Thursday, March 12, 2020

"I LOVE YOU"

Ye berbunga hati bila orang kita sayang cakap I love you kan?
To me, 'I love you', includes safety and security.
Harini baca satu post interesting dari FB Raja Shamri...
Yep, It's about money... hmmmmmmm....
Harga minyak dunia sekarang merudum sehingga USD31/barrel akibat Covid-19. Ada analyst menjangka harga minyak akan jatuh ke-paras USD20.
Berita baik untuk pengguna kerana berkemungkinan harga petrol di stesen jatuh pada harga Rm1.20/liter nanti.Berita buruknya, bila harga rendah ianya adalah tidak baik untuk ekonomi Malaysia dimana belanjawan 2020 di-peg pada harga minyak USD60/barrel.
Ini bermakna Malaysia tidak akan mencapai unjuran pertumbuhan ekonomi 4.5% dan berkemungkinan besar ekonomi negara akan menguncup kerana berlakunya global recession.
Saya telah mengalami beberapa recession semasa zaman bekerja pada tahun 1982-1983, 1990-1991, 1998-2000 dan 2008-2010.
Penularan Covid-19 ini akan berlaku sekali lagi economy meltdown diseluruh dunia. Saya menjangkakan masalah virus ini akan berpanjangan antara 1 hingga 2 tahun lagi.
Penjawat awam tidak akan merasa tempias masalah ekonomi merudum tetapi menjadi perit kepada mereka di swasta dan yang berniaga.
Apakah petanda apabila recession akan muncul?
• harga rumah jatuh.
• demand untuk rumah baru merudum.
• Construction business slowdown.
• jualan kereta baru merosot.
• trend share market kebawah.
• harga minyak tidak stabil.
• unemployment rate naik.
• BR naik secara perlahan.
• hutang kad kredit bertambah.
• rate inflasi naik.
• harga barangan essential naik.
• economy meltdown bermula dari negara ekonomi besar seperti US, Germany, France dll.
Saya pernah saksikan pada recession 1998-2000 dan 2008-2010 bagaimana rakan rakan kena retrench dari pekerjaan, business lingkup, rumah mereka dilelong dan ramai pulang kekampong halaman kerana tidak mampu tinggal dibandar dengan kos sara hidup yang tinggi.
Kawan kawan rasa sengsara pada zaman tersebut kerana mengambil loan bank dimana BR (Base Rate) mendadak naik sehingga terpaksa membayar dua kali ganda. Kalau biasa mereka membayar Rm3000 setiap bulan, dengan sekelip mata kena bayar Rm6000 pula. Pada masa itu lah rakan rakan yang menggunakan loan takaful merasa lega kerana tiada peningkatan bayaran bulanan mereka.
Saya notis banyak kereta dan rumah dilelong dengan harga murah. Seorang rakan membeli sebuah rumah banglo di PJ dengan harga Rm500k sahaja kerana pemiliknya tersepit kewangan.
Apa perlu rakyat marhaen buat zaman recession ini?
• Simpan 6 bulan cash reserve sebagai kontigensi. Jika anda perlu membayar setiap bulan hutang rumah Rm1000, hutang kereta Rm500, perbelanjaan rumah Rm2000, maka jumlah sebulan adalah Rm3500. Ini bermakna cash reserve 6 bulan yang perlu disimpan adalah Rm21,000. Jika recession datang, anda ada 6 bulan untuk menilai situasi, mengambil langkah drastik dengan tidak mencopek.
• Jangan berhutang baru dan langsaikan apa apa hutang yang ada. Anda tidak perlu membayar riba kepada bank.
• Bayar 100% hutang kad kredit. Lebih baik anda gunting semua kad kredit.
• Berjimat cermat bila berbelanja. Tidak perlu beli Iphone jika android China phone anda masih berfungsi.
• Jangan bertukar kerja sekarang ini kerana kebiasaan bila retrenchment, last in first out.
• Kalau kewangan kukuh, carilah rumah lelong yang berharga murah pada zaman recession.
• Balik kampong tanam kacang kerana sara hidup dibandar adalah lebih tinggi.
• Ambil skim MSS/VSS jika semua hutang sudah langsai dan tarikh persaraan anda sudah hampir.
• Cash is king.
Kepada mereka yang mempunyai wang lebihan, recession adalah masa sesuai untuk membeli rumah dengan harga murah kerana pelaburan hartanah sangat menguntungkan bila ekonomi berkembang semula nanti.
Allahuallam.
Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: zainuddin omar
* dietlah ketika recession.

Guru & Ibubapa

2-3 minggu lepas kecoh semalaysia (dalam FB) tentang parent yang datang serang guru dan memaksa guru tersebut merangkak dalam kelas sebagaimana anaknya di denda oleh guru tersebut. kemudian merakam dan menyebarkan bagi tujuan untuk memalukan...

Selalu bila ada kes, kene teliti betul2...sebelum tahu hujung pangkal. Nak kata ibubapa salah sepenuhnya, macam tak adil. Nak salahkan guru sepenuhnya juga memang tak adil...Tak adil nak pukulrata semua kes sama. Pernah je aku jumpa guru yang suka maki hamun anak murid tuduh itu ini pada murid walaupun murid tu tak buat kesalahan tu. Pernah juga ku jumpa murid pula yang maki carut marut pada guru walaupun apa yang dibuat guru tu adil dan memang patut pun.

Tapi dalam kes baru baru ni, agak melampaui batas.
Ibu pelajar marah sebab ustazah denda anaknya. Datang sekolah, paksa ustazah pula buat macamana dia denda anaknya. Ye, ustazah tu mungkin hukum anak tu bersebab. Anak mungkin 'cedera sikit'. Cuma cara ibu tu confront rasa tak puas hati agak keterlaluan. Bila marah sedang membara, hati tengah 'panas'... Agaknya tak terpikir untuk confront cara elok. Terpikir juga, memang dah tak de sehabis gala cara baik untuk confront dan suarakan ke??? Sehingga perlu ke sampai bertindak ke tahap degrading a human being macam tu???

Bila takut kene saman. Terus jumpa, bincang baik baik, amik gambar berpeluk bagai. Geram semalam terus terpadam. Kesalahan semalam terus hilang. Dia rasa dengan "maaf" boleh baik segala segalanya agaknya... Memang budaya kat malaysia ni gitu. Dah buat orang kaw kaw, lepas tu minta maaf...kira hapus la semua,...Waaaaaaa...after the damaged has been done. Cepat cepat dia 'cuci tangan'.

Kalau ustazah jawab tak nak maafkan...nanti kene paksa pulak. Disogokkankan pula ayat cliche,"sedangkan nabi pun ampunkan umat"...

Aiseymen!!!
Ada orang kata, kejadian tu ada hikmah. Ustazah tu beruntung dapat hadiah pergi ke Osaka katanya...(tengah tengah ada wabak Covid 19 ni) So, bagus la tu ye? So 'acceptable' la tindakan ni? Tak mustahil lepas ni, ada lagi la buat macam tu... lepas tu boleh dapat offer tiket percuma ke tempat2 ada wabak yang boleh menyebabkan kematian...hmmmmmmmm...orang yang bagi hadiah tu tak peka media agaknya...

---***---

Kang ada pula yang kata kat aku...tak kene kat aku, mana kau tahu apa rasanya...
Meh aku citer,...Dulu masa anak bujangku bermasalah dalam belajar, dia 'dibuli' guru. Pernah aku suarakan rasa tak puas hati. Dengan cara elok pun, macam macam kene kata. (kalau tulis kat sini, mau nangis rasa ingat semula). Sungguhpun macam tu, aku dan lakiku tak pernah pulak layan guru tu ke tahap tu.

Ye, kita confront the problem. Cakap direct to the point. Bila kita suarakan, depan depan, kita expect boleh bincang & cari penyelesaian yang baik. Ubah mana yang tak baik kepada yang baik. Tapi kalau di pihak satu lagi tak 'matang' dan tak boleh terima, ye, memang susah nak dapat jalan penyelesaian. Biarlah terbuka macamana kita, susah nak deal dengan segelintir manusia gini. (aku avoid guna perkataan 'guru', sbb aku rasa personality individu tu yg macam tu, bukan profession guru)

Mau tak geram. 'Damage' confident anak aku. Tak lama lepas tu,...lepas tukar suasana baru. Allah datangkan guru-guru yang baik... nampak perubahan. Walaupun aku tak balas, tapi Allah tu Maha Adil...Cerita tak best sampai juga ke telinga...Glad, I took my leave years ago...Semoga tak berlaku pada anak anak lain yang mempunyai masalah sama....

Aku akui. Bukan semua guru ada jiwa pendidik.
Ada yang jadi guru sebab terpaksa, sebab tak de keje lain, sebab nak cari duit etc...sungguhpun gitu, ada yang pikul amanah kerja sebagai guru dengan baik dan berdedikasi. Zaman sekarang, bukan senang jadi ibubapa. Bukan senang jadi guru juga.
Kekhilafan akan ada...
Memang manusia dikurniakan perasaan marah. Kalau Allah dah bagi tu, memang bersebab. Ada la kepentingan perasaan marah tu. Cuma nak marah pun, biar bersebab yang patut. Biar bertempat...Cara pun biarla patut...

Hmmm, entahla .... mungkin sesetengah orang nampak, cara ganyang orang tu patut....eh? eh? Ha'a kan... time ni, let loose, kurangkan guna otak,...........laki aku kata aku boleh pegang watak mak tiri zaman dulu dulu...kalah siti tanjung perak & normadiah... hulk pun takut...lepas buat tu, rasa lega yang amat.... hahahhahaaa... best sbb boleh lepas perasaan... (ayat sindiran)

---***---

Alhamdulillah, lega anak bujangku dah semakin matang dan berdikari... ye, dah besar besar pun still kene monitor juga. Macam macam kes dah dengar dan keluar berita. Anak bujangku sorang ni je la yang aku ada. Anak pompuan sorang tu je lah jugak yang aku ada. Tak putus doa supaya Allah memelihara dan semoga dijauhkan dari manusia berniat jahat. Amin.