Sunday, April 28, 2024

Nasi Ayam Claypot

Raya lepas, daku sempat rembat sale belanga Dessini 1. Murah! Lani, dah 2 minggu unboxing periuk belanga baru. Kemain rajin masak 😉. Semangat, dapoq berasap! Ingat nk try buat nasi ayam claypot. Jadi sebelum buat, kene review camne orang buat nasi ayam claypot...Khabarnya, nasi ayam claypot ni asalnya, menu orang cina. Selaku orang islam, bahan yang tak halal, kita tak payah guna. Kita pilih dan guna makanan yang halal, dan tanpa was-was sahaja...

Kalini, aku guna je bahan2 yang ada di dapur. Bawang merah, bawang putih, dan halia, dipotong halus untuk tumis. Untuk ayam, aku guna drummet, gaul dengan kicap+lada sulah+bawang putih+garam+tepung jagung. 8 ketul. Bahagi 2 dengan laki aku, maknanya sorang dpt 4 ketul. Tak de pecah2 telur, tak macam Hong Kong style. Dan aku juga x de minyak bijan. Minyak saji je aku guna sebagai ganti. Dan aku tambah daun rosemary, perahan air asam jawa dan kukatok dua batang cili api, buh sekali kt dalam. Akhir sekali, aku taboq daun sup sikit. Masak je, terus tutup api. Angkat, terus buh atas meja. Enjoy makan berdua sambil tengok cerita hantu korea dengan laki aku.... 😍 [ Teaser ]

Sambil mata tengok cerita, berpeluh-peluh kami habiskan nasi ayam claypot panas-panas. Ginilah, dating dengan student phd, g dating kat depan depan tv je... (Kalau g cinema pun membaziaq ja. Bini tidoq!) Sejak guna periuk ni, masak nasik beriyani dlm ni, pun keraknya habis dimakan. Tak melekat! Masak nasi ayam claypot pun, licin! (claypot apanya, nasik ayam dessini kot, nama yg patut diberi 😆) Next. nak try apa plak ye? Hmmmmmh...