Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Monday, May 31, 2010

I Can Only Love You

Sebenarnya aku teringin nak update banyak benda...tapi keadaan tak mengizinkan.
Masih huru hara lagik idop aku ni...nak update betul2, kene tunggu aman...(bilalah tu ye? ha ha ha)


Bebaru ni, aku baru habis tengok drama bersiri cina...The Legend Of Condor Heroes 2008. (LOCH 2008)

Ngeh ngeh ngeh... dapat dari kawan se-lab abang kat Uni...alang2 dah ade subtitle tu aku layan je la...kalo nak suh aku download satu persatu, ha ha ha ha ... aku malas sebab lama nyer nak tunggu (sungghpun internet aku laju giler )...standard le cerita cina, memang panjang...

Wokeyh la, layan sikit-sikit...lama - lama habis..Sumer ada 50 episode kot...,Cerita ni dah ada banyak versi dah...entah baper kali remake daaa entah laaa....Tapi dalam byk2 versi, 2008 ni je heronya hensem...ha ha ha ... dimata aku laaa... mata orang len, aku tatau ye...

Jalan cerita pada aku not bad. Ada part yang telah diubah dari cerita asal.
Tapi tulang belakang ceritanya mainly the same...
Cerita ni ada sambungannya,...
Sambunganya bertajuk, Return Of Condor Heroes
Yang ni pun dah banyak versi jugak... latest version, 2006.
Tak de lagik yang terkini selepas tu rasanya...

Lagu-lagu dalam LOCH 2008 sedap, aku layan je walaupun aku tak paham...ha ha ha ...

Saje je nak share lagu ni, tajuknya I Can Only Love You...
kredit bukan aku punya eh...
Ni peminat cerita & lagu ni yang buat...
Aku tumpang tepek je...




Wokeyh la...
Mood tengah floating...
Menghitung hari je ni...

p/s: abang nak dengar lagu ni bang?...dinda tuju kat kanda ye...itupun kalu kande bukak blog ni...kalau tak bukak, 'tuju'an nya akan pending sehinggalah kanda baca... ha ha ha ... ;p

Monday, April 5, 2010

Homemade paint for children

Dulu aku share tentang homemade playdoh untuk aktiviti kanak - kanak kat rumah...Kali ni aku nak share macamana nak bancuh homemade paint...

2 tablespoons corn flour
1/2 cup cold water
2 cups boiling water
powdered edicol dye or food colouring.
  1. Mix cornflour to a smooth paste with cold water. 
  2. While stirring, gradually add boilling water until mix thickens. 
  3. Leave to cool. Mix will thicken more but should still pour easily. 
  4. Pour into paint pots and add 1/4 teaspoons of edicol dye to each pot. 
For finger paint : use 3 cup water to 1 cup cornflour.

~~~~~~~~~~
Kalau untuk aktiviti melukis/mewarna guna kaler air ni...sesuai buat kat luar berbanding dalam rumah...(unless la ada bilik khas untuk buat aktiviti macam ni)...kene jugak sediakan baju khas untuk aktiviti ni...

So far, warna yang aku gunakan tanggal bila basuh (yang terkena pada baju)...tapi disarankan pakaikan baju yang dah tak nak pakai sebab manalah tau kot2 ada yang guna pewarna yang kuat, tak hilang kat baju...tak le ralat nanti.

Bagi yang tak de berus & nak try finger paint...bancuhannya sama, tapi sukatannya berbeza seperti yang dinyatakan. Yang ni memang pakai jari je...kalau nak pakai berus gigi ke...nak pakai span ke...ikut le kreativiti masing - maisng...

Wokeh la...selamat mencuba ye bagi yang nak mencuba...





Saturday, April 3, 2010

Smallville season 10???

“SMALLVILLE” TO RETURN FOR A TENTH SEASON ON THE CW

March 4, 2010 ( Burbank , California ) ─ The CW Network has announced that its hit series “Smallville” will return in the fall of 2010 for a momentous tenth season.

“Smallville,” a modern retelling of the Superman legend, stars Tom Welling as Clark Kent . The series moved to Friday nights this season, where it currently ranks as network television’s #1 show in its time period among men 18-34 and men 18-49. Additionally, “Smallville” has dramatically improved The CW’s ratings performance in its Friday 8:00-9:00p.m.time period by 67% among adults 18-34 (1.5/6), 200% in men 18-34 (1.8/7), 75% in adults 18-49 (1.4/5), 183% in men 18-49 (1.7/6) and 74% in total viewers (3.12million).

“Smallville” joins the five previously announced series – “The Vampire Diaries,” “Gossip Girl,” “90210,” “Supernatural” and “ America ’s Next Top Model” – which will all return for another season on The CW.

“Smallville” was developed for television by Alfred Gough & Miles Millar (“Shanghai Noon,” “The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor”), based on the DC Comics characters. Kelly Souders & Brian Peterson serve as executive producers, along with James Marshall, Mike Tollin, Brian Robbins and Joe Davola. The series is produced by Tollin/Robbins Productions, Millar/Gough Ink and Warner Bros. Television. SUPERMAN was created by Jerry Siegel and Joe Shuster.



 Yey!!!
Sebagai peminat Smallville...
Sukenye aku...tak sabar nak tunggu...

Thursday, January 7, 2010

Soupe Operaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!



Budak - budak berdua ni minat giler dengan Soupe Opera ni...
Depa suka tengok sayur & buah -buahan jadi macam - macam...

Hari - hari depa tunggu rancangan ni tayang kat TV...siap tahu tu pas rancangan apa, Soupe Opera ni keluar...

Time suara pompuan tu tengah sebut "Soupe Operaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!..." masa awal-awal yang mana semua buah & sayur masih dalam bakul...abang dan adik ni pun jerit sama, "Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!"

Kuat giler lak tu...sabo jer la...
Sah tak leh tayang Soupe Opera ni waktu malam...
Terperanjat beruk jiran - jiran kang...;p

Cerita ni mini-series,pendek-pendek je, ...Sapa yang minat,boleh le acu cube tengok kat youtube...

Sunday, December 20, 2009

Kejar balik apa yang aku miss...

Kejar balik apa yang aku miss?...

Entry kali i tak de aper pun sebenarnya..tak ler segempak tajuk entry...aku just kejar balik nak tengok cerita - cerita yang aku miss, cerita yang aku berhenti kat tengah jalan...

Minggu ni tetiba aku teringin lak nak tengok smallville, nak sambung balik kat episode mana aku stop dulu...hmmmm... Kat sini dah tak tayang dah Smallville kat TV...kat foxtel (ala - ala astro gitu) tak tau ler sbb kiterorang tak langgan...

Memang dah lama tak layan...last time aku berhenti layan cerita, masa kat season 7... antara sebabnya aku tak puas hati sebab lois lane tak lawa...keh keh keh ... lana pun makin tak lawa... ke'cun'an die dah berkurang ... tapi mamat clark still maintain macho encem di mata aku, ngeh ngeh ngeh... Watak sepupu clark, kara tu cun...aku rasa kalau switch pelakon tu kepada watak lois lane pun bad...brutal pun brutal...

ceh, pepandai je aku komen tentang pelakon...

Lepas tengok nur kasih,...aku carik gali balik drama/cerekarama yang remy ishak berlakon...bebaru ni tengok suci kasih dgn takbiratul ihram...alahai, frust rasa dengan jalan ceritanya...huhuhuuu...ni tgh nak tengok jalan pintas ke neraka plak...remy berlakon ngan rita rudaini...harap2 ok ler...Bisikan subuh aku tak jd tengok...baca review hampeh...

Sunday, December 6, 2009

Playdough Time!!!


Kelmarin suhu kat sini mencecah sehingga 37 darjah celcius ... jadi budak - budak ni main dalam rumah jer la...

Jadi, aktiviti indoor pilihan kalini, main playdough...Playdough ni bagus utk merangsang kreativiti & penggunaan motor tangan anak - anak .

Mama buat sendiri playdough ni... mama dapat resipi dari State Child Development Center. Nak beli yang komersial kat sini, mahal...pulak tu saiznya kecik. Jadi kalau nak main, kene beli banyak - banyak. Tambahan lak, lama - lama playdough komersial tu pun akan keras jugak. bila dah keras, buang dalam tong sampah lah jawabnya...

So far hasil experimen resipi pertama kali ni, lembut, tak melekat jari, murah, boleh dapat banyak. Homemade playdough ni tak toksik. Paling best, dia boleh tahan selama sebulan atau sebulan setengah. Lepas main, simpan balik dalam bekas atau plastik kedap udara & letakkan dalam fridge. Nak main, bawak keluar dan main... ( Kalau tak letak dalam fridge walaupun cover, nanti berkulat. Kalau biarkan kat luar, tanpa cover pulak lelama dia pun akan mengeras jugak macam playdough komersial tu...)

Kalau mak - mak yang mati kutu tak tau nak buat aktiviti apa dengan anak - anak kat rumah, boleh lah cuba ...

Dua ekor alien, (sorang abang, sorang adik) yang mempunyai banyak ular atas belakangnya,
tengah memegang pistol yang macam ular jugak rupernya.
50l3h panggil 'snake look alike guns'


-------------------------------------------------

Resipi Playdough

Playdough (Masak Atas Dapur)

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan garam
1 sudu besar minyak
1-2 sudu besar serbuk 'cream of tartar' (1 sudu utk kenyal sket, 2 sudu utk lembut)
1 cawan air
beberapa titis pewarna makanan.

  1. Masukkan semua dalam periuk.
  2. Kacaukan sehingga rata sehingga tak berketul.
  3. Masak atas dapur selama 3-5 minit hingga menjadi doh yang tidak melekat. (Perlu kacau selama di atas dapur )
  4. Biarkan sejuk. Bila dah sejuk, sepatutnya ianya dah sedia untuk diuli dan main.

Microwave Playdough


1 cawan tepung gandum

1/2 cawan garam
1 sudu besar minyak
1-2 sudu besar serbuk 'cream of tartar' (1 sudu utk kenyal sket, 2 sudu utk lembut)
1 cawan air.

beberapa titis pewarna makanan

  1. Masukkan semua dalam periuk. Kacaukan sehingga rata sehingga tiada ketulan.
  2. Masukkan dalam mangkuk.
  3. Masak pada suhu tinggi selama 5 minit.
  4. Kacau sehingga menjadi doh.
  5. Biarkan sejuk. Bila dah sejuk, sepatutnya ianya dah sedia untuk diuli dan main.
p/s: aku try playdough yang masak atas dapur tu ajer...yang guna microwave tak pernah lagik...tapi aku share jugak lah resipi ringkas tu...

Tuesday, December 1, 2009

Berakhirnya 'Demam' Nur Kasih

Akhirnya 2-3 hari lepas, demam nur kasih dah kebah... Alhamdulillah, tak de lagi perasaan ternanti - nanti...tertunggu - tunggu menggangu perasaan.

Lega...puas hati.

Aku berpuas hati sebab jalan cerita drama ni berjaya menarik minat aku. Walaupun ramai muka baru yang aku tak pernah tengok dan tak tahu nama, kebanyakkan pelakon tu bawak watak mereka berkesan...macam tiz-zakiah, ummi nazeera, remy ishak...

Kalau tanya abang, pelakon mana yang bawak watak peling berkesan dalam cerita tu, dia rasa watak sarah, adik nur tu yang paling berkesan...kejap manja mengada, kejap meradang lak tak tentu pasal...pastu jadi api dalam sekam...Dalam sesetengah situasi, manusia pendengki kategori gitu unpredictable. Macam - macam dia boleh buat, bila hati die dah busuk. Pandai aje cari peluang... Jadi, abang rasa pelakon tu berjaya bawak watak die berkesan sekali...pelakon dia ummi nazeera.

Kalau tanya aku, jawapan aku tipikal ler...Adam, yang dilakonkan oleh Remy Ishak. Ni first time aku tengok dak Remy Ishak ni berlakon. Nama die pun, aku baru kenal sebab tengok cerita ni...Pandai die bawak watak tu, sampai aku menyampah giler lah ngan dia... Terasa jaki je ngan dia, dari awal sampai akhir... Bila nur amina tinggalkan dia, aku terasa padan muka...ha ha ha...bila dia kene tawan kat mumbai pun, terasa padan muka jugak... ha ha ha... penonton jenis apelah aku ni...

Tapi, truely aku look forward nak tengok dia berlakon lagi...best lakonan dia.

Lagik sorang aku suka, pelakon Mak Jah. Selamba je gaya Liza Othman berlakon. Lama tul tak tengok dia ni berlakon. Ni first come back dia ke? Last lakonan dia aku tengok dalam drama, Hayati kot...dia berlakon dengan zaidi omar...best!

Favourite scene aku, yang masa sarah lari bila tembelang fitnah dia pecah masa aliya bagitau aidil apa yang sarah bagitau dia...kelam kabut dia lari...dan lagi satu scene yang nur marah adam supaya jangan ambik kesempatan masa dalam kereta masa depa dua pergi site...Favourite scene abang plak, masa Adam teringat yang lukisan nur cinta adam dan Adam bagitau Adam pun cintakan nur...(sabolah jer lah lakiku ni, dia lagik karat dari aku ghopernyee, heheee)

Jujur cakap, tak banyak drama melayu yang aku berpuas hati,...Ada tu cerita bagus, tapi pelakon lak macam kayu...harap muka je cun/ensem, lakonan hampeh...

Sesetengah tu pulak bila tengok terasa tensen dengan kebangangan dan cacat cela dari segi jalan cerita...Tapi guna pelakon2 terkenal untuk tarik penonton (kononnya)... buat aku rasa kelat jer nak tengok drama melayu...

Tapi sejak duk perantauan ni, lama tak dapat tengok cerita melayu...aku layan gak lah bila dah lama mengidam tu, dengan harapan jangan ler hampeh jalan ceritanya...(tapi kesudahannya, frust gak...jarang yang tak frust)... aku cakap ni bukan nya aku anti drama/filem melayu...tapi aku merasakan aku patut luahkan kekecewaan aku...Habis tu camno?...bukannya aku tak sokong industri perfileman/pendramaan tempatan,...aku nak, nak sangat...tapi biarlah memang ye & betul2 best.

p/s: bila sesebuah filem/drama bagus orang ingat pelakon jer...orang tak ingat plak pada penulis skrip/cerita dan pengarah ek...

Wednesday, November 25, 2009

Penangan Nur Kasih...

Aku baru tengok nur kasih ni...

Baru download sebenarnya...
Sekarang ni baru episod 16...(ha ha ha , punyer la ketinggalan kan?) Baru tiga malam tengok, dah sampai 16 episod...punyer lah laju kiteorang ni tengok kan?...aper taknyer...ceritanya tak banyak mana pun...iklan je yang panjang, kalau lah tengok ciput - ciput, gerenti aku tak puas ...

Tapi sebab dah download banyak2 episodnya tak ler tertunggu - tunggu nak tahu apa yang berlaku seterusnya...memang penantian satu penyiksaan...aku tak leh nak tahan ... jadi aku tunggu dulu dah banyak episod tu, baru layan tengok pepuas...

Best gak ceritanya eh...abang yang tengah sibuk pun menyibuk gak, nak tengok...heheheeeeee....jadi pengubat lelah lepas asyik terperuk je ngan hal - hal studynyer...

Satu yang aku surprise dengan sambutan drama ni, adalah sambutan dikalangan para golongan suami, depa pun tak ketinggalan gak melayan drama ni... biasanya drama cenggini, orang pompuan je yang rajin layan....

Ada tu, sembunyi2 tengok tanpa pengetahuan isteri...kalau bini depa tau yang depa tengok tak ajak bini, maunyer perang heheheeeeee...sabor jer la...

K lah, nak g bersiap untuk makan malam...
Malam ni, nak melepas rindu dendam lagi...kalau la leh tengok straight tanpa iklan, beshnyerrr...

Tuesday, November 24, 2009

Buat Aper Tu?...

Dua penternak muda memberi ikan makan di akuarium maya di facebook mama...

Makin besar anak - anak ni, makin mencabar lak mama rasa...

Makin terasa tak reti plak nak buat pengisian aktiviti budak - budak ni...masa kita untuk diri sendiri pun terkejar - kejar...malam baru kenal berhenti, rehat...

Setakat ni...Ni aktiviti terkini, bela ikan secara maya, Fishville...saja je bagi budak-budak2 ni seronok ternak ikan... time consumingnye tak lama, jadi depa ni tak ler asyik melekat kat komputer je sepanjang masa...

Yang bagusnya, buat masa ni secara tak langsung depa belajar 'cause & effect'...

Contohnya :
  • Kalau tak bagi ikan makan, ikan ni lapar dan mati...
  • Bila ikan dah besar, baru boleh tangkap...
  • Bila ketuk tanki, ikan lari...
  • Kalau nak ada ikan dalam tanki, kene beli telur ikan...baru boleh dapat anak ikan...
  • Anak ikan akan keluar dari telur...
Secara tak langsung juga anak aku belajar mengenal warna...jadi seronok plak nak tahu ni kaler apa...tu kaler apa...

~ - ~ ~ - ~ ~ - ~
Bila adik tido tapi 50l3h tak tido camne? Buat aper lak?...

Bila adik tido, tapi 50l3h tak tido...mama bagi 50l3h peluang asah bakat seni...eh mama bukan nak jadikan anak mama ni artis pelakon ke atau penyanyi ke...mama nak asah bakat seni lukis...

Tu gambar buaya, ... ni mama buaya, mama buaya ni garang, giginya tajam...
(jap lagi lukis anak buaya plak...adiknya masih dalam telur...)

Aktiviti : mama lukis titik-titik, 50l3h sambung - sambung titik tu...
...sambil tu reka lah cerita tentang lukisan tu...

50l3h sebenarnya tak suka melukis. Jenuh nak suruh die melukis atas kertas...dia juga tak suka krayon atau pensel warna, tapi dia suka conteng whiteboard dengan marker kat opis apak...Oleh sebab itu, apak pun belilah whiteboard kecik secondhand ni, letak kat rumah bagi nak menggalakkan anak bujang dia mencurahkan idea dan memupuk perkembangan kretivitinya melalui lukisan...


Kesan tragedi masih ketara di sofa sehingga ke hari ni oleh adik E-m4n...

Buat masa ni adik E-m4n tak lagi dibenarkan pegang marker...setelah insiden ni, diharapkan tiada contengan merata dijalankan secara haram tanpa kebenaran dalam rumah...tapi dia dibenarkan menconteng buku kosong atau mewarna dengan krayon & pensel warna dibawah penyeliaan dan pengawasan pegawai bertugas...sama ada mama atau apak...

Ini bagi mengelakkan seni grafiti yang akan diasah pada didinding dan juga perabot berlaku...aiyoo yo yoyoyoo...cukuplah hanya dikertas!


Eh yang ni aper pulak...

Owh ni tempat mama asah bakat mama main game...sekarang mama suka main cafe world...ni the highest score mama baru capai bebaru ni...heheeeee...

p/s: Bosan & tensen kan bila lapang, kita tak de benda nak buat...eh eh silap, bosan & tensen kan bila masa lapang, kita tak dapat buat apa yang kita nak buat...kalau nak kire benda yang kita kene buat, banyaaaaakkk...kalau ikutkan, keje sentiasa ada, tak de masa lapang lah kesudahannya...

Saturday, July 18, 2009

Bowling Day Last Week...


Dah berminggu dah daku tak update blog yang bersawang ni...singgah jenguk sini, tapi jari tak berkesempatan menekan keyboard mengarang walaupun dah ada idea kat kepala ni nak mengarang apa...

Minggu lepas, ahad bersamaan 5 julai 2009, ada pertandingan bowling anjuran mypsa-wa di Cannington. Antara peserta, mama dan apak kepada budak-budak berdua ni...hehehee.

Kami berdua team yang berlainan. Bukan gado ke hapa...tapi saje je join team ngan kengkawan masing - masing...Apak lagi pandai main dari mama walaupun taklah teror sangat tapi dia lebih terorlah dari mama yang tak pandai main sangat. Maklumlah mama ni stage beginnerlah katakan...hehheeee

Sepanjang permainan, bila sampai turn masing- masing, masing - masing kene passing anak...bila sampai turn apak kene bowling, anak - anak akan diserahkan pada mama...dan begitulah juga sebaliknya. Nasib baik lane apak sebelah ngan lane mama je. Tak jauh. :)...Iman pulak, bila dah kenyang senang je dia tido. Jadi boleh katakan hampir separuh masa kat sana dia tidur dalam stroller tanpa menghiraukan hiruk - pikuk sekelilingnya.

Memang sentiasa kalau nak jalan keluar...perut kene pastikan kenyang dulu. Terutamanya anak - anak...perut kenyang, hati senang. Bila anak - anak tenang, mama ngan apak pun senang.Tu pun bawak jugak bekal untuk kunyah - kunyah. Bak seperti pantun dua kerat ni, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati...

Alhamdulillah, semuanya bejalan dengan lancar. Sungguhpun tak menang, seronok jumpa kawan - kawan yang sememangnya dah lama tak jumpa. :)

Saturday, June 13, 2009

In The Night Garden...

Event Yang digemari, semua berkumpul menari beramai - ramai...

Makka Pakka, watak yang gemarkan susun batu - batu kecik sampai 50l3h pun suka kutip batu. Habis dikutip bawa balik batu - batu kecik yang cantik yang dijumpainya ketika jalan - jalan makan angin.

Watak favourite 50l3h & E-m4n

Kedua - dua budak ni sangat suka cerita ni. Tak tahulah kenapa dan apa yang sangat menarik minat kedua - dua kanak-kanak ni sampai kedua - duanya gerenti khusyuk la bila cerita ni 'on air' kat TV. Kedua - dua mama ngan apaknya pun lapang sikit bila cerita ni ditayangkan kat tv.

Hehehheheeee... Bilamana semua watak watak dalam cerita ni kene panggil menari kat gazebo, dedua kanak - kanak ni pun tak ketinggalan datang ke depan tv, menari goyang - goyang macam kat bawah ni.


Friday, May 22, 2009

Engkau Masih Di Hatiku...


Tintin & Anjingnya Snowy
dalam
Adventures of Tintin

14 -15 tahun lepas ...
Aku minat giler kartun ni dulu...Siap kumpul keratan komiknya, simpan rapi...Adik aku yang no 2, pun terpengaruh gak ngan aku...dia pun tolong sama kumpul komik Tintin jadi koleksi.

Sayang sungguh, keratan - keratan tu semua tu semua kemudiannya terperuk dalam kotak dan akhirnya kene makan dek anai - anai serta hancing kene kencing ngan kucing adik bongsu aku... Disebabkan sayang ni masih lagik dalam hati, aku cuba carik komiknya kat M'sia tak dok la plak...sedihnya. Aku kuburkan je la usaha jejak kasih komik tu akhirnya...

Sehinggalah sekarang ni aku kembali mencari kembali 'kekasih lama' yang aku pernah tinggalkan satu masa dulu...Tengah kumpul balik cerita ni, tapi bukan dalam bentuk komik lagik, ni yang animated series lak...nak bagi anak aku plak tengok citer ni...kalau dia tak minat tak pe. Mamanya masih minat lagik cerita ni...

Asal cerita ni dalam Bahasa Perancis. Yang aku tengok, sudah tentunya dalam Bahasa Inggeris. Kalau dalam Bahasa Perancis ternganga tengok gambar je la jawabnyer...kah kah kah.
Kenapa aku minat? Entahla...sebab jalan cerita kot.

Monday, May 18, 2009

The 1st Shop of Coffee Prince


Sekarang ni tuan rumah tengah layan The 1st Shop of Coffee Prince

Seperti biasa, bila mula tengok drama baru first 2 episod pertama, tak berapa minat aku tengok...masuk episod ke-3, aku dah excited nak tengok. Ha ha ha...Kalau dah masuk episod 3 still aku tak minat tengok...alamatnya terberhenti situ je la ... aku start tengok drama lain plak. Hehehee...penonton drama yang tak setia...setia hanya pada drama yang best jer.

Sekarang tengah layan episod 8...Hmmm...
Tapi anak da bangun la plak...kene stop dulu.

Update blog ni pun curi curi...hehehe...k la...nanti ada masa update entry lain plak. Sekarang tak brapa dan...
Sekian, Adios...

Tuesday, April 28, 2009

Cain & Abel - completed 20 episodes...

Semalam dah berjaya habiskan tengok cerita korea, Cain & Abel. Best gak la endingnya.

Kali ni hero ni tak mati. Ha ha ha ...asal dia berlakon cerita,wataknya asyik mati je. Tensen peminat sampai cerita ni kene rombak semula, ubah totally...tak lama dulu. Sebabnya peminat So ji sub tak mo dia jadi hero yang menyedihkan, asyik 'mati' je wataknya.

Aku personally tak kisah dia mati ke tak mati asalkan best. Kalau nak terkorban biarkan sebab - sebab yang best...tak mo la frust sket bunuh diri...atau mengorbankan diri atas sebab - sebab yang bodoh. Erk yek, x leh terima aku jalan cerita dan hero bangang camtu. Kononnya nak bagi touching atas sebab cinta agung tahap dewa. Eiiii...c'mon la, nak 'touching' pun, buat cerita yang bijak sket.

Untuk cerita ni, aku bagila 4 /5 bintang. Ade sket la 'holes' pada jalan cerita. Minor je kalau perhatikan betul2, tapi kalau tengok tak detail memang tak prasan. Tak pe la, tak menggangu pun. Layan je la. Pelakon jahat dan baik memang pandai berlakon. Berkesan wataknya.

Entry ni kesinambunagan dari entry ni...

Tuesday, April 21, 2009

Humpty Dumpty Time...



Minggu ni abang sibuk banyak...

Bila abang sibuk, secara tak langsung aku pun sibuk jugak(eh, aku selalu sibuk...cuti pun sibuk. Ha ha ha). Selain kene pikir menu harian kene gak pikirkan aktiviti untuk budak budak ni main...

Ada masa aku kumpul dan simpan kulit telur...Tujuannya untuk aktiviti mengisi masa lapang anak bujang aku.

Telur tu aku tebuk lubang diatasnya...keluarkan isinya...then rebus kosong untuk mematikan kuman...Pastu jemur sampai kering...

Lepas dah kering,... kulit telur tu boleh di buat ''Humpty Dumpty'' ke atau apa saje yang sesuai...Selalu ku bagi 50l3h conteng la apape yang dia suka pada kulit telur tu...

Kalau banyak leh buat 'Famili Telur'...
Ade mama telur, apak telur, abang telur dan adik telur...

Kadang tu gunting - gunting gambar, gam dan tampal...Ade masa lukis-lukis...Ade masa mewarna...

Tapi aku perasan satu, anak ku ini tak berapa suka melukis kat atas kertas...Dia lagi suka kat program Paint untuk dia lukis dan warna...Sekarang ni aku tengah cari site yang ade puzzle game untuk kanak - kanak...Alang - alang dia suka main kat komputer, lagi bagus kalau dia boleh belajar sambil main. Berfaedah sket dari asyik main game tembak tembak kapal terbang je. [Cadangan site yang ada game puzzle untuk kanak2 amatlah di alu-alukan...]

Mamanya suka main Sim2. (Hampir semua cheats, dia try main...Tapi 'hantu' sim masih x berjaya jumpa lagik...heheh.) Tapi sejak workstation kene hijack dek anak bujang ni, tak de chance laaaa nampak gayanye...

Friday, March 27, 2009

KDrama Fever & My Pumping Session

Sekarang ni aku tengah sibok tengok cerita korea. Lama tak tengok cerita korea ni...

Masa mengandung E-m4n, aku alah tengok cerita korea. Asal tengok je jadi pening-pening lak...Last Kdrama aku tengok, Dal Ja's Spring. Sekarang, E-m4n dah keluar, da bleh layan...

Cerita terbaru aku tengah tengok, Cain & Abel.
Nak kata cerita ni best ke tak best lum boleh lagik. Masih awal lagik untuk aku bagi review. Masih tengah tayangan kat Korea. Dah habis tengok baru leh kate best ke tak. So far, makin lama aku tengok, makin sedap aku layan...

Sebenarnya aku je, yang suka nak tengok sebab ni first 'come back' drama yang 'part time lover' aku berlakon sejak die keluar dari military 2007. Siapa part time lover aku itu? Alaaaah, x hensem mana pun oppa tu (ayat penyedap hati abang, heheeee), buat isi masa lapang je, sebab tu aku panggil die 'part time lover' heheh...


Don't worry my beloved Abang, you are always in my heart,my full time lover. Ngeh ngeh ngeh...

Haaa...lagik satu...pas tengok cerita ni, memang bertambah susu aku. Hehehee...
Opsss, jangan silap paham. Point yang aku nak utarakan bukanlah cerita ni leh menambahkan susu, tapi bilamana ibu (susuan) tu happy dan kurang stress, insya allah ransangan untuk mengeluarkan susu oleh badan tu tinggi.

Jadi mana mana ibu susuan yang tengah stress tu, cariklah dan buatlah benda - benda yang boleh buat anda berasa gembira dan kurang stress. Ceria - ceriakanlah diri anda...sekian.

Saturday, March 21, 2009

5 Love Language???Learning how to fill your spouse's & your love tank???

One Of My Collection...

Buku ni pemberian abang masa ulangtahun perkahwinan kami yang ke 2.

Buku ni mengenai gaya bahasa cinta manusia. Sesuai untuk pasangan yang dah berkahwin belajar kenal bahasa cinta dan cara menyatakan cinta diri kita dan pasangan. Dalam nak membentuk keluarga yang bahagia tak leh la sebelah pihak je yang beria - ria. Usaha mesti datang dari kedua pihak.

Ada 5 gaya bahasa cinta yang diutarakan.<<Klik sini untuk tahu lebih lanjut>>
Setiap orang tak semestinya menggunakan bahasa cinta tunggal. Selalunya berkombinasi...
  • Words of Affirmation
  • Quality Time
  • Receiving Gifts
  • Acts of Service
  • Physical Touch
Personal view aku tentang buku ni setelah aku baca, aku suka dan aku belajar banyak. Bahasa inggerisnya mudah paham. Tak bombastik.

Kalau pasangan yang baru kawen memang aku sarankan baca buku ni
...Kalau yang dah lama kawen teringin nak baca pun tak pe. Bertambah ilmu. Bagi sapa yang tak suka membaca pulak, tak yah baca. ;p

Masa bujang dulu,bila aku baca, aku 'digest' sorang - sorang. Dah kawen ni lain plak, lepas aku baca, aku selalu akan ceritakan apa yang aku baca kat abang. Kalau aku tak cerita, abang sendiri yang akan tanya...seronok plak digest knowledge sama - sama. Dapat share input dan output dari banyak sudut dari telaga ilmu yang digali. Heheee...

Sekian.

Friday, March 20, 2009

IP Man


Malam tadi kami tengok cerita IP MAN.

Kami tak pernah dengar pun cerita ni sampai la Kak Sham kata cerita ni best, barulah kiteorang sibuk carik cerita ni.

IP MAN, ni cikgu seni mempertahankan diri kepada Bruce Lee. Kungfu die dipanggil Wing Chun. Filem ni mengisahkan hidup dia masa sebelum dan pada zaman pemerintahan Jepun kat Fo Shan,China. Masa ni dia belum bukak sekolah kungfu lagik. Bruce Lee pun dia tak jumpa lagik.

Pendapat tentang cerita ni setelah tengok, aku kategorikan filem ni sebagai cerita selamat tengok. Jalan cerita pun sedap.Mungkin tak semua orang suka tengok cerita gini, tapi pada aku, aku enjoy the movie. Dan paling enjoy sebab tengok ngan abang. Payah nak curi dan dapat masa berkualiti bersama.

Tapi kan, dalam tak sedar tu, ade seorang budak berada dibelakang pintu bilik tayangan kami. Masa aku nak ke toilet, (ape taknya, asyik makan minum makan minum sambil tengok cerita) bukak pintu nampak seorang budak tersengih. Laaaaaaaa...ingatkan dah tidoooo, rupernye dia tak boleh tido malam tadi. Jadi siaran tergendala dalam 30-40 minit.

Heheheeeee...lawak tengok 50l3h tersengih - sengih...agaknya die takut kene marah sebab tak tido lagi. Jadi dia tunggu la kat depan pintu bilik senyap - senyap tak berani ketuk atau buat bising. Agaknya kalau aku tak ke toilet tu sampai habis cerita la die duduk belakang pintu. Silap - silap tertido kat situ. Hai, macam - macam...

Lepas main dengan die kejap dan hantar die masuk bilik. Kami berdua sambung dating, tengok movie semula kat private cinema tu.

Tuesday, March 10, 2009

Hungarian Rhapsody No. 2




Hungarian Rhapsody No. 2 in C-sharp minor ni favourite aku.
First time masa aku dengar macam kelam kabut.
Second time dengar dah suka lah plak.
Third time, layan lagi...

Lagu ni susah nak follow...bukan susah dengar tapi nak mainkan.
Kagum Tom & Jerry dapat buat almost perfect.
Yang terror pun tersangkut jari.
Aku?Heheh...
Jauh sekali...

Sunday, March 8, 2009

Kung Fu Crab




Ketam favourite 50l3h...Heheheee...