Tuesday, July 15, 2025

'Bercinta'


Bercintanya nak siapkan thesis...💦💦💻📑🔖📕📖📗📘📙🕮📚




Sunday, May 25, 2025

Masa suri rumah vs Masa dah kerja

 Aku - Masa Suri Rumah 

1. Kalau nak cerita tentang duit, memang tak banyak la. Dah kalau keje pun tak, meniaga pun tak, pendapatan memang tak de. Harap apa yang suami bagi lah atau yang dapat dari mama n abah. Kalau hujung bulan, duit dah habis. Tak de lah simpanan. Selalu, aku rasa aku ni menumpang rezeki suami. Tapi suami aku cakap, dia yang menumpang rezeki aku dan anak - anak sebab rezeki yang datang ni Allah bagi, sebab kami melalui dia.  

2. Lepas subuh, aku g dapur sediakan sarapan. Sibuk uruskan hal - hal rumahtangga. Pikir nak masak apa. Kalau barang tak de, aku pergilah beli. Kalau ada, mulalah cairkan2 apa - apa yang beku, supaya bila nak masak nanti boleh masak terus. Sementara tu kemas-kemas lah, urus hal kain baju, sapu depan rumah dan macam-macam. Selalunya, memang nak setelkan seawal mungkin supaya boleh rehat cepat. Tengahari boleh lipat kain sambil layan tv atau membaca atau tengok drama korea,jepun atau telenovela. Baca apa? ikutlah novel ke, majalah ke blog ke atau surf internet, FB.....dulu tak de wassap ye...      

3. Masa nak jumpa-jumpa kawan, shopping - shopping, suka - suka nak berborak tu memang terhad. Anak - anak dan suamilah yg jadi teman borak. Topik borak hari-hari sama. How's your day? Nak makan apa harini? Harini ada cerita apa yang paling menarik...atau yang teruk. Gitu je la modal nak mulakan perbualan hari-hari...hidup ni jadi predictable kan? Rutin hari-hari. 

4. Rumah lebih cantik dan terurus. 

5. Masa anak - anak kecik, tak cukup tangan nak urus. 

6. Manjakan diri? Bila kita tak banyak duit, nak membeli pun kene pikir banyak kali. Beli yang murah-murah je. 

7. Kereta pun, pakai yang suami sediakan. Ada kereta utk bergerak dah bersyukur. Nak demand demand, kene intai balik poket dan cermin muka sendiri. 

8. Pernah juga ada kejadian bilamana kalau dengar kita cakap kita ni surirumah, sorang hamba Allah ni tak mahu duduk sekali, sama - sama bercakap atau berbual sebab tak sama level katanya....Hmm, selalu aku biarkan sahaja. Tak nak cakap dengan kita, sudah. Banyak lagi manusia di dunia ini selain dia...Dan pernah juga, ada yang tanya, belajar tinggi-tinggi, duduk rumah saja? worth ke? Tak takut ke kalau suatu hari suami tak de ke tiba-tiba, you dan anak - anak macamana? Mungkin orang ini sangat ambil berat. Ada betul juga kekhuatirannya itu. Takdir masa depan kita tak tahu kan? Hmmm, memang ginilah hidup seorang suri rumah yang bergantung pada suami. Kalau suami, kaya. Isteri tak payah kerja, tak pe lah. Aku pun bukan ada 5 juta dalam bank.

Aku - Masa Dah Kerja

1. Bila keje, ada la pendapatan sendiri. Jujur cakap, aku suka ada duit sendiri. Ada kuasa membeli apa saja aku suka. Dapat gaji ciput pun dah seronok. (Yang tak seronok, nanti orang ingat kita ni bank bergerak, atau pusat pinjaman wang. Sedangkan kita ni nak byr/elakkan hutang dan sangat memerlukan untuk setelkan urusan kita huhuhuu)

2. Kalau sempat masak, aku masak. Kalau tak sempat, beli je lauk kt luar, tinggal masak nasik je balik rumah atau makan siap2 kt kedai. Cepat. Pastu balik mandi atau sambung buat keje atau tido. Selalu, aku akan cubalah makan sarapan sama - sama. Bila anak - anak tak da, berdua je lah. Dah tua - tua ni, lagik la orang kata kene berkepit selalu. Takut laki lupa kita.....hahahhahaa...😆😉 . Kalau sempat masak, ada lebih, aku bawak bekal. Jimat masa dan duit. 

3. Masa kt ofis, punyalah banyak manusia aku boleh bercakap....😄. Kadang-kadang tu ada hari aku rasa macam banyaknye guna mulut, penat bercakap. Tapi pernah juga aku duduk diam-diam seharian buat keje sebab tak de benda yang nak dicakapkan. Bukan nak sombong. Dari berborak kosong, baik siapkan kerja PhD yang menimbun. Masa membaca dan memahamkan, membuat model, perlu fokus. Masa nak fokus, kene guna tenaga yang banyak. Balik kerja dah penat. Sebab tu bila bab nk terima tetamu, aku lebih suka tahu lebih awal supaya aku boleh bersedia dari segi masa, keadaan rumah, mental dan fizikal. 

4. Time sibuk, aku biarkan dulu lipat kain. Balik, selalu aku vakuum rumah supaya bersih. Nak kemas selebihnya, ikut mood. Tau tau je la rumah student postgrad camne....sepah dengan paper sana, paper sini kan...

5. Bila anak - anak dah besar, dah masuk asrama, kosong je rumah. Duk lah sorang-sorang. Nasib baik ada thesis, ada jugak benda aku nak pikir. Moga - moga bertambah kurang risiko nyanyuk....😂

6. Bila dah berumur, aku kene ingatkan diri ini yang urusan kesihatan/perubatan akan meningkat. So bila ada kerja, maka adalah peluang untuk aku ketepikan duit untuk beli ubat, dapatkan konsultasi pakar perubatan atau dengan ada duit kita mampulah nak masuk hospital swasta yang selesa bila memerlukan. Topik ni antara topik yang aku pernah tanya pada cikgu modelling aku, tentang apa yang drive dia untuk terus bekerja walaupun dah berumur....Ada banyak juga yang aku boleh belajar dan mendapat lesson learned dari pengalamannya. 

7. Dah tak tahu apa nk tulis lagi.....cukup la sampai sini dulu. Ada lagi nk tambah kang aku tambah. Mudah mudahan bertambah-tambah rezeki lagi yang datang dan sentiasa dalam kecukupan. Amin. 

Monday, May 19, 2025

Bunga

Lama tak menulis kat sini. Harini, ringkas je.
 InsyaAllah, ada masa lapang boleh tulis lagi sini.
Simpan coretan kenangan.

Semoga bunga - bunga idea masih terus menguntum, mengharum kembang untuk aku menulis dan terus menulis sehingga habis...
Amin.
 
Ni baru lepas layan 3 lagu yang tajuknya 'Bunga'
Tajuk sama, penyanyi, lirik, mood dan mesejnya tak serupa.
Berbeza sekali...
Tu lagu.

p/s: antara mimpi ngeri student PhD ialah bila ada orang yang buat research dekat-dekat atau serupa dengan research dia...

Bunga - Ara Johari

Bunga - Exists

Flowers - Miley Cyrus

Tuesday, March 25, 2025

"Deeply-in-relationship" ...

 


Hahhahaha......Raya ni, aku raya kejap. Pastu aku larilah, kene setelkan urusan yang tak siap lagi...


Sunday, March 23, 2025

'The Calling - Wherever you will go'


Lagu ni famous pada zaman Smallville. 
Layankan ajela....😎 

Lama tak merepek kat sini....
Kita parking 1 post sini. Ubat rindu.... 

Sunday, February 2, 2025

Garlic Butter Grill Lobster + Cheese

 Malam ni, kami gi pesta apa entah kat bandar Pekan. Saja jalan2. Tiba-tiba nampak ada orang jual ketam bunga besar-besar. Besarnya tu adalah dalam saiz tapak tangan orang dewasa. Lobster pun ada jugak. Disebabkan fresh dan agak murah, kami pun beli. Lama tak makan. Kebetulan adik cuti, ada kat rumah. Syok la sikit mama ni nak masak. Kami pun beli beberapa ekor ketam bunga besar dan 2 ekor lobster. Ketam ni, plannya nak masak lomak cili api. Lobster ni, sepanjang jalan mama dan dik bincang nak masak apa.... 

Balik, kami simpan ketam. Mama terus fokus pada lobster. Masa beli tu hidup lagi. Nak siang hidup2, mama tak mahu. Nak tunggu dia mati dulu. Dia mati je, terus siang. Disebabkan sesungut dan kaki dia besar, mama potong2 yang hujung sahaja. Dalam tu penuh isi. 

Mama decide buat Garlic Butter Grill Lobster. Adik jadi tukang potong dan racik bawang. Mama siang lobster dan tukang masak. Apak? Tukang bayar aje. Dia tak makan. Kami pun mesej bam dengan gambar lobster. Ajak balik rumah, makan kat rumah. (Dia duduk kt asrama. Minggu depan final exam)

Idea last minute, kita bakar dgn tabur cheese atasnya....belasah je la!

2 ekor ni baru je hembuskan nafas terakhir...kita ready nak siang!
Pengalaman pertama anak-anak makan lobster. 

Saturday, February 1, 2025

Kompilasi Tak Berjaya

Tahun lepas macam - macam tak berjaya...

Tak berjaya turunkan berat badan ke berat ideal. Dapat turun sikit je. Hmmm....susahnya nak maintain untuk berat tak naik. Tak perlah, gemuk pun abang still sayang kan? 

Tak berjaya siapkan model on time. Sad but true. Tak pe, pelan-pelan aku restart bina balik semula. Dalam seminggu, dapatlah 2-3 hari buat model. The good thing, kita dapat recall balik step2 development. Aktiviti ni membantu bila kita nak menulis Chapter 3. Kita revise balik rujukan-rujukan utama. Buang-buang trim part yang aku merepek melalut meraban.....Dalam otak ni ada banyak nak tulis, tapi tak terkeluar pulak. Aduhaiiii...........................

Tak berjaya publish paper hasil kompilasi data yang dikutip dan disusun. Adakah sebab lama? Aku rasa tak. Kemungkinan juga disebabkan cara aku tulis analysis. Hmm....nanti sambung pikir, next nak buat apa...Mungkin boleh tarik masuk, selit ke...atau mungkin kalau dapat cari cara, Aku teruskan usaha utk publish.  

Tak berjaya habiskan baca buku. (Bukan buku romance ya....ni buku teknikal yang boleh bantu modelling) Alasannya, kerja banyak.....Nak sambung baca, lupa plak haritu berhenti kat mana. Rasa baiklah restart!

Tak berjaya habiskan briskwalk keliling Uni....Sampai kt taman rusa, aku berhenti. Aku main - main dengan rusa. Aku tak nak susahkan orang. Aku call je laki aku amik bawak balik fakulti. Hehehehe, aku sampai di garisan penamat awal. Ngelat. Apa nak buat. Sampai situ je mampu. Dah lama tak jalan jauh. Tiba-tiba nk jalan jauh, hehehehe.....ok, kita sedar diri. Kita kene give up. Kita kene bina balik stamina....Silap sendiri jugak sebab tak maintain lepas balik dari haji dulu. 

Tak berjaya habiskan puasa qada' tahun lepas. Kene habiskan sebelum Ramadhan Mac nanti.

Tak berjaya meneruskan niat nak menjaga bunga ros jepun. Akibatnya, banyak ros jepun mati. Dalam - banyak - banyak pokok bunga, aku memang suka ros jepun. Macam-macam warna. Tapi nak menjaganya memerlukan komitmen. Aku pencinta bunga ros jepun yang tak komited. Teruk kan???

Tak berjaya menjaga kucing dengan baik. Baru-baru ni, aku terlanggar salah sekor kucing sendiri. Hasil X-ray menunjukkan sebahagian organ perutnya telah teranjak ke atas masuk ke kawasan paru-paru. Diafragmanya koyak! Kos pembedahan nak betulkan kedudukan organ-organ tu mencecah 5K. Tu pun doktor tak jamin dia boleh survive pembedahan tu dan survive lepas pembedahan major macam tu. Aku memilih tak teruskan pembedahan. (selfish ke aku?) Setiap kali pandang dia, ralat tak sudah. Sekarang dia dah boleh berjalan, makan, buang air, tapi doktor dah cakap, kapasiti paru-paru dia dah tak normal. dah tak macam dulu. Dia tak boleh berlari. Tak boleh bernafas dengan baik. Kalau kene selsema, mungkin masalah ni akan bertambah teruk....

So many faults, failures and frustrations...