pun, mama boleh datang opis siapkan keje.
Dalam sibuk sibuk minggu ni, sempat juga la amik kesempatan ziarah sv no2 yang nak bersalin...Masa berbual tu, terkenang zaman nak ada baby. Rindunya zaman tu. Zaman duk gomol-gomol baby yang berbau bedak carrie junior. (sanggup import ke oz!)...tapi bila teringat masa balik masa sakit bersalin sampai 40 jam, kene operate semua...Hahahaha...x pelah, aku nak gedik-gedik je, hahahahaha ...jahitan di perut pun dah cantik. Nampak satu line je... Tak de lipatan karipap yang panjang melintang!......Love my surgeon. Kemas! suka sangat! Apapun, aku doakan semoga dia mudah urusan dan selamat bersalin.
Hmmmm...start dah debaran. Bukan debaran cinta...tapi debaran takut. Takut sv no 1 ni jadi gorila.

Tuesday, November 5, 2019
Happy Birthday To Me...2019
1 November ...
1. Another paper is done...
At least dah siap satu draft awal. Comot ke tak make sense ke...yang penting progress to get it written down is done. Ok ke tak ok pikir n baiki kemudian. Lepas tu, terus tutup laptop. Siap - siap berkemas. Happily ready to head to my parent's house...Dah spend 37 hours. Sebelum mabuk main model, hatiku dah sampai KL dulu sebelum jasadku...hehehehee
2. Soto & Asam Pedas...
Kat Pekan ni, soto & asam pedas bukan expertise orang sini kot. Atau aku yang belum jumpa lagi. Kalau kat Melaka atau belah belah belah Johor, iye... Sapa yang minat soto & asam pedas boleh tahu beza rasa umph-nya tu. Asam pedas belah selatan kuahnya pekat n lebih merah. Asam pedas utara pulak cair kuahnya. Kadang kuning oren kadang merah. Yang aku rindu ni, hat belah selatan. Yang soto ni mcm biasa la. Pada aku yang kene sedap supnya dan sambal kicapnya. Aku suka yang ada nasik impit.
Sampai je rumah, makan memang tak ingat dunia. Belasah soto bermangkuk - mangkuk...Esoknya plak makan berpinggan pinggan nasik pekena dengan asam pedas mak aku...Ya Allah, kalah dah dengan nafsu makan kalini...tak pandang kiri kanan dah. Malam sebelum gerak KL, aku cakap kat mak aku, "boleh tak esok nak jadi anak?...Lama sangat anak tembaga tak jadi anak emas hehhehehehehheehee..." Mengadalah katakan...dah lama tak balik. Hiiii, mesti qada' mana boleh tak qada'...Rugi la, dah lama jadi penunggu setia ni =P. (Sekarang dah sampai pekan. Dah pakai badge bini orang dan mak orang semula...tengok asam pedas n soto orang jual kat kedai pun dah tak terliur dah hehehe)
3. Learn to be happy...
Penting. Hidup tak selalu indah. Must keep my sanity intact. Sejak ada kes student phd kt UM bunuh diri...Hari hari aku doa jangan la sewel...Kawan aku siap tanya, "ko ada rasa nak bunuh diri tak?" Hahahahaha...Setakat ni tak. Penat penat aku doa selamat operation semua, pastu nak g bunuh diri buat apa? Anak aku sapa nak jaga? Sapa nak doakan depa? Laki aku? Haaa perasaan kedekut dan tamak haloba tak nak bagi laki kawen lagi boleh jadi motivasi yang baik untuk teruskan hidup kan? kah kah kah kah
4. Tahun kedua - medication.
So far so good Alhamdulillah. Ada la side effect yang tak seronok...suka tak suka, sabar je la.
5. Tahun ni, aku kene lebih memilih :
a. Aku kene memilih nak bergaul dengan orang...
b. Aku kene memilih nak makan apa...
c. Aku memang memilih baju yang tak payah gosok dan senang basuh. Unless rajin.
d. Aku tak free all the time,...so aku kene memilih masa. Kalau boleh, tak nak kacau my productive time. Jangan kecik hati ye.
e. Ada certain issue, aku memilih untuk lari...tak tahan, too overwhelming!
f. Aku nak maintain rambut hitam & lebat. Boleh ke? dah tua pun maintain?
g. Exercise boleh trigger "happy hormon"...Aku pilih yang ringan. Macam naik basikal, jalan jalan dalam fakulti dari tingkat bawah, naik ke atas, turun semula hehehee...jalan kaki g library ke lab ke fakulti lain ke, keliling tasik ke,...tengok rusa ke ...g beli air buah kaw rm 4 kt red cafe ke... Kalau kurus bagus, kalau tak kurus, at least fit. Pembuluh darah kita clear.
6. Last movie yang best aku tengok, was Alita...Lepas tu layan Raatchasi,...Lepas tu Ratsasan...next movie sebenarnya tringin nk tengok Breaking Bad (drama series, aku dah habiskan lepas masters)... tapi baru nak buat dengar ceritanya. Ingat dah siap....So, siap experiment ke atau paper nk tengok movie apa ye best...tengah survey...

Subscribe to:
Posts (Atom)