Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Monday, May 10, 2010

Selamat Tinggal Susuku...

Hisk hisk hisk...

Sayu hati ni sebenarnya...Teringat zaman perit jerih & susah payah mengumpulnya, tapi akhirnya terbuang begitu saje...Ape boleh buat, dah expired. Dah tak boleh nak diminum lagi.



E-m4n sedang mengira beg susunya...

Tarikh luputnya rata - rata april lepas...tu ler batch terakhir. Ada yang dah expired Mac & Feb lepas...Dah lama expired lama, tapi berat hati nak buang..Sekarang  dah Mei, peti sejuk ni aku plan nak jual. Nak tak nak terpaksa le 'clear' kan jugak. Sebelum tu, aku  tangkap gambar ni sebagai kenang-kenangan...Kenangan terindah saat menyusukan anak...

Note: FEBM - Frozen Expressed Breast Milk

E-m4n pun dah tak nak minum lagik...Sekarang die minum formula sepenuhnya.

Susu kat aku ni ade la beberapa titis lagik kot...(dah lama berhenti stimulate susu sbb plan nak stop) Kadang2, anak aku (E-m4n atau 50l3h atau kedua - duanya sekali) datang check buat 'inspection' sambil picit-picit nak tengok susu,...bila nampak ade sket je yang keluar, die kata,...

"Oooo...susu mama dah tinggal sket daaa...da tak de daaa, abang 50l3h & adik E-m4n da habiskan..." 

Ha ha ha ha ...

Thursday, June 18, 2009

Stok EBM Terakhir...


Ni stok EBM terakhir yang aku dapat kumpul tahun ni. Hisk hisk...pas ni dah tak de dah leh dapat simpan untuk EBM. Huhuhuuuu...E-m4n minum lah ye...penat mama perah tu.

Saje simpan gambar ni buat kenangan di masa akan datang.

Dulu baca tentang breastfeeding tak terbayang kepayahan nak menyusukan anak ni. Dah lalui sendiri...baru tau kenapa sampai dalam Al Quran pun ade sebut tentang kepayahan seorang ibu melahirkan(yg ni sedia maklum, susah...) dan menyusukan anak ni.

Teringat masa awal - awal aku mula berjinak - jinak nak susukan anak masa anak sulong. Banyak tak tahu. Kurang ilmu. Ralat sampai sekarang. Rasa bersalah dengan anak sendiri pun ada...sebab GAGAL bertahan lama.

Alhamdulillah, Allah bagi peluang kedua. Kalini, aku usaha korek ilmu dari kelas2 di hospital dan pembacaan forum dan internet. Puas hati sebab berjaya jugak walaupun tak direct feeding. Yang penting anak dapat susu aku. Lama...sehingga sekarang walaupun dah tak sepenuhnya.

Buat ibu baru dan belum ade pengalaman atau pernah gagal macam aku sebelum ni tapi berhasrat nak menyusukan anak sepenuhnya (sama ada untuk anak berikutnya), nasihat aku, bersiap sedialah diri dengan ilmu dan sokongan mental. Dapatkan sokongan orang2 yang pro-breastfeeding. Kadang kala kene tutup telinga dek kata - kata orang yang melemahkan semangat. In fact tanpa sokongan positif, mmg leh down semangat tu...

K lah...kalah lak lactation consultant. Ngantuk dah ni. Nak masuk tidooo...

Sekian semua, Selamat malam.

p/s: Ade lagik entry nak post ni..tapi gambar tak siap process lagik. Insya allah di lain kali pulaklah akan di post.

Wednesday, June 3, 2009

Insufficient Supply Of My Milk...

Hmmm, Jun ni E-m4n akan setahun, insya allah.

Maka, (insya allah) akan tercapailah target kedua aku untuk susukan E-m4n selama setahun.Sekarang ni susu tengah gawat yang teramat paling sangatnya (apa punyer penggunaan tatabahasa daaaa...).Andai sampai masa susu ni berakhir di sini, aku redha...sungguhpun hati berbelah bagi. Huhuhuuuuuu...

Aku dah top up ngan formula. Dan aku masih teruskan usaha - usaha pam.

Sekian, keluh kesah seorang exclusive-*pumping mother.

* Saje aku miss satu perkataan kat ayat atas. Nak mengelakkan rasa tak sedap.

Tuesday, April 28, 2009

Kuharungi jua...

Nak post entry ni siang tadi, tapi budak2 dah bangun, tak sempat.

Hari pergi ke ladang epal tu sebenarnya elektrik tak de kat rumah. Tak dijangka sebenarnya. Tambah pulak tak de sebarang notis pun diberi. Selalu kalau nak ade sesi tak de elektrik ni, ade notis pemberitahuan.

Kalau tengok dalam gambar kat entry "Anzac Day & Apple Day", aku pakai tudung yang kurang match dengan baju. Sebabnya aku tak sempat nak gososk tudung. Jadi aku terpaksa la sambar tudung yang available masa tu. Sib baik warnanya coklat juga cuma tone coklatnya berbeza.Tapi yang tu aku tak tension sangat...

Part yang aku paling tension...Pagi tu aku tak sempat nak nak pam susu E-m4n sepenuhnya. Arrrrrghhhhh...memang tension!Terasa 'penuh'...x leh ekspresskan sampai kosong sepenuhnya. Tak selesa sungguh.

Nak pam guna bateri, bateri lak x dok...bukan x dok langsung tapi tak mencukupi. Bateri yang diperlukan memang banyak. Tu salah satu kelemahan pam ni. Malah kelemahan besar juga bagi ibu yang exclusive pumping macam aku bila pam tak available. Nak pergi beli bateri pun kedai tak jual sebab blackout masa tu.

Namun, nasib baik abang ada buatkan adapter pam untuk kegunaan pam dalam kereta. Jadi kene angkut la pam ke ladang epal. Boleh dikatakan hampir sepanjang perjalanan la aku guna pam untuk susu keperluan E-m4n. Aku terpaksa buat single pam sebab tak sesuai untuk double pumping dalam kereta...kalau buat jugak, jadi free show la aset aku.

Apapepun aku bersyukur dalam masa mencabar gitu aku dapat jugak kosongkan 'aset' ni. Kalau tak memang boleh bikin kacau jiwa aku... Seringkali gak perasaan rasa jeles tu datang bertandang terhadap ibu - ibu yang boleh menysukan anak secara terus. Senang. Anytime Anywhere boleh breastfeeding.

Friday, March 27, 2009

KDrama Fever & My Pumping Session

Sekarang ni aku tengah sibok tengok cerita korea. Lama tak tengok cerita korea ni...

Masa mengandung E-m4n, aku alah tengok cerita korea. Asal tengok je jadi pening-pening lak...Last Kdrama aku tengok, Dal Ja's Spring. Sekarang, E-m4n dah keluar, da bleh layan...

Cerita terbaru aku tengah tengok, Cain & Abel.
Nak kata cerita ni best ke tak best lum boleh lagik. Masih awal lagik untuk aku bagi review. Masih tengah tayangan kat Korea. Dah habis tengok baru leh kate best ke tak. So far, makin lama aku tengok, makin sedap aku layan...

Sebenarnya aku je, yang suka nak tengok sebab ni first 'come back' drama yang 'part time lover' aku berlakon sejak die keluar dari military 2007. Siapa part time lover aku itu? Alaaaah, x hensem mana pun oppa tu (ayat penyedap hati abang, heheeee), buat isi masa lapang je, sebab tu aku panggil die 'part time lover' heheh...


Don't worry my beloved Abang, you are always in my heart,my full time lover. Ngeh ngeh ngeh...

Haaa...lagik satu...pas tengok cerita ni, memang bertambah susu aku. Hehehee...
Opsss, jangan silap paham. Point yang aku nak utarakan bukanlah cerita ni leh menambahkan susu, tapi bilamana ibu (susuan) tu happy dan kurang stress, insya allah ransangan untuk mengeluarkan susu oleh badan tu tinggi.

Jadi mana mana ibu susuan yang tengah stress tu, cariklah dan buatlah benda - benda yang boleh buat anda berasa gembira dan kurang stress. Ceria - ceriakanlah diri anda...sekian.

Wednesday, March 18, 2009

Gatorade, Minuman Isotonik Boleh Tambah Susu???

Sejak aku amik Gatorade (jenama sejenis minuman isotonik), aku perasan susu aku naik sikit kuantiti perahannya. Aku selalu pam selepas makan.Tiap kali sebelum nak pam aku minum Gatorade segelas dua. Alhamdulillah, adalah penigkatan dalam 1oz-2oz.

Aku rasa minuman isotonik yang lain pun boleh jugak kot menambah susu. Aku amik Gatorade ni sebab, die tak bergas. Bancuh je dengan air sejuk, terus minum. Senang dan cepat.

Memang sejak E-m4n makan makanan pejal, production susu jatuh. Tak semeriah dulu. Betullah kata orang production susu ibu ni ikut permintaan. Susu aku sekarang cukup - cukup untuk E-m4n dan stok fresh kat peti sejuk je.

Kalau nak mintak aku terangkan secara terperinci macammana minuman isotonik ni boleh menambahkan susu, terus terang aku katakan aku tak tahu. Aku pun nak tahu jugak tapi tu di luar jangkauan ilmu aku buat masa ni. Kene la tanya ahli ilmu bidang ni.

Susah payah hasil perahan pam.

Sekarang ni, aku masih lagik berusaha mempertahankan production susu...Target kedua aku, nak usaha sampai E-m4n setahun. Kene giatkan usaha lagi...nampaknya.

p/s: Eksperimen ni aku hanya jalankan atas badan aku sahaja. Jadi aku tak leh jamin 'outcome' serupa pada badan ibu lain.

Tuesday, February 24, 2009

Breastfeeding : Pemakanan, Minuman, Ubat, Proses Pam Susu & Link Rujukan

Ni information yang aku amik dari forum cari. Jenuh nak search sebab dah berbelas-belas page dan thread. Jadi aku pastekan kat sini supaya senang aku nak rujuk esok - esok nanti.

Pemakanan:
  • lobak putih
  • ikan semua jenis ikan ikan yu, ikan sardine, tuna, salmon
  • kurma
  • jantung pisang
  • kucai +tauhu+tougeh
  • petola
  • kentang rebus
  • longan kering (air mata kucing)
  • roti
  • biskut marrie
  • daun turi
  • susu/ soya
  • halba (msk dlm nasi & air rebusannya minum)
  • pengaga
  • kacang buncis
  • sayur sawi
  • cheese
  • planta
  • lauk/ pencuci mulut bersantan macam nasi lemak, kurma, pengat, cendol, bubur etc.

Minuman:
  • air masak
  • susu
  • soya
  • nestum
  • oat
  • horlick
  • milo
  • jus buahan
  • buahan betik/honeydwe
  • rebusan buah pala
  • spirulina
  • air kelapa
  • rebusan air halba
  • air kurma merah
Supplement yg perlu ambik:
  • omega 3
  • obimim
  • kalsium
  • vitamin c

Proses Pam Susu :
  • Cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
  • Mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalou kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
  • Bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti tetek kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru
  • Sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
  • Jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering
  • jgn minum teh/nescafe taou.....mkn supplement jgn tinggal

Ubat tambah hormone prolactin(Sila rujuk dengan doktor anda )
  1. Domperidone*(* recommended)
  2. Maxolon
  3. Metoclopramide (boleh jadi depression)
  4. Motilium
  5. Raglan (boleh jadi depression)
p/s: Kenalpastikan side effect ubat dengan doktor & ahli farmasi.

Tambahan:
  • tuam tuala suam ke atas payudara.
  • urut belakang.
  • urut kat payudara.
  • sentiasa berfikiran positif.
  • invest pada pam susu yg berkualiti.
  • Kerap menyusu bayi.
  • kurangkan stress, jangan fikirkan perkara yang sedih dan tension.
  • doa.
  • tawakkal.

link-link rujukan for lactating moms:
  • http://askdrsears.com
  • http://www.bibmalaysia.org/v2/
  • http://www.breastfeeding.asn.au/
  • http://breastfeeding.com
  • http://www.breastfeeding.org.sg
  • http://kellymom.com
  • http://www.llli.org/
  • http://mamaknowsbreast.com
  • http://momslittleones.com
  • http://mymomsbest.com
  • http://susuibu.com
  • http://www.parentingjoy.com/content/category/4/70/42/
  • http://waba.org.my
  • http://workandpump.com
Ada beberapa makanan dan minuman yang aku dah try pada aku, x berkesan. Macam susu soya dan kurma merah tu aku minum airnya, tak de kesan pada aku. Tapi ngan ade sorang member aku ni berkesan plak. Jadi kesimpulannya, benda ni semua bergantunglah...lain orang, lain rezekinya.

Tuesday, February 17, 2009

Me and My Best Mate

Pejam celik pejam celik dah nak masuk 8 bulan dak E-m4n minum susu aku. Hmmh, tak sangka gak mampu bertahan sampai sekarang. Terus terang, aku agak was-was yang susu aku boleh bertahan dengan 'Exclusive Breastpumping'. Dengan anak sulong aku dulu, kene gak gagah buka tin formula.

Tak mahu kecewa lagi untuk kali kedua. Jadi, dari masa mengandung E-m4n lagik aku dah berazam dan kutip ilmu-ilmu tentang breastfeeding ni.Masa awal2 breastfeeding, macam - macam gak halangan. Sib baik abang ada. Positif sket jadiknya.Kalau tak, sejuk taik ayam aku.Heheheee...

Avent isis, ngan spectra dah jadi tukun dalam almari. Heheheheeee...Dulu aku nak sambar Medela Frestyle. Masa tu(8 bulan lepas), kat Australia belum ada lagi Freestyle. Kalau nak kene order dari US. Tapi tak de warranty lah. Masa tu currency $AUD ngan $USD lebih kurang sama nilai, rambang mata. Harga nya memang murah kalau nak banding kt M'sia.

Tu yang jadi 'nak beli ke tak nak beli'.

Dalam masa yang sama jugak, PISA tengah sale kat Toy 'r' Us. Kebetulan poket tengah berisi, tengok punya tengok, pikir punya pikir, akhirnya aku sambar PISA. Pengaruh paling besar dan utama sebab abang buat kenyataan,"Freestyle ni baru lagi tak tau macamana 'performance'nya.". So abang kata tak yah la amik dulu. Walaupun dalam hati nak gak merasa Freestyle. Tapi kuredha jugak PISA menjadi jodohku.

Overall performance PISA ni aku bagi rate 4.5/5 bintang. Kenapa kurang 0.5 ? Sebab ... walaupun die ni bagus die pun ade kekurangan yang aku kene sabar. Antaranya,

- susu senang masuk dalam tiub. Cara nak atasi, bila tengah let down, aku 'loose'kan kejap(dlm 1-2 saat)shield dari lekapan pada 'Miss T'.Then tukar kepada let down mode. Kadang tu aku terlalai gak, terlelap ke tgh baca buku ke...terleka. Kesannya, habis laaaa...masuk dlm pam.

- besar la jugak nak bawak (4kg). Dengan persalinan lengkap untuk dua orang budak, diaper extra, botol2 susu, changing mat, nappy cream, stroller, cooler, warmer dan pam sumer...memang bapak banyak gile nak kene angkut. (Bak kata Zai, macam nak balik kampung)....Langsung aku jadi malas nak jalan jauh. Aku jadi lebih suka duduk kat rumah dan bersiar2 di sekitar sini aje.

- Kalau, tak de plug nak plug-in atau blackout ke boleh pakai bateri.Tapi bateri punya la banyak nak kene guna. As for me,"Plug-in" untuk kegunaan dalam kereta, abang buat sendiri. Tapi bagi sape yang tak reti nak buat sendiri, nak beli kat kedai pun boleh.

So far this is the best non-hospital grade pump i ever have. Banyak berjasa. Ciri 2 phase suction yang ada banyak membantu. So sape yang nak susukan anak dengan susu ibu tapi bermasalah nak direct breastfeeding, jangan putus asa. Tak dapat direct feeding, cuba usahakan cara lain. Macam aku aku pilih untuk pam dan botolkan.

Kat luar tu ade lagi pam-pam lain yang bagus. Tapi sebab aku tak pernah guna yang selain yang aku guna, jadi aku tak leh la nak bagi review bagus ke tak.

Apapepun kita berusahalah untuk yang terbaik dengan apa yang kita mampu, selebihnya biarlah Allah lah yang tentukan...


-----Progress report.-----

My target to give E-m4n breast milk up to 6 months old : Successfuly Achieved.

My target to give E-m4n breast milk up to 12 months old : In Progress.