Friday, June 24, 2011

I learnt "Being a Muslim & Act Like A Muslim is 2 different things..."

There are times,  i wish to meet good people around so i don't become a person that i am not supposed to be, as i am trying to be a good muslimah...But, sometimes Allah has better plans for me,.. He gives me chances to meet lots of kind of people in this world for me to learn valuable lessons and reflect back lots of things in life - me, myself, my life & my mistakes...


Have you ever heard  the famous sayings, "Dont Judge A Book by It's Cover" ? or "Show me your Friends, I'll tell what sorts of person you are"... 

Well then, think again...


me? i am still learning...


p/s: honestly, when i m sad or mad, the great two powers  (one is the good, and one is the 'bad & ugly'...)are struggling inside of me,...it is very hard for me to think clearly,huhuu... so i prefer to close my door and do the thinking & reflecting in my cave until i get my 'clear myself' back... And when things is good again, then i come back outside when i m ready...

My cacamerba entry...

Sejak sampai KL, beberapa menjak ni tak de mood nak update blog...
Bukan tak suka balik KL, tapi nak duduk jauh balik apak buat aku rasa tak seronok...
Tambah plak lepas kajadian kat lebuhraya aritu...

Hmm...since tak byk benda yang menarik untuk dikongsi,  maka update kali ni, ku bundlekan semua sekali 1 entry ...
 

------Result Sem 2------

17 June lepas result sudah keluar. Semua result dihantar melalui emel. 

Alhamdulillah. Syukur dapat keputusan yang baik...walaupun lecturer kedua2 subjek sem lepas jenis 'tak murah markah'...Infact habis sem lepas tu, aku tak cara dah ttg result ni, yang aku pikir nak get back together as family je...Sem 3 depan, aku plan amik 2 subjek jugak. Ade 1 sem je lg, sem 4 plak akan menjelang, tapi hati ni masih duk berkira2 lagik camne...

Nak amik dissertation kaaa...full course ka?...
hmmmmmmmmm.....huwaaa penatnye nak pikir!


------Ganguan Air------


TARIKH/MASA GANGGUAN AIR
8.00 pagi, 22 Jun 2011 (Rabu) hingga 8.00 pagi, 24 Jun 2011 (Jumaat)
SEBAB-SEBAB GANGGUAN
Hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) bagi Kerja-kerja Penggantian Injap ’Sluice Valve’ DN 1350 Pam No. 8 di Rumah Pam Air Bersih dan Pencucian Kolam Imbangan ’Compartment B’.
Selama ni aku tatau pon ade announcement tak de air...huwa wa wa...thanks to FB and friends's updates, aku pon ter'tahu'....

Lepas tahu tu, sepantas kilat (exegerate je mcm kilat...tp lebih laju la dr siput, heheee) tadah air...dalam hati, keep berdoa,...biarlah tak jadi tak de air ni....sebab korang pon paham lah camne kan...esp ada anak2 kecik ni.

Alhamdulillah, ketiadaan air kali ni tak la seteruk yang aku bayangkan...lega, alhamdulillah, arini dah boleh menikmati air sepuas-puasnya...

Monday, June 13, 2011

Hidup Hanya Sekali,...

Hari : Ahad. (5 June 2011)
Jam : 10pm.
Lokasi : Km 75, Karak Highway.
Area : Mentakab


Hari Sabtu 2 minggu lepas merupakan hari gembira kami...apak dah selamat babai Korea...& kembali ke M'sia. Sejak Ahad lepas, kami sekeluarga dah selamat bersatu, menghabiskan sisa2 cuti sekolah di Kuantan.Cuma, cuti kalini tak seperti selalu, perjalanan kami ke kuantan kalini agak 'trauma' utk aku mengingatnya kembali.

Ahad lepas, kami accident di Karak.
Perjalanan malam tu, agak basah sebab hujan. Hujan tak lebat pon. Renyai-renyai halus, gitu...boleh jugak la kalo nak sebut gerimis halus...'Ikan kelisa' kami tunggangi tu tak laju pun. Memandu pon bukan dalam keadaan letih,...Rasa, malam tu, part2 dalam kawalan kami, memang dah cuba kawal seupaya boleh. Tapi tu la, kalau dah benda nak jadi tu, jadi juga.

Malam tu, aku selaku co-driver, tak tido. Memang niat nak teman kekasih memandu malam...Sebelum kejadian, aku memang ade feeling semacam. Dah lama tak de feel macam tu...Bagitau apak, tapi apak kata insya Allah tak de pape...ok semua. So aku pon, anggap tu perasaan aku je kot.

Nak dijadikan cerita, dalam 5-10 minit lepas tu, dekat2 nak habis Karak tu, ade 3 selekoh...selekoh pertama, lepas...selekoh kedua lepas...masuk selekoh ketiga...Tiba - tiba ikan kelisa kami hilang kawalan. Kami ber-'ice skating' atas jalan raya...

Apak cuba kawal kereta tanpa menekan brek. Gagal. Disebabkan nak elak dari melanggar pokok dari depan, akhirnya apak tekan brek juga...Kelisa kami memusing & akhirnya menghentam DIVIDER KANAN JALAN!!!Kami terhenti di tengah2 lane kanan tempat laluan kereta laju, MENGHALA ARAH KERETA DATANG!!!


Cecepat apak hidupkan signal lampu kecemasan.

"TOLONG!...TOLONG!!"...apak jerit.

(Serius, aku blank.  Masa tu. Tak ingat apa. Rasa cam di awang-awangan. Kosong! aku tak pikir2 apa2...Mujur, Allah bagi peluang lagi. Kalau kene 'ambik' masa tu, aku tak tahu lah macamana keadaan aku...)

Apak takut nak hidupkan enjin sebab kelisa bahagian belah kiri teruk,...Antara yang kritikal ialah tangki minyak, kene teruk...Pas tu, ade dua orang penunggang motosikal ke kereta...die tanya ok ke semua. Die suh gerak ketepi...sebab takut kenderaan lain tak perasan kami & langgar...

Apak tawakkal jugak la hidupkan enjin & bergerak ketepi. Mujur tak meletop,
dan mujur juga, kereta yang datang sempat elak kami,...kalau tak, tak reti nak kata. (sengaja aku tak nak tulis.)

Tak sampai 2 minit Trak tunda pon sampai.
Trak tunda tarik kami ke depan lagi, jauh dari selekoh tu...dieorang kata bahaya stay situ. Takut ade kereta lain datang katanya...

Memula aku ingatkan sebab takut kereta yang datang laju. Takut tak nampak kami yang berada di tepi.
Tapi sangkaan aku meleset bila, ade kereta lain yang terpusing macam kami gak kt tempat yang sama...Baru aku terpikir, patut lah beriya2 trak tunda tu tarik kami... Untuk elakkan kereta lain yang akan berpusing kat situ juga nanti rupernye....Sepanjang kami tersadai kat situ, aku dapat saksikan tayang LIVE depan mata , dekat 4 kereta jugak yang berpusing kat spot yang sama...

Sekali lagi aku ulang tulis, 4 biji kereta dalam ms terdekat terpusing di spot yang sama dalam masa sejam...LOGIK TAK??? Lepas kami blah dari situ, tatau brapa lagi yang 'ice skating' sama...


Orang trak tunda tu kata time hujan & lepas hujan, byk kereta accident kat selekoh2 area Karak. Head Callman tu, orang2 bawah die sepanjang Karak tu adelah dekat 20-30 orang. Total Callman area karak ade dekat 50 orang yang carik makan di lokasi yang sama...

Tukang tarik kereta situ, ramai India...ms aku kat situ, ade la dekat 15++ orang cakap tamil...( aku memang takut giler aaa...dalam hati x henti2,berdoa supaya kami semua terselamat...) Masa ni macam2 kat kepala aku. ( Lepas kes, Dato Sosilawati dulu tu, aku ngaku aku takut...)


Malam tu, kami terpaksa kami tinggal kelisa di tangan callman & balik ke Kuantan dengan kawan Head Callman tu,... Letih2 pon ni segar sepanjang jalan sebab takut & risau...tak dapat lelap sesaat pon sehingga sampai rumah.

Dah sampai pon, aku masih tak leh lelap,...macam kejadian tu duk ulang tayang dalam kepala lagik...Macam-macam "MUJUR" 2 berlegar2 kat kepala ni...(tak nak sebut, tp aku rasa korang paham2 je la eh...) semua membuatkan aku bersyukur, yang diberi peluang hidup lagi...'Jentikan' kali ni betul2 buat aku sedar erti HIDUP HANYA SEKALI,...banyak benda yang aku 'take for granted' dalam hidup..dengan amalan yang sikit & dosa yang banyak...

Ni minggu ni nak g amik kereta.
Cuti kami kat Kuantan, terEXTEND lagi seminggu.

Hopefully semua dipermudahkan. Amin.


p/s: sib bek telinga aku berfungsi dengan baik ms mak aku tak tak setuju aku nak travel sendiri KL-Kontan dengan budak2...syukur dari telinga, masuk ke otak & hati untuk aku ubah pikiran...kalau keluar telinga kiri macam selalu, aku tatau la nak kata apa...

Saturday, June 4, 2011

Sesi Kenali Udang...

This entry is kinda gross a bit, but i think it is ok since it is about educational stuff for the kids to learn about PRAWNs...
 ----------------------------

Kelmarin, kami pergi beli udang kat Tesco.
Dari masa pilih udang lg, kemain sibuk lagi kanak- kanak ni riuh memilih...
Kalah pasar borong!
Malu tu malu lah jugak, tapi buat tak malulah...

Balik tu, tak nyempat2 nak dibuka plastik tu, sebab nak tengok udang...
Pas buka,(ms aku nak menyiang & membersihkan udang)...aku bagi sorang sekor udang...

Hah, TATAP LA KORANG PEPUAS UDANG TU...



"Tunggu saya...tunggu saya..." kata adik udang
"Ooo no, abang udang terjatuh sebab laju sangat lari..." abang udang


 PASTU, sesi suai kenal udang. 
Kalau sebelum ni aku bagi tengok je...
arini free lecture tentang anatomi udang...
Dari Kepala...sampai ekor.




"Mama, kenapa mulut udang kat bawah sini?" (50l3h tanya sambil tunjuk kat leher die)
"Supaya senang makan,..."

Lor...selama ni die tak tahu mulut udang kat mana...rupernye.
Die ingat kat depan, dekat ngan mata.
Then, aku tunjuk sepit halus udang, yang berfungsi macam tangan...
sambil demo udang makan macamana...

"Mulut tu bila dekat dengan tangan die senang la nak suap..." aku tunjuk lagi.


Pastu aku bukak kepala udang tu tunjukkan isi perut udang kat kepala udang... 
Then aku cerita macamana udang memproses 'bahan buangannya'...

"Haaa, taik udang kat kepala???
Kenapa tak kat bontot?" tanya 50l3h.
Aku cakap,die turun sampai ke ekor ni haa...
sambil  aku tunjuk, jalur hitam (intestinal tract) kt belakang udang sampai ke ekor...

"Sebab tu kita kene cuci, buang..."

"Haaa?"
Terkejut besar die!
Sungguh tak sangka udang ni berlainan sekali dengan badan manusia...
**Agaknya dari sini la orang melayu amik guna dalam simpulan bahasa 'OTAK UDANG' untuk refer pada orang bodoh...(ye ker? ni hypothesis aku je ;p)
 
"Mama, 50l3h punya kat bontot "
"Kita punya, semua ada kat perut...then die turun sini ...sini...then keluar sini" 
(sambil tunjukkan kat perut turun ke bawah & keluar *pepaham je la aku demo camne)

Si adik membelek lagi udangnya...
berkedip2 mata, belek dari kepala sampai ekor...
"Yuck! udang yak tak wash!"

HA HA HA ...
"Bak sini mama nak wash bersih bersih... ha dah semua, letak sini balik udang - udang tu.
Kita basuh tangan..."

Dah puas main, lega...dapatla mama menyiang udang ni tanpa gangguan.
Suka sangat budak2 sbb dapat belajar benda baru.
Mama pon suka.

Bunyinye agak tak senonoh sket la kan,...
tapi belajar adalah sebahagian dari kehidupan.
Kalau tak belajar, sampai bebila la tak tahu...
Nak mudah bagi anak2 belajar, bila sesuatu tu berkait dengan diri & kesukaan...
(bak kata apak selalu kt mama tentang nak ajar budak2 ni)
Dalam kes ni, Udang...sebab kami bertiga suka udang.
 
So far, tak plak rasa put off nak makan udang...
Basuh je la part tu bersih2, then halal dimasak & dimakan...




Thursday, June 2, 2011

Koayteaw & Nasik...



Koeyteaw...

Asalnya anak bujangku tak suka koeyteaw ni...
Dulu ms paksa die merasa, makan sampai tutup2 mata...
Die tak lalu nak makan sebab rupernye yang tak cantik tu...
Tapi sekarang, die la peminat no 1 mee koeyteaw yang tak cantik ni.
Kalau demam, dlm list die mesti mintak makan koeyteaw...

Anak pompanku lak, tak suka koeyteaw...
Die makan tu, makan la...
Tapi tak lah banyak...

Die ni pantang tak de nasik...

Kalo die tengah lapa tu, die mesti mintak makan nasik...
kalo tak de nasik,...
menangis...
Kalau orang suka pergi KFC sebab nak makan ayam KFC,
Die pergi KFC sebab suka makan nasi KFC...

Ha ha ha ...
Macam - macam ...

Sungguhpun 2 budak ni, asalnya dari induk (mama & apak) yang sama tapi citarasa berbeza...

So tak pelik la kalo perangai masing2 pon berlainan...

kan? kan?

Wednesday, June 1, 2011

Harga Sebuah Ketidaksabaran Dalam Cinta

Bebaru ni internet connection streamyx tersangatlah bengongnyer....sampai panas punggung mama ni, tak senang duduk sebab satu2nye jambatan penghubung dengan apak terputus...

Sungguh tak terpikir lak connection tu yg bengong...sebab sebelum ni, dah 2 kali menghadapi masalah router (yg akhirnya, beli baru)...Setelah berkali2 mencuba,...configuration tetap macam tu jugak, tp connection tak jalan.
Call streamyx center, depa kata ok je connection kt umah ni. Menurut pegawai khidmat pelanggan tu cakap, dalam ms 72 jam., pihak depa akan cuba setelkan kes ni.

Err,...72 jam tu maknanya bersamaan dengan 3 hari...
Huhuuu...panas...hari pon panas...

Dengan tak sabarnya, maka daku pon belilah router yang baru.

Lusa harinye, datang la org teknikal dtg cek streamyx connection, tup tup...OK LAH PLAK!!!!
Aiseyh,...duitku sudah terbang RM215 beli router baru....Belkin lak tu,...iye iye je....sebab router lain da tak de dah kt kedai2 yg aku p.

Seee?
Ketidaksabaran aku berharga RM215 kerana CINTA.
Gelojoh tak?

Aku pon tak tahu kenapa la aku tak sabar sampai macam ni...selalu tak gini.

Aiseyh camne la org zaman dedulu kan?...kalau suami kene travel, berlayar naik kapal berbulan2...tak tahu kabar berita...huhuhuuu...

Bersyukur rasa dilahirkan dizaman serba moden.


P/s: aku tanya org yg datang cek connection tu, camne nak set up router...die mintak RM30. Kalau kat kedai, die kata RM50. Then aku tanya, set up router tu camne die buat...Die jawab, bg Id & password then set up la. Tak masuk bab configure secure wireless lg... Hak elleehhh....Tak peeeelllah, dik akak buat sendiriiii je la...


Seb bek aku sabar lg dalam setting up router ;p.

Dalam kes ni, bukan ketaksabaran je yang mahal, kekurangan ilmu juga mahal di zaman moden ini...

Hari Kuning...& Korea

Minggu cuti ni dikenali sebagai hari 'Kuning' oleh anak bujangku sebagai hari tak payah pergi sekolah a.k.a cuti. Selagi kalendar tu ada warna kuning (tanda cuti sekolah pada kalendar kuda), selagi tu la tak yah pergi sekolah... So bila die belek kalendar tu, selagi kuning, die suka...

Tapi aku cakap, lama - lama hari kuning tu akan habis jugak...sampai hari 'putih'...

"Alaaaaa...Biar 50l3h kaler kuning banyak2....50l3h nak pergi Kuantan, tengok apak dengan pokok kt umah baru... "

Ooo...Itu rancangannye...
Ye sebelum ni, gitulah racangannye, tapi apak terpaksa pergi Korea. 


"Eh, tapi apak kan kt Korea?"

"Ooo aaa laa, 50l3h silap...50l3h nak pergi Korea la..."

"Apak g keje,... 50l3h nak pergi wat ape?"

"50l3h nak keje jugak la ngan apak kt Korea"

HA HA HA HA HA ...iyolah,50l3h...
Sibuk, 'pakcik' ni usung beg sekolah nak pergi wat kerja kt Korea sama ngan apak...

Die ingat Korea tu dekat je kot, macam Kuantan...

Tak pe lah nak, kita wat keje kat Kolumpur je la... a. k.a Korea Imaginary

Kita tunggu apak balik...minggu depan...eh.