Friday, November 9, 2018

2018 : My Birthday

2018 : A brief review

Yep, i m busy as usual. But this time i managed to find time to write...yeaaaay for me. 😊

1. I can really run and jump!
Tahun ni tahun yang pertama kalinya dirini dah boleh melompat.
Gembiranya, kalah budak setahun yg baru pandai melompat.
Otot perut dah main kuat. Alhamdulillah,...

2. Found suitable medication.
Alhamdulillah, dah genap setahun. So far so good. Dah tak de hot flush kuat, sakit kepala yang teruk sampai muntah2. Lega rasa. Masa sihat, kita jarang hargai kesihatan yang Allah beri. Dah di tarik nikmat itu, barulah tahu kesihatan juga rezeki yang tak ternilai, yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Hanya yang pernah rasa je paham kot apa yang ku cakap ni...

3. 50l3h is getting more responsible and matured
I m glad. My son at Nov 2018 is not the same as my son at Jan 2018.
Making matang, tangani kehidupan.
Jauh beza. I ll be close. I will follow your progress...
Kita usaha je...Mudah-mudahan ada rezeki kita...

5. E-m4n, you have to get ready for UPKK
Tahun ni dah start tinjau nk sekolah KAFA kat mana.
Kene amik UPKK. I will follow your progress too...

6. Dah 11 bulan menetap di Pekan. Very peaceful. Tak macam KL, Pekan ni kawasan separuh bandar dan separuh kampung. Budak budak ni sangat enjoy aktiviti sains dengan apak. Meredah semak carik kura - kura la, tangkap tupai hitam,...jumpa kongkang, biawak besar...Tangkap ikan, tangkap udang, tangkap belut, tangkap ikan haruan, sepat, puyu...
Siap bawak balik, "Mama, malam ni buat asam pedas nak? Fresh ni...tengok ni.." sambil hulur apa yg dia tangkap. Sabo je la...Sebab tak nak menghampakan budak budak yang dah berharap & request sambil telan telan air liur, mama masak je la...Makan bertambah tambah macam tak cukup periuk masak nyeee...

Selain dari tu, depa suka naik motor letrik apak keliling kampung.
Mama pun suka gak...hahaha Mama tak kira, nak gedik gak naik motor jalan - jalan...

7. Tahun ni 3 lagi kawan - kawan yang pergi menghadap ilahi.
Masa dapat berita sedih, punya la terasa sangat sedih. Tak reti nak cakap macamana,...
Seolah olah ada button pause kejap, bagi laluan semua kenangan yang pernah terukir dulu menari semula dalam kepala. Semoga Allah ampuni dosa-dosa kalian,...kalian sudah mulakan kehidupan di alam barzakh dulu sebelum ku. Part ni, buat aku insaf ....... sebab depa pi dalam keadaan tahu yang depa akan 'pergi'.....aku? aku tak tahu bila. Semoga matiku dalam kebaikan.
Anak aku selalu risau kot kot aku nak g operation, tak bagitahu dia...
Hahahaha... aku cakap insyaAllah. Ok la, mama akan bgtau...So far, selepas lalui beberapa operation, selamat la...Tapi dalam hati yang sebenarnya takut gak. Especially, masa doktor bius cakap, "ok...ready, kita sama - sama doa Allah mudahkan, lancarkan operation ni,...ready mengucap,..."... ( Sib bek bangun balik)   

8. Dalam sibuk, tunggang terbalik semua, banyak nikmat yang Allah bagi...Nikmat hidup, nikmat kesihatan, nikmat dapat belajar, nikmat tempat kerja suami dekat dengan rumah, dlln. Nikmat pandai, nikmat laju buat keje, Allah x bagi kat aku... Aku tak komplen. Aku doa je mohon Allah mudahkan aku siapkan study ni.