Friday, April 3, 2009

Sale Susu...

Iklan sale susu pada katalog Woolworth yang dah renyuk dan lunyai E-m4n baca...

Minggu ni ada sale susu kat Woolworth sempena Easter.

Ni bukan kali pertama kami angkut berkotak - kotak susu bila sale. Dah banyak kali dah sepanjang kami kat sini.Tujuannya tak lain tak bukan selain untuk berjimat selagi boleh. Sekarang ni ekonomi Australia tengah meleset (satu dunia pun sama). Inflasi naik. Jadi harga barang semakin naik.

Berkotak - kotak kami borong. Dua hari berturut-turut kami pergi ke Woolworth. Setiap kali pergi, pergi ke cawangan Woolworth lain plak. Kami pastikan bekalan cukup untuk berbulan - bulan lamanya. (selagi tak expired)

Dah setahun lebih susu Davondale ni tak sale semurah ni. Satu liter = $AUD1. Last masa semurah ni masa 50l3h setahun setengah. Selalu paling turun pun sampai $AUD1.30. Lain kedai, lain harga. Tak sama. Tapi yang pastinya tak semurah masa sale ni la. Jadi bilamasa dia tak murah kami beli susu jenama lain yang murah pulak la untuk menampung keperluan susu 50l3h...tak larat nak bedal yang ni jugak. Parah!

Susu kotak Davondale yang kami borong tersusun bawah meja

50l3h tak minum susu formula sejak menjejakkan kaki ke Autsralia. Formula mahal giler kat sini. Susu segar dan susu kotak sebagai alternatif. Jenuh kami cuba bagi dia susu jenama lain. Payah jalan kat mulutnya masa tu. Dia suka minum susu ni. Sekarang, susu lain pun dia minum juga. Tapi susu ni, dia minum lebih sket sebab sedap kot. Tambah pulak tengah sale gini. Memang tersangatlah berbaloi untuk beli.

Susu Davondale ni jugak susu favourite aku. Kalau buat Cadbury Chocholate Drink sedap guna susu ni. Aku dah try guna susu lain. Rasanya taklah sesedap susu ni yang dibancuh dengan Cadbury Chocholate Drink.

Masa mengandung E-m4n, aku turut bantai gak susu ni. Terutamanya masa pagi-pagi, loya betul tekak masa tu. Jadi abang selalula bancuhkan hot chocolate drink untuk aku pepagi isi perut.

Kat M'sia pun ade jual. Aku pernah jumpa kat Tesco yang kat One Utama kot. Jalan yang sama nak pergi The Curve. Dia jual dalam kotak besar, 2 liter. Dulu masa aku jumpa tu harganya dalam RM6-7 sekotak. Sekarang ni tak tahulah. Zaman ekonomi meleset ni mungkin dah tak sama harga.


Susu kotak Davondale yang tersusun kat tepi peti ais kat dapur

Thursday, April 2, 2009

Kala Petang Berlabuh : Riadah di King's Park...


Gambar ni diambil sabtu lepas, sehari sebelum waktu Perth bertukar kembali kepada sebelum daylight saving time. Maknanya sekarang ni waktu di sini dah sama dengan waktu di M'sia.

Lokasi ni di Botanic Garden kat King's Park. King's Park ni tak jauh dari umah kiterorang. Dalam 5 km dari rumah kot (entahla, aku agak je. Erm, mungkin gak 3km.heheheee). Besar giler tempat ni.

Tempat ni terkenal dengan tempat picnic, kebun bunga dan pokok-pokok yang ada kat WA ni.Sembahyang raya pun diadakan kat sini la tetiap tahun kalau tak hujan. Lapang dan terbuka. Boleh muat ramai orang.

Baru - baru ni masa musim panas aritu, ada kebakaran besar berlaku kat sini. Abu, kesan dari kebakaran berterbangan sampai kat rumah kami. Orang ramai yang datang sini dinasihatkan kene alert jalan keluar dari taman ni terutamanya bila musim panas yang mana kebakaran(bush fire) mudah berlaku.

Datang sini, tak de keje lain la budak2 ni...lari sana sini, panjat sana panjat sini, tengok air...jalan - jalan, kejar burung, kejar itik, baling batu dalam kolam...

Yang kecik tu pun aper lagi, tentunya nak merangkak rata kejar burung ke, merangkak saje suka suka pergi sana sini...

Mama budak dan apak budak leh rehat. Biarkan anak - anak main depan mata.
Minum - minum atau makan petang seronok kat sini...nyaman dan tenang...
Sarap pagi kat sini, tak pernah la lagi kiteorang buat ...tak tau la syok ke tak...aku rasa best gak kot...cuma dah sejuk ni, x sedap la sarap makanan sejuk pepagi...musim panas ok kot.


***gambar dah upload yg besar sket.

Tuesday, March 31, 2009

Kisah Ikan Emas...

Ikan emas kami

Keluarga nukleus kami tak pernah ada haiwan peliharaan...ni lah kali pertama.

Satu hari, apaknye pergi ke kedai haiwan. Dia membeli 2 ekor ikan emas untuk anak-anaknya. Anaknya, 50l3h bukan main gembira akan ikan emas yang dibeli oleh apaknya itu. Sebabnya ikan emas yang dibeli oleh apaknya serupa dengan ikan emas bernama "DOROTHY" kepunyaan Elmo, pupet kesukaannya dalam rancangan Sesame's Street dan Elmo's World itu.

Setelah selesai setup air dan balang akuarium, ikan - ikan emas tersebut dituang oleh 50leh sendiri kedalam balang akuarium itu dengan bantuan apak. Dua - dua ikan emas tersebut pun berenang - renang dengan bebasnya dalam balang tersebut.

5ol3h & E-m4n sangat gembira melihat ikan - ikan emas tu berenang dan makan makanan ikan yang ditabur.

Sehari berlalu...masuk hari kedua.

Terkujur kaku...

Apa sudah jadi???
Seekor ikan emas sudah kaku tak bergerak lagi.
Semua dah dilakukan dengan baik, termasuklah penyediaan airnya. Anti-klorin telah diletakkan. Makanan juga diberi.

Apa yang pasti, yang hidup pasti mati.
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Datangnya dari Allah, kembalinya juga pada Allah.
Seekor ikan emas kesayangan anak - anakku dah pergi menghadap ilahi.
Tinggallah sekor je lagi...

Sekian.

p/s: entry ni dah lama taip, tapi harini baru dapat post.

Tag: "5 Things" - from Zue & Farah

Disebabkan aku di tag oleh 2 orang pada waktu yang berbeza, tag yang kemudian oleh Farah, aku kire aku dah jawab tag ni. Masa jawab tag ni, zue orang yang pertama tag aku.

5 things in my bag:
- HP
- Camera
- Bedak muka
- Tisu lembab
- Tisu kering

5 things in my wallet:
- Duit
- IC
- Kad bank
- Lesen Memandu
- Kad OSHC (health insurance, incase ade kecemasan kene g hospital ke klinik. X de ni kopaklah poket)

5 favourite things in my bedroom:
- Katil bercadar 100% kapas
- Cooler (bila musim panas)
- Electric Blanket (bila musim sejuk)
- Pewangi
- Tempat sidai

5 things I wish to do :
- Nak belajar banyak benda lagi...
- Kumpul duit untuk g haji
- Nak elak berhutang kalau boleh
- Nak beli kete besau...(kete apa tu, rahsia)
- Nak hias rumah

5 things I’m doing now :
- Jawab tag zue (sebab masa ni zue bg tag ni dulu...)
- Taip posting baru
- Surf Internet
- Tunggu abang balik
- Pikir esok nak masak ape...hmmmm...

Buah Hatiku Nan Sorang Ini....

Sibuk 'mengemas' sambil bermain...

Sejak 2 3 menjak ni, diri ni dilanda kesibukan melampau. Sempat jenguk blog tapi tak sempat buat entry. Kali ni pun buat curik2 masa bila anak - anak tido. Kali ni share gambar E-m4n lak...E-m4n dah 9 bulan. Macam - macam dia dah boleh buat...merangkak, berdiri meniti (dengan bantuan), membaca, cuba berjalan, berbual (kadang dengar macam bahasa korea lak nadanya, ha ha ha), ...dan adakala tu mencabar kesabaran gak. Sabo jer la mama ni, ngan budak 9 bulan ni...

Buku - buku E-m4n


"Grrrr....,grrr..." tinggal suku bekas je.

Nota: SudoCream ni krim pencegah ruam lampin. Bukan makanan.

Friday, March 27, 2009

KDrama Fever & My Pumping Session

Sekarang ni aku tengah sibok tengok cerita korea. Lama tak tengok cerita korea ni...

Masa mengandung E-m4n, aku alah tengok cerita korea. Asal tengok je jadi pening-pening lak...Last Kdrama aku tengok, Dal Ja's Spring. Sekarang, E-m4n dah keluar, da bleh layan...

Cerita terbaru aku tengah tengok, Cain & Abel.
Nak kata cerita ni best ke tak best lum boleh lagik. Masih awal lagik untuk aku bagi review. Masih tengah tayangan kat Korea. Dah habis tengok baru leh kate best ke tak. So far, makin lama aku tengok, makin sedap aku layan...

Sebenarnya aku je, yang suka nak tengok sebab ni first 'come back' drama yang 'part time lover' aku berlakon sejak die keluar dari military 2007. Siapa part time lover aku itu? Alaaaah, x hensem mana pun oppa tu (ayat penyedap hati abang, heheeee), buat isi masa lapang je, sebab tu aku panggil die 'part time lover' heheh...


Don't worry my beloved Abang, you are always in my heart,my full time lover. Ngeh ngeh ngeh...

Haaa...lagik satu...pas tengok cerita ni, memang bertambah susu aku. Hehehee...
Opsss, jangan silap paham. Point yang aku nak utarakan bukanlah cerita ni leh menambahkan susu, tapi bilamana ibu (susuan) tu happy dan kurang stress, insya allah ransangan untuk mengeluarkan susu oleh badan tu tinggi.

Jadi mana mana ibu susuan yang tengah stress tu, cariklah dan buatlah benda - benda yang boleh buat anda berasa gembira dan kurang stress. Ceria - ceriakanlah diri anda...sekian.

Tuesday, March 24, 2009

Kala Petang Berlabuh : Riadah di Taman...

Bila petang, budak berdua ni sibuk nak keluar. Pada dieorang, petang membawa makna masa untuk bermain kat luar. Biasalah, budak - budak kan... Terperuk kat rumah pun bukan bagus untuk perkembangan dieorang.

Satu petang kami ke salah sebuah taman kecik kat UWA dekat rumah kiteorang. Gambar ni semua diambil kat sana.