Tuesday, July 26, 2011

Bye bye bye Streamyx...Helllloooo UNIFI...=D


Yeay kami dah ade UNIFI...
( Ni hanya kt rumah nenek ngan atuk - umah kami kt kuantan, masih setia dengan streamyx...)

Sukenye sebab internet da laju...
walaupun speed tu antara among yang rendah berbanding di negara maju lain di dunia, tapi aku tetap 
bersyukur. Hopefully, dah tak yah berdepan dengan perangai streamyx yang ngengada macam biskut chipsmore itu...

Bye bye bye Streamyx!!!

p/s: habislaaaa...senang la aku hanyut pas ni...
Arrrrrhhh...TIDAAAAKKK, perjuangan aku blom habis lagik....
sila sedar diri wahai diri...!!!

Murtabak in Action

Semalam, tetiba teringin nak makan murtabak daging. Bahan2 pon ada, maka sepantas kilat terus decide nak buat...
 

 Pakai kulit popia je...x larat nak uli....
(ait?...sampai m'sia, otot2 manja ku ngengada tak larat nak uli...
Ms kat perth dulu, otot x cukup tough pun masih sanggup nk uli sendiri bila dah dekat Ramadhan ni,...
skrg bila da senang beli, malas pun datang...lol)

 
 utk murtabak aku selalu pakai dlm 2-3 helai...
takut bocor!
 
 Murtabak in action dalam kuali...

Ya Allah....baru prasan, aku lupa amik gambar inti daaaa & murtabak in action dalam pinggan...
ha ha ha...lenkali la, (kalo tringat)...

p/s: semangat sebab apak ade keje kt KL sepanjang minggu ni... =D

Sunday, July 24, 2011

Sebilah Tulang : Kecik TAPI Berbisa

Rabu lepas, siapa sangka hari yang tenang penuh kedamaian akan terjadinya episod malang tak berbau dalam hidup aku...hari tu, buka pose aku sempoi je - ikan merah goreng + nasik putih panas + sayur campur + sambal belacan. Namun kenikmatan berbuka tu terhenti tiba-tiba...

Tak sempat pun habis nasik, tetiba terasa sesuatu tersangkut kat tekak ni...
Bukan nasik,...
Bukan sayur,...
Bukan sambal belacan...(ha ha ha  ade ke sambal belacan tersangkut kat tekak...)
tapi...
TULANG IKAN!!!

Huwaaaaaa....the worst fish bone nightmare i ever had in my entire life!!!

Nafsu makan terus terbantut!
Tulang ikan tu tersangkut dalam giler aaa dalam tekak ni....
Kucuba keluarkan, tak berjaya...
Petua telan ketulan nasik + selawat beberapa kali pun tak berjaya...
Menambah sakit lagik ade a...
Nak masukkan tangan pun tak berjaya.
Mmg dalam!!!

Malam tu jugak, lepas solat maghrib, pergi ke klinik dekat dengan rumah...
Dr tak dapat melihat apa-apa...
Dia cadangkan aku terus pergi ke hospital segera mungkin.
Antara hospital sg buluh & selayang, aku pilih  hospital selayang sebab aku dah biasa dengan hospital tu.

*aku tak drive, abah aku yang drive

Sampai kat hospital, kene la BERATUR PANJANG kat jabatan kecemasan...Menunggu 2-3 jam adalah standard biasa. Dengan tak selesanya, aku tunggu la jugak... Walaupun dalam hati ni nak je pergi private terus, tak selesa nak menunggu lama ni tapi memikirkan beza seringgit dan beratus tu jauh beno bezanya...sabar je lah,... (agaknya kalo byk duit, mesti aku ni antara insan yang paling tak bersabar sekali dalam dunia ni, semua nak cepat, kalo boleh nak sekelip mata je selesai!!!)

Dalam sejam setengah, sampai la giliran aku...Dr kat jabatan emergency pon tak dapat nampak tulang tu.
Maka, aku dihantar untuk X-RAY. X-RAY ni kene berdiri ke sisi sambil mendongak...(aku tak ingat posisi nya dipanggil apa dlm medical term )Alhamdulillah, tak lama,...sekejap je. Tak yah menunggu atau beratur pun. Agaknya sebab tak ramai orang kot.

Hasilnya????

DAH X-RAY PON TAK NAMPAK!!!

Huwaaaaa....
so aku di'escort' ke jabatan ENT (Ear, Nose & Throat)...
Jumpa pakarnya.

Disitulah bermulanya ritual memasukkan alat mcm ala-ala forcep gitu tapi panjang dan mcm spatula cermin dr gigi gitu, (tapi panjang)....ke dalam tekakku ini...

MMG macam nak terkeluar je anak tekak ni...mmg nak termuntah la
Beberapa kali jugak try...Dapat je posisi yang sesuai, aku mudah sket nak relaks kan diri (kene lawan rasa nak muntah tu walaupon standardnya kita akan rasa nak termuntak bila tekak dijolok).... tak lama lepas tu dr pun jumpa tulang tu & dapat tariknya keluar...

Alhamdulillah,....LEGA.
Tapi sakit sket la kawasan tu.
Dokter cakap mujur juga tulang tu besar (tulang ikan merah, kan...),...proses nak keluarkan tulang tu akan lebih rumit jika tulang tu halus dan payah nampak. Maka kene g masuk operation theater la jawabnya.
Nak tambah haru lagik, kalau tulang tu patah ms dr menarik ms pesakit tgh dlm keadaan 'menolak' aka resist...huhuuu...

Walaupun tulang tu kecik, tapi berbisa. Kalau biarkan lama, boleh bengkak dan menanah dikawasan tekak. BAHAYA. Walaupun dah keluarkan tulang tu pun, tekak aku masih terdedah dengan risiko jangkitan pada tempat luka tu. Still jugak boleh bengkak dan menanah dikawasan tu.

So dokter bagik aku max dose antibiotik & ubat tahan sakit. (paracetamol)& ubat kumur. Mlm tu balik sampai umah dalam kul 12.30pagi...

Arini?
Alhamdulillah, da tak terasa sakit lagik dah.
Bersyukur semuanya sudah berlalu.
Syukur jugak, tak terjadik pada anak-anakku...

~@~


Pengajarannya, walaupun dah buang tulang2 ikan tu kat tepi/letak kat pinggan lain, still jugak kene buat checking lagi...jangan take for granted. Sebab dalam kes aku ni, memang tulang ni payah nak nampak...pendek, nipis & halus...susah nk perasan punya kalo dah duduk kat celah ratusan bijik nasik...Itu tulang ikan merah, bayangkan kalo mmg ikan yang jenis byk tulang halus2 macam ikan parang ke, terubuk ke?...buat ms ni, aku da ade sket phobia la nak makan ikan esp yg byk tulang...

p/s: tak pernah pikir, tekak yang selesa tanpa tulang ikan jugak merupakan nikmat yang tak terhingga...

UPDATE TULANG DALAM DAGING:
Ni gambar tulang ikan tu berbanding dengan jari aku...
kecik x?

Tuesday, July 19, 2011

Weekend Food & Tragedy...

Minggu lepas, dari JB, apak terus datang KL. 
On da way, apak sempat la beli 3kg lokan & 3kg kupang kat Muar.
Hari sabtu tu, rumah ni tetiba lak macam kaya dengan makanan...

 Lokan, semuanya jadi mangsa rebus...
Tak de satu pun yang terselamat!
Sedap punya pasal!

 Sebahagian dari kupang ni mama amik dalam 12, buat goreng dengan sepinggan mee...
Pagi tu lak tak bersarapan, 
So ni jadi hidangan lunch.
Sedap!

 Sebahagian besar kupang lain pulak, direbus bersama 
tumisan bawang merah, bawang putih, serbuk cili, halia, sos tiram dan air asam jawa .
Oh ya, tidak lupa juga garam sbg penyedap rasa.
Sedap!

Ahad pulak, Nasik Bukhari Daging yang dimasak dengan 
menggunakan rempah Nasik Bukhari Faiza
Pagi-pagi, sebelum, pergi dating tengok wayang ngan apak 
(Citer Harry Potter) mama dah semangat nak masak.
Sedap!

-@-

Semua - semua kat atas tu semua sangat menyelerakan kan?
Ahad petang tu, mama sakit perut.
Apak pun sakit perut, 
E-m4n ngan atuk pun sakit perut.
Nenek, Mama Tia ngan 50l3h je tak sakit perut.

Agaknya kami ni je yang perut tak tahan makan macam2...
Sungguh tak sedap!

Sehingga arini, E-m4n masih ada sket sakit perut, cirit birit lagik. 
Semalam dah pergi dokter, dokter dah bagi ubat & beberapa peket susu Isomil Free
Alhamdulillah, makin berkurangan.
Demam pon da tak de. 
Mama, apak & atuk pun dah baik...
Cuma,
 Sekarang ni, 
Apak je yang demam sensorang kat kuantan di sinun.
Wish i was there with u, laling...
Semoga cepat sembuh, amin.

susu free dokter bagi...

Friday, July 15, 2011

Apa jadi dengan baki sepeket mi semalam?

Arini berbuka pose dengan hidangan yang sungguh simple.

TARAAAAAA...

Mi Goreeang!!!


*saje tayang besar2...heheheee

Thursday, July 14, 2011

If u are not good in 1 thing at this moment, then go for the 1 that makes u happy...

Semalam, ilham untuk urusan mama memang tandus...Tak de idea,... Mama tak nak terus tenggelam dalam 'demotivation'...
Maybe semalam dan hari ni, bukan rezeki ku agaknya...Tak per la...Bila dah rasa cam gini, baiklah buat something yang boleh buat kita happy dan rasa berbaloi...Maka, tercetus la satu projek lagik...Yang mana projek ni hopefully dapat membantu anak-anak mama membaca dan meningkat vocabnya...BM&BI...

Semalam dah siap, buah-buah & sayur....


Harini, tengah nak siapkan kenderaan plak..

Buka Puasa Semalam - Mi sup

Semalam, entah hembusan angin kus kus mana tetiba tringin nak makan mi sup...
Mula-mula ingat nak makan apa je yang ada, tapi 30 minit lg sebelum buka, tekak ni gatal lak baru nak request...mujur bahan2 asas ade...

* smlm tringin lak nak makan telur tiga suku masak pecah dalam mi...
selalu, masak penuh...

Budak2 awal2 dah makan dah. 
Nasik dengan sup ayam.
Sejak selsema ni, makan sup2 ajelah depa ni,...

Alhamdulillah mama, masih gagah lagi...
mama doa, anak2 cepat sembuh dan semoga mama terus gagah lagi...


Hmmm...
Hari ni tgh terpikr2 lagik nak masak apa la baki mi tu ye...