Wednesday, November 11, 2026

Happy Birthday to me...2026

 Logitech Wave Keys and Lift Vertical Mouse Combo Set 

My hands’ best buddies.

Setakat ni, inilah keyboard dan mouse paling best yang aku pernah guna.

Dah setahun guna. Hadiah birthday tahun lepas. 💖

(Nota: ini bukan paid review ya. Tak ada siapa bayar aku untuk puji benda ni. 😆)

Yang aku suka :

  • Sedap guna. Selesa.

  • Jari senang capai key.

  • Tapak tangan tak sakit. Rasa macam tangan tu “terletak” elok masa menaip.

  • Senyap. Tak ada bunyi tak tak tak tak tak sangat.

  • Wireless. Meja nampak kurang serabut.

  • Keyboard dengan mouse boleh share receiver yang sama. Jimat USB port. Boleh pair sampai tiga device.

  • Saiz compact. Tak makan ruang banyak.

Pasal rasa tangan “terletak” tu, mungkin tak semua orang akan rasa sama. Bentuk tangan kita semua lain-lain kan. Tangan aku ngam, tangan korang belum tentu. 😆

Kekurangan:

  • Kalau dah biasa dengan susunan keyboard standard, awal-awal tu mungkin tersalah tekan key.
  • Tapi masalahnya, bila dah terlalu biasa dengan keyboard ni, guna keyboard lain pula terasa pelik. Hahaha.

  • Dan… harga agak pricey.

Diriku ni dah semakin berusia kan…Sendi-sendi agaknya dah mula kurang kolagen. 😂

Sebelum ni memang selalu sakit tapak tangan kalau menaip lama. Kadang-kadang rasa lenguh sangat. Tapi lepas dapat hadiah ni, rasa lebih selesa nak buat kerja. Yang paling best, sakit tapak tangan tu sekarang dah tak ada. Alhamdulillah. Mungkin selama ni kedudukan tangan masa menaip memang tak ergonomik sangat.

So kalau ada yang tengah survey keyboard dan mouse untuk kerja lama-lama depan komputer, bolehlah consider set ni.

TAPI…

Aku tak jamin user experience korang akan sama macam aku. Sebabnya:

  1. Yang bagi hadiah ni kekasih hati sendiri. Faham-faham sajalah, feeling happy dia tu lain maciam sikit. Bias sikit tu mestilah ada ye, 😏
  2. Hadiah birthday pula tu. Sentimental value terus naik 200%. 🍰
  3. Bila tangan tak sakit, hati pun happy. Simple mathematics.
  4. Keyboard ni senyap. Sesuai untuk orang yang suka menaip tengah malam tanpa mengganggu orang tidur atau tengok movie. Kalau bising, takut nanti mengganggu. Aku suka level senyap sampai hantu pun tak tau aku tengah buat keje. Aku dah la penakut,...Bangun malam ni kira jihad ni...Hahahaha.
  5. Masa beli tu ada sale. Yang ni paling penting.

So, bagi aku memang berbaloi. Kalau jenis selalu menaip lama dan tapak tangan cepat sakit, mungkin boleh cuba. Tapi cuba dulu kalau boleh. Jangan nanti tangan aku suka, tangan korang protes pulak. 

-------------------------------------------------------------------------------------

Tahun ni satu lagi gajet masuk rumah.

Sebab…Fon lama aku akhirnya dah kiok.

2018 sampai 2026. LAPAN TAHUN. Kalau fon tu baby manusia, dah darjah dua dah sekarang. 😂

Skrin pun makin lama makin banyak pixel hilang. Sepanjang lapan tahun tu, entah berapa kali dia jatuh pum pang pum pang sana sini tapi masih gagah juga berkhidmat.

Cuma kebelakangan ni memang dah nampak tanda-tanda uzur. Skrin makin lama makin banyak pixel hilang. Ada bahagian nampak, ada bahagian macam dah malas nak bekerja.

Sampai MAE pun dah bagi ultimatum.

Tak update, tak boleh guna.

Alamak.

Terpaksalah aku menunggu pengganti.

Tunggu…Tunggu…Tunggu punya tunggu…

Akhirnya Encik suami belikan juga. Hehehehe. 💖

Tapi…Bukan iPhone laaaaa.

Fon touchscreen biasa jeeeeeeee.

Asal boleh call.
Boleh WhatsApp.
Boleh Shopee...
Boleh banking.
Boleh ambil gambar.
Boleh baca benda-benda tak berfaedah tengah malam.

Sudaaaaah. 😂

Tak sanggup aku nak jual buah pinggang semata-mata nak beli iPhone.

Lagipun, berdasarkan historical data penggunaan aku, fon ni mungkin akan digunakan sampai 8–10 tahun lagi. Kalau panjang umur fon tu lah.

Lepas Encik Suami beli je, harga fon terus naik meroket!!! 🚀🚀🚀

Aduhhhhhh. Nasib baik beli awal.

Wednesday, November 4, 2026

Konvo pertama di Dewan Tuanku Canselor (DTC), UMPSA Pekan

Alhamdulillah, konvokesyen pertama di Dewan Tuanku Canselor (DTC), UMPSA Pekan telah selamat berlangsung dari hujung minggu lepas sehingga awal minggu ini.

Walaupun aku belum sempat grad untuk konvo kali ini, sekurang-kurangnya anak sulung aku dapat merasa naik pentas untuk graduasi diploma tahun ni. Yang membuatkan semuanya terasa lebih special, pembangunan DTC ini diselia oleh apak. Dan yang paling tak disangka, tarikh konvo anak kebetulan jatuh pada hari birthday mamanya juga. Jadi memang berganda-ganda specialnya kali ini.

Dengan siapnya DTC ni, bertambahlah spot untuk bergambar masa konvo mama nanti. Hmmm… thesis belum submit lagi, tapi lokasi bergambar dah siap up-to-date plannya. 😅 

Buat masa ni, aku hanya menumpang secebis rasa gembira melihat orang lain gembira dengan bangunan baru ini. Ramai yang ambil gambar di depan DTC, dalam DTC, sana-sini. Semua nampak happy.

Dan aku pun tumpang bangga sedikit. 😄😉

“Ni laki aku yang monitor ni…”

Sound system, panel display dan macam-macam lagi yang aku sendiri mungkin tak faham sangat teknikalnya. Tapi bila tengok semuanya berfungsi dan orang ramai menikmati ruang ini, rasa macam ada sedikit bahagian daripada kerja apak yang kami sekeluarga dapat tumpang raikan bersama.

InsyaAllah, suatu hari nanti giliran mama pula konvo di sini. 😊


p/s: back to desk, siapkan phd. 💪💟

kredit : FB UMPSA



Wednesday, October 14, 2026

Malaysia ada hutan sendiri

Setahu aku la...
Malaysia ada hutan sendiri...
Hutan terbesar di semenanjung Malaysia terletak di negeri Pahang...Kalau di Pekan, Pahang ni, lokasinya di tepi laut... Kalau asap jerebu dari Indonesia sampai, maknanya oksigen dari sana juga sampai sini lah, ya? Jadi, selama ni kita semua kat sini ada ter-import oksigen dari hutan Indonesia ke?

Ke Indonesia ni saje saje buat statement aneh aneh gitu...

Secara sainsnya, kita tidak pernah "mengimport" oksigen dari Indonesia. Oksigen bukan komoditi, barang dagangan untuk import export. Kenyataan yang tular daripada Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Indonesia, yang mendakwa Malaysia dan Singapura menerima oksigen dari hutan mereka sememangnya tak tepat, walaupun dengar seakan - akan macam logik.

Oksigen di dalam atmosfera bumi ini bersifat global dan sentiasa bercampur. Oksigen dalam udara memang boleh bergerak. Tapi, bukannya dialirkan secara terus dari satu hutan di sebuah negara ke negara seberang laut lain sebegitu aja. 

Kalau ikut ilmu alam, secara saintifiknya, penyumbang oksigen terbesar adalah lautan. Peratusan terbesar oksigen dunia sebenarnya dihasilkan oleh fitoplankton (tumbuhan mikroskopik) di lautan, bukannya hutan darat ek! 

Kita minta jangan bakar hutan, jangan cemarkan udara. Jagalah hutan tu...Dia pi claim dia penghantar oksigen pulak... 
Nasib baik kita tak bodo...😉😆
Tak sia-sia baca buku ensiklopedia sains dan geografi dulu...

Buat tanah airku Malaysia, jagalah hutan kita dengan sepenuh jiwa. Mempunyai hutan yang luas tidak memberi sebarang makna jika kita sekadar memilikinya tanpa kemampuan untuk memeliharanya.

Saturday, October 10, 2026

Tahniah SS & BA

Tak minat sangat pun.
Bukan juga follower kedua-duanya.
Tapi bila dua orang ni nikah hari ini, aku tumpang bahagia. 
Cantik dan segak kedua-duanya...
Semoga kedua-duanya bahagia dan kekal di dunia dan akhirat... Alhamdulillah.



I like the theme - Growing Old Together. 

I like all his gifts to her...Recap hantaran SS kpd BA: 
1. Insurans PruBSN (perlindungan kesihatan, nyawa, dan penyakit kritikal untuk Bella, Ayden, dan Ara).
2. Emas dan Cincin (tempahan khas bentuk Gunung Kinabalu menggunakan emas tulen AU999 dari Goldfish Jewelry sebagai pelaburan masa depan).
3. Pakej Pengajian Sarjana (Master) di Taylor's University.
4. Simpanan KWSP sebanyak RM100,000.
5. Gim Keluarga (Gym kat rumah).
6. Basikal (Road bike).
7. Pakej Umrah (disertakan kasut dan beg tangan)...
8. Haaaa...kerusi urut kan lagi satu...

BA kpd SS pulak: 

Cincin perkahwinan, Kasut, Al-Quran dan sejadah, Minyak wangi, Buku elektronik (e-buku) dan cermin mata, Coklat, Emas tulen AU999 tempahan khas (bertema Iron Man Malaysia), Tiket penyertaan Larian Ultraman Australia 2027, Beg + laptop...

Make up BA pun kalini lebih fresh. Berseri. (Tak macam sebelum ni, masa tunang. Apasal solek bagi tak cantik? Nak sabotaj dia ke apa eh?)....Yang kalini, style make-upnya ala - ala Maia Estianti, masa anak-anak dia, Al ghazali & El Rumi kawen. Dah tua pun cantik. Aku suka.  

ok, done kaypo-kaypo.  
esok, kita sambung keje kita balik. 

Love Takes Time...

Kita hanya boleh merancang, tapi Allah yang menentukan...Tak semua yang kita rancang tu jadi. Kadang tu, terbantut di tengah jalan. Tak pun dicantas. Kadang tu, berhenti kejap, pastu sambung balik. Kadang tu plan tu hanya kekal di bibir dan memori sahaja, tak berubah ke dalam bentuk tindakan atau pelaksanaan pun.

Yang terbaik, cakap je, terus terbentang pelan tindakan untuk dilaksanakan. Buat! Untung nasib, dapatlah tuai hasil yang cantik dan elok. Tapi untuk sampai ke level ni, perlukan ilmu, kepakaran, duit, komitmen dan masa. Tu belum termasuk apa yang dikorbankan dan terkorban sepanjang tu...Bukan cakap kosong sahaja...Sepanjang aku buat phd ni, macam nilah. Hasilnya, sekarang, aku hadap je la tesis aku dengan apa yang aku dah laksanakan.....lompong pun lompong laaa. Harini, take break sambil layan Mariah Carey - Love Takes Time jap.

Hmm…aku nak yang petik jari, terus siap. Boleh ke? (ni ayat mengundang kutukan...😆)



Monday, September 28, 2026

One step at a time...

Harvesting the low-hanging fruit first...


Friday, August 7, 2026

Close yet so far


Tenang - tenang aje, ye.