Saturday, February 18, 2023

Umpan Jinak Di Air Tenang...

Di tangan baru selesai satu timbunan kerja...Dalam masa yang sama, telinga ni juga baru selesai dengar lagu nyanyian Dayang Nurfaizah...Lagu lama.

Sedap! Mendalam maknanya...Dia bawak live dengan orchestra...👍


Thursday, February 16, 2023

Bangau Botak!

 

Rasa bertuah dapat tengok sawah padi, tempat 'pokok beras' tumbuh...
Air tengah banyak. Masa ni mesti banyak ikan...

Sebenarnya, asalnya ada seekor bangau botak besar kat tepi ni. Besar! Dia dah terbang pulak masa aku berhenti tepi sawah ni tadi. Walhal bukan la dekat sangat pun. Slow je..Aku berhenti ni, nak snap gambar, sebab ada dia kat situ... Nampak macam dia dapat tangkap ikan. Spesis ni sekarang dikategorikan sebagai spesis terancam. Dah nak hampir pupus..........Nanti datang lagi eh...

Wednesday, February 15, 2023

I Love My Planner....

Macam girlish sikit la. Tak jumpa plak yg kurang girlish...Aku pakai je la kan, patut bersyukur la ada. Jimat ink printer. Ni banyak cikadak plak...

Masa degree dulu, ada sorang kwn kt UTMP-UTM ni, suka print planner by months. Setiap satu bulan, sebesar kertas A4. Katanya, bila depan mata, senang kita nak track dateline assignments, appointments & PSM tasks. Dia tampal kt softboard bilik dia. Aku ni, bila datang bilik orang, tengok cara ni bagus dan efisyen.....aku pun tersuka la. So, aku tiru dan guna cara ni sampai 2004. Lepas grad, dah tak buat. 

Sehari sebelum aku jadi student semula, tahun 2010, aku apply balik. Tamat belajar, 2013, aku stop. Sehari sebelum daftar jadi student semula, 2015 aku apply balik sampai la sekarang. Kecuali tahun 2019 je aku tak buat planner ikut bulanan. 2020 sampai sekarang aku sambung semula. Sebabnya, 2019 tu aku dapat planner tahunan yang besar gabak kau!....Puas hati aku menulis tulis kat kotak-kotak haribulan tu...Bila dah hujung tahun, aku review semua -semua benda aku buat sepanjang tahun. Aku suka......Hahahahaaa. Tak perla, syok sendiri. Janji Happy....Kalau dia baca post ni, mesti tergelak sampai nampak gigi....betul tak? kan? kan? hahahahahaa.....

Sekarang ni pun aku masih tiru cara ko lagi. Cuma kalini, aku beli yang dah siap. Kecik sikit. Comel je. Aku beli kt kedai buku tepi giant, kt kuantan. RM5 lebih je. So aku letak kt opis.....Bulan 2, dah nak penuh, bulan 3 hampir separuh penuh....bulan 4 ke atas lapang lagi....

p/s: Masih suka ada depan mata, walaupun dah ada google kalendar

Monday, February 13, 2023

Too many things in my list to do...

Minggu ni, ...

1) Dua - dua anak demam. Yang sorang ni tengah bertahan. Tak boleh balik. Yang sorang, balik. Duduk kt rumah. Rehat. Setakat ini, mamanya gagah lagi. Sihat, tak tumbang. Duk bantai fresh orange je. Hahahaa...Ya Allah, mudahkanlah urusan kami...Amin. Apak outstation. Tak sabar nak tunggu apak balik. 

2) Rumah sepah - sepah pun, mama pejam mata je. Barang atas meja, tak berada ditempatnya...Sabar. Tak nak pikir dulu. Baju kotor belum basuh? Amik basuh. Sidai. Bila kering, baju bertimbun, tak lipat, tak pe. Sabar. Asal bersih. Hahahaaa......Tanganku dua je. Aku utamakan untuk memasak dan untuk menulis/menaip paper & model. Kemas-mengemas, kene tunggu dululah. Depan rumah ni pun serabut. Kututup mata. Sabar je lah. Relaks....Muka aku pun dah naik jerawat. Tapi aku rasa tu sebab aku makan kuah kacang,...bukan sebab stress. 

3) Baru-baru ni buat ujian gula. Nurse baru nak bagi air gula, terus aku cakap aku dah beli siap2. Yang sedap punya. Sanggup buang duit rm20 untuk beli air gula yang sedap. Nilah antara kenapa perlunya ada duit. Supaya kita boleh jaga kelesaan kita dalam menjaga kesihatan. Aku tak nak minum yang dieorang punya. Memanglah free. Jimat. Cuma.....Feeling kembang tekak masa aku minum masa ujian air gula masa mengandung anak sulung dulu, masih duk terasa lagi kemualannya. Sesungguhnya aku tak sudi nak rasa lagi. Nak habiskan segelas tupun, berapa kali nak uwek entah.....Tak mahuuu Uhuhuhuuu.......... 

4) Harini, aku baru habis satu buku tebal 911 mukasurat. Tak termasuk appendix & reference. Ni buku teknikal paling tebal aku pernah baca dari mukasurat 1 sampai habis untuk urusan phd. Aku ingat masa awal- awal dulu, aku ingat nak baca sekali lalu dulu. Lepas tu nak ulang second round. Nak lepas 1 round ni pun 6 bulan....English dia simple. Tapi banyak idioms. American Idioms. Ada banyak lagi aku tak paham. Tapi aku sondol ajela dulu........Disclaimer: aku bukan penyondol rumah tangga orang ye...Aku juga bukan penyondol research atau penyondol supervisor orang.  Buku ni dicadangkan oleh cikgu aku. Masa dia cadangkan beli buku ni, aku beli buku yang dia cadangkan dengan harga murah. Kalau nak berlagak mampu beli harga asal, aku kene cermin diri dulu la. Kene sedar diri. Aku bukan bergaji...Mmg kene jimat-cermat. Bila perlu kita keluar duit, kita keluar duit. 

5) Model aku tgh stuck. So aku susah hati la ni.....Esok aku terpaksa kacau cikgu aku. Kadang-kadang aku rasa, kan bagus kalau aku dilahirkan terus pandai & terror. Baca sekali lalu je, terus jadi expert. Tak payah bergantung pada orang. Tapi hakikatnya tak begitu. Aku hanya manusia biasa. Aku kene berguru dengan pakar yang dalam bidang ni. Kalau bukan ihsan cikgu aku ni, aku mungkin tak berada di level sekarang.... Walaupun aku dah kerja, tapi kalau kene bayar full course, aku tak mampu. (Asyik nak benda bagus secara free je budak ni...).....Haaaa, ni antara sebab perlunya ada duit... kalau ada majikan sanggup nak bayar, tak per la. Aku, sendirian terhad.

6) Aku penat...paham lah aku, kenapa orang kata jadi student phd ni penat. 

p/s: banyak kan perangai aku...

Tuesday, February 7, 2023

Hujan...


Hujan lebat!

1. Masa tengok arah angin tu mula memusar kat paparan ni, cuak kejap rasa.....kot kot terjadi ribut tropika. Semoga dijauhkan...Kita ni dah la duk tepi laut. Last - last weather woman ni tak sebut apa-apa pun tentang ribut atau cyclone ke apa. Cuak hati ni je yang terlebih. Alhamdulillah tak jadi kenyataan.  

2. Pemerhatian sekitar terutamanya air dalam longkang dan parit, deras & penuh. Asalkan mengalir turun. Tak pe. Malam ni air laut pasang tinggi, tapi air sungai mengalir deras ke laut. Ni pun, alhamdulillah.

3. Saat kumenulis ni, hujan dah pun berhenti. Ini petanda yang baik. Dalam masa yang sama, hati ni juga masih menaruh harapan yang hujan akan reda, walaupun dah beberapa kali tengok ramalan cuaca tu kabo hujan sampai Sabtu. Kereta kt rumah ni pun tinggal satu je. Satu tinggal kat fakulti. Bimbang kalau air naik tiba-tiba tengah malam, tak sempat nak bawak kereta lari ke tempat tinggi. Pusat penempatan banjir pun penuh khabarnya. Banyak kawasan dah dinaiki air.

4. Nasib baik assignment student & projek semua dah dlm ada sistem. Kalau ada yang printed pun, aku tak nak bawak balik rumah......kang hanyut ke laut china selatan nanti, sapa la nak tanda? landak laut? ikan pari? siakap? 😅