Thursday, March 28, 2019

I am a morning person

Sepanjang aku jadi student...waktu harian aku tak sama macam orang lain.
Aku start keje awal. Bangun pagi, lps solat (bila time boleh solat), aku start keje jam 3.30 - 4 pagi...so kalau aku nak keluar beli barang ke, waktu pukul 2 tghari ke, 3 ptg ke aku tak rasa bersalah. Sebab pada aku, tu dah di luar my working hours.

so, waktu pagi pada aku sangat bermakna...
waktu pagi adalah waktu aku dapat idea menulis.
Ada orang idea datang tgh malam....tapi aku tak.
Aku aktif waktu pagi.

Aku tak pernah putus baca dan tulis waktu pagi.
Penting nak keep momentum tu...kalau tak, nanti hilang. payah dapat balik.

Kenapa aku aktif waktu pagi?

1. sbb suasana sunyi. 
lebih tenang, lebih damai. 
nak baca dan hadam pada masa ni lebih sesuai. 
so kalau nak baca, nak hadam sampai lumat, aku suka pagi. 
Ni masa "emas" aku...

2. sbb tak de sapa kacau aku... 
bila study, cerita hantu aku tak tengok sgt...
baca cerita mistik pun tak mau...
dah bangun sorang sorang tgh malam kan, paham paham aje la... 
aku tak nak di "ganggu"... =P  

3. sbb baru bangun tido. 
kadang pukul 4 pagi tu jugak aku mandi. kenapa? sbb nk hahahahhhaa kejelitaan asli............hahhahahahahaa, ada kaitan ke? tak laaaa....sbb aku tak nak mengantuk. sedap mandi pagi2...segar gitu...tp tghari pun aku mandi gak bila balik rumah. 

4. sbb mood belum rosak,...
kalau gado2 dgn laki aku ke, aku minta maaf sblm tido siap2. tak pun aku tulis note siap2. letak kt tempat mata dia mudah baca.....selalu pagi, kita sama sama tak nak ade geram geram ke apa....habis dah cerita semalam. nak bangun  happy happy je... bukan sehari dua hidup sama2, dah bertahun2...

5. sbb pagi yg produktif boleh bantu rasa feeling good.  
aku suka good feeling...suka kalau hari hari aku mula dengan baik. rumah bersih. kemas....happy aku nk leraikan keserabutan study aku ni....

p/s: mlm ni happy sbb aku berjaya siapkan exercise level tinggi sikit dr biasa....hehehe, syok sendiri.


Wednesday, March 27, 2019

My priority is not as same as yours...

Recently, ada sorang student phd dr pakistan selamat viva phdnya kt ump. Scale 1. Dapat pecalonan thesis terbaik. Tak terkejut. Sbb mmg die berusaha macam robot, nak siapkan phdnya dlm ms 3 tahun. Muka hensem macam hitrik roshan, berjambang, serius je sepanjang study...Tapi dia dengan aku tak kedekut ilmu. Aku tanya, dia share je knowledge dia...Bidang dia bkn bidang aku. Aku cuma pakai je bidang dia utk bidang aku......Bak kata sv aku, "amik amik je letak letak".........Hmmm aku pun amik la letak, sampai sekarang tak tau la, cukup terletak ke tak...Pening kepala aku....!

Ok, berbalik pd cerita student td. Ye, mmg dia habis on time. Mmg WOW la kan...Dia puas hati sgt, happy dgn kejayaan dia. Aku pun tumpang happy dia habis, tapi sedey juga la kan.....lps ni aku x dpt nak kacau tanya...student yg baru baru, aku tak kenal. Dia g library sbb nk tenang sikit writing...lari dari drama & politik lab. Hahahahahaaa....ok bab ni, dia mmg sama dgn aku.

Skrg dia dah dpt PHD, boleh happy happy g jalan2 cuti cuti msia dgn bini dia. Selama ni bini dia duk komplen, dpt laki mcm batu tamau gerak2 dr komputer.....Aku gelak aje la....Aku bgtau, laki aku ms study kt oversea dulu pun cenggitu, duit limitted, time pun limitted. Nak tak nak kene la jadi batu. Tak jadi batu dpn komputer, tak de keje. Tak de keje, macamana nak sara famili...nak bg dia shopping sana sini. (Ye, bini dia suka shopping) Senyum balik bini dia.
Aku tau bini pun pressure juga. Tamau la tambah lg pressure bini dia. Tamau la tgk org bercerai berai sbb PhD.  Dia pun ms tu tgh nk smbg blaja, bidang psychology...sbb minat. Aku ade je beberapa koleksi buku research yg sesuai utk bidang psychology kalau dia nak...no probs.

Laki dia kata haa bagus la. Ada la keje dia nk buat, dari duk saja je.....hahhahahhaahahaaaaaa. Sementara blom ada baby kan,jaga baby tua je (laki dia). Aku pun cakap kt laki dia, duk saja jee pun penat tau. Skrg u switch la...g basuh baju sendiri, masak makan...kemas2 rumah plak......bini u nak study tu....hahahhahahahahahahhaha...Dia mampu gelak besar je. Aku tau budaya depa, mmg laki tak buat keje rumah. Bini buat semua... Keje lelaki kt luar rumah....

Dalam kes dia, dia letak PhD no 1. Aku tak letak PhD no 1. So, aku sedar pilihan aku. Aku bukan pandai sgt. Bagi aku kesihatan, famili aku buh prioriti dulu bbdg PHD...tapi PhD still dlm top priority. Kene pilih choice yg minimize regret la...
My priority is not the same as yours...
but I still respect yours.

Sbb "sayang punya pasal" aku slow... Kalau Sv aku hilang aku, dia boleh cari student baru. Anak aku? Mana ada orang bleh ganti tempat aku. Kalau laki aku? Nanti laki aku tak de bini. Paling tak suka sekali lawak  TERcari bini baru...tetiba lagu 'Pink- True Love' macam berkumandang kt telinga. (Mesti setan pasang! hahaha salahkan setan ) Tambah tambah plak, dah bertambah kawan kawan yg berpoligami...Katanya, apasal orang lain yg kawen, dia yang kene marah kaw kaw kaw...Memang kene la! Sebelum berjangkit!!!!!!!!!

p/s: rasa 'jahat' je harini....hulk dah nak keluar.

Friday, November 9, 2018

2018 : My Birthday

2018 : A brief review

Yep, i m busy as usual. But this time i managed to find time to write...yeaaaay for me. 😊

1. I can really run and jump!
Tahun ni tahun yang pertama kalinya dirini dah boleh melompat.
Gembiranya, kalah budak setahun yg baru pandai melompat.
Otot perut dah main kuat. Alhamdulillah,...

2. Found suitable medication.
Alhamdulillah, dah genap setahun. So far so good. Dah tak de hot flush kuat, sakit kepala yang teruk sampai muntah2. Lega rasa. Masa sihat, kita jarang hargai kesihatan yang Allah beri. Dah di tarik nikmat itu, barulah tahu kesihatan juga rezeki yang tak ternilai, yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Hanya yang pernah rasa je paham kot apa yang ku cakap ni...

3. 50l3h is getting more responsible and matured
I m glad. My son at Nov 2018 is not the same as my son at Jan 2018.
Making matang, tangani kehidupan.
Jauh beza. I ll be close. I will follow your progress...
Kita usaha je...Mudah-mudahan ada rezeki kita...

5. E-m4n, you have to get ready for UPKK
Tahun ni dah start tinjau nk sekolah KAFA kat mana.
Kene amik UPKK. I will follow your progress too...

6. Dah 11 bulan menetap di Pekan. Very peaceful. Tak macam KL, Pekan ni kawasan separuh bandar dan separuh kampung. Budak budak ni sangat enjoy aktiviti sains dengan apak. Meredah semak carik kura - kura la, tangkap tupai hitam,...jumpa kongkang, biawak besar...Tangkap ikan, tangkap udang, tangkap belut, tangkap ikan haruan, sepat, puyu...
Siap bawak balik, "Mama, malam ni buat asam pedas nak? Fresh ni...tengok ni.." sambil hulur apa yg dia tangkap. Sabo je la...Sebab tak nak menghampakan budak budak yang dah berharap & request sambil telan telan air liur, mama masak je la...Makan bertambah tambah macam tak cukup periuk masak nyeee...

Selain dari tu, depa suka naik motor letrik apak keliling kampung.
Mama pun suka gak...hahaha Mama tak kira, nak gedik gak naik motor jalan - jalan...

7. Tahun ni 3 lagi kawan - kawan yang pergi menghadap ilahi.
Masa dapat berita sedih, punya la terasa sangat sedih. Tak reti nak cakap macamana,...
Seolah olah ada button pause kejap, bagi laluan semua kenangan yang pernah terukir dulu menari semula dalam kepala. Semoga Allah ampuni dosa-dosa kalian,...kalian sudah mulakan kehidupan di alam barzakh dulu sebelum ku. Part ni, buat aku insaf ....... sebab depa pi dalam keadaan tahu yang depa akan 'pergi'.....aku? aku tak tahu bila. Semoga matiku dalam kebaikan.
Anak aku selalu risau kot kot aku nak g operation, tak bagitahu dia...
Hahahaha... aku cakap insyaAllah. Ok la, mama akan bgtau...So far, selepas lalui beberapa operation, selamat la...Tapi dalam hati yang sebenarnya takut gak. Especially, masa doktor bius cakap, "ok...ready, kita sama - sama doa Allah mudahkan, lancarkan operation ni,...ready mengucap,..."... ( Sib bek bangun balik)   

8. Dalam sibuk, tunggang terbalik semua, banyak nikmat yang Allah bagi...Nikmat hidup, nikmat kesihatan, nikmat dapat belajar, nikmat tempat kerja suami dekat dengan rumah, dlln. Nikmat pandai, nikmat laju buat keje, Allah x bagi kat aku... Aku tak komplen. Aku doa je mohon Allah mudahkan aku siapkan study ni.

Saturday, June 2, 2018

Mid year updates...

1. Bam pergi asrama juga akhirnya...
Ingat tak last time mama kata, mama kalau boleh tak nak abam g hostel, duk kat rumah ajelah..........Sebelum ni dapat dah satu, ingat dah tak dapat lagi dah tapi, last - last dpt offer sekolah yang dekat dengan rumah. Apak kata better pergi, sebab duduk di rumah pun bukan banyak yang mama & apak dapat ajar tentang kehidupan. Lgpun dekat je. Apapa hal senang je nak balik. Sekolah yang ada sekarang ni pun, byk subjek yang bam tak dapat ambil sebab kurang murid. Bila gitu, pihak sekolah tak offer subjek tu.

So, dengan berat hatinya mama pun lepaskanlah bam pergi ke asrama. 
Apa? Risau? Bab risau ni jangan cakap la. Seribu satu macam risau ada. 
Apak suh doa yang baik baik,...sebab mama ni mama abam. 
Doa seorang mama ni makbul. Allah Maha Mendengar.... 
Kalau mama terasa hati sikit, habis syurga bam... Semoga anak mama tergolong dalam orang2 yang baik dan berilmu. Amin.  Duduk asrama pun ada banyak cabarannya.......bukan semua baik, dan bukan semua buruk juga. Mama tahu cara bam belajar tak macam org lain. Tak pe la, kita try dulu macamana................Sayang x cuba, abam suka subjek sains dan matematik. Mungkin ni rezeki Allah kabulkan doa doa mama yang lepas2... 


2. Keje mama.... 
Hehehe...Syukur la tak seteruk ni...LOL!


Mama dah proposal defense. Hm...lepas. Tapi banyak kene baiki. Untuk sampai ke level ni pun progress mcm siput la. Study tak main main pun, bakat jadi ancient student terserlah juga. Hehehe... Bangga? Malu ada la. Tapi bila tengok balik apa yang dah terjadi. Banyak Allah susun timing kejadian tu cantik je terletaknya. Memang jauh dari apa di rancang asalnya. Tak nafikan, masa "sedang diuji" tu...nangis2, ayaq mata mencurah kalah Niagara Falls! Tapi, kalau Allah tak letakkan diri dlm keadaan sekarang, mungkin besar mudharatnya.........So no regret. Tak suka tapi redha. Mungkin ni jalannya....

Mama bukan Dr Strange, boleh tengok 14 juta possible scenario....so serah pada Allah semua.

Yes, lari dari unnecessary stress...
Yes, i m not bugatti veyron...  
Yes, i m not 93 years old who can review 200 documents per night... but that should not stop me from keep working without burning myself out...



Sunday, January 7, 2018

New Year ... New Home ... New Wish List

2018, officially dah tukar alamat.
Saat menulis blog ni pun sebenarnya tgh peralihan pindah rumah. Havoc!

Ingat lama lagi. Contact2 tanya, belum setel katanya. Expected dapat kunci Nov. Tapi macam tak setel - setel je. So kita pun, ingat sibuk dengan keje yg nak kene submit.  Tup tup minggu kedua Dec baru kunci sampai kat tangan! Hah, amik kau! Tinggal 2 minggu lagi nak buka sekolah! Datelines semua jatuh bertimpa timpa !

Hadoi! Berderet semua datelines hujung Dec & awal Jan!
Buat kerje tak pandang kiri kanan, toleh toleh belakang dah. Yang mana ada, ada. Kalau ada 2 jam je free, 2 jam tu pulun. Guna apa yang ada. Yang tak de sudah! Memang tak sempat cakap banyak la. Tetiba lak kene jadi efisyen giler dengan kekurangan yang ada.

Nak kene buat report ttg rumah, masukkan letrik, air etc.. Tengok plan rumah balik. Apa yang ada, apa yang x de...apa yang cacat. Yang mana cacat kene kejar pemaju rumah. Kejar abang grill...ukur pintu & tingkap...bla bla bla...Masa dapat kunci, dah ada alamat rumah baru boleh setel urusan pindah sekolah. Hadoi, 2-3 kali gak patah balik sekolah lama...sebab alamat rumah baru lebih kurang dengan rumah lama, habis kerani taip silang alamat...adeiii laaaaaaa.....belom masuk guru besar cuti...huhhuhuhuuu....org PPD cuti.....ye la, hujung tahun kan. kene sedia maklum, depa depa pun nak bercuti...Pastu kejar kedai buku sekolah, nak kene balut buku, tulis nama...jahit lencana...tag nama...itupun buku ada yang tak cukup lagi...hahahahhuhuhuu...

Pas tu, bertambah suspen lagi, dalam dua minggu Dec ni, time ni la hujan banyak nak turun. Bimbang betul air naik. Selain kene kemas barang, kene angkat juga barang2 n dokumen naik ke tempat lebih tinggi. Time paling gerun bila kene bwak kereta redah air tinggi......berdoa dlm hati, supaya enjin jangan mati! Tu belum masuk berkejar kene submit proposal on time! Saat nak binding ni la semua nak habis, kertas habis, ink habis, ring binding habis.....hahihuhahihu...adeii laaa....x pe la, ujian. Dah selamat pun submit.

Alhamdulillah, saat page ni di coret, banyak dah setel. Abang grill sudi buat grill dlm tempoh 2 minggu. Tq sgt2. Kemas keje dia. Barang2 masih belum habis angkut. Buat masa ni, kami tido atas lantai ramai2. Tak berlampu. Apak buatkan 3 biji lampu. Pandai2 la survive. Hari hari malam bergelap tapi berlampu. Tak per la, sementara. Bab dapur, mama redha je la. Tak buat kabinet. Simpan dalam mimpi. Belek belek katalog je. Tengok dapur cantik je, mampu. Bila kira kira balik, banyak lagi duit nak diguna pakai untuk urusan yang lebih penting. Huhuhuu... tak per la.

Saat saat duit banyak keluar, duit2 siling yang bersepah2 tu, bila dikumpul2 dapat juga berbekas2 penuh! Memang sangat berguna bila time poket kering......Alhamdulillah,...πŸ‘

First Entry 2018...

Hi, 2018...

UPSR, dah berlalu...
Alhamdulillah. Result baik. Si abam tak dapat semua A, slack tang BM. Ramai slack kat maths, sains & BI, tapi abam steady je result yang tu.πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ Alhamdulillah.😍

Walaupun ada orang cakap kat mama, UPSR ni tak penting. Mama tak amik hati pun, sbb tu pada dia. Pada mama exam abam penting. Penting untuk mama tunai janji, datang sama - sama ambil result UPSR. Mama nak sama - sama dengan orang yang basuh baju mama masa mama tak larat, orang yang bancuh milo mama masa mama sibuk taip kerje mama, orang yang vakuum bilik mama,...orang yang tolong lipat baju mama... nilai kegembiraan mama kat sini, dengan orang orang yang support mama... πŸ’—

Mama tau abam terasa sangat bila abang sorang je tak dapat A dlm BM. Tak per, janji bukan fail. πŸ˜‰Kita still celebrate jugak kt Kenny Rogers sbb mama tahu abam suka ayam dia & speghetti bolognaise dia. Tambah lak ada kupon diskaun. Apa lagi, bagaikan orang lapar di sorong makanan laaa kan..... Then, kita g ikut apak ke bukit tinggi. Cuma apak je x de. Apak pergi kerje, kita jalan habis habisan kt sana....pandai pandai sendiri naik bas yang disediakan. Menapak ke sana sini, sampai melepek semua...tak larat! Lama tak jalan sama-sama. Mama lebih sayang kompiter je, kata anak-anak...haish...

Tang makan, asalnya mama dah beli brahims berkotak kotak supaya jimat. Last - last, x jimat jugak sudahnya. Semua terkulat - kulat, macam tak lalu nak telan je. πŸ˜…Kita turun jugak kt kaki genting sempah sudahnya utk makan....Sarapan je apak sponsor. Lunch dinner x leh le, kene jimat utk masuk rumah baru lak...(citer next entry...)

Sebenarnya, apak suka abam masuk asrama, tp mama macam berat hati sikit. Tak dapat masuk asrama pun tak pe. (walaupun dapat panggilan, kat sekolah X tempohari)... Abam, x p, mama suka je, terasa rumah tak kosong. Hahahaaa... πŸ˜‰

Sekarang, semua dah setel urusan sekolah baru. Mama nak pulun urusan study mama sebelum next UPSR & PT3 lak. Alhamdulillah, dari tadika sampai sekarang, banyak dah anak anak mama boleh buat sendiri. Kecuali masak...Yang ni macam mama kene jugak turun dapur.

Ni mama share  other parents's experiences yang mempunyai anak yg ada learning difficulties. Dlm kes depa, anak dyslexia. Mama share this, sbb mama rasa anak mama berdepan dengan struggle -struggle tu rasa macam sama je.

Ye, betul, tak semua cikgu boleh handle. Setiap anak ada kelebihan dan kekurangan. Memang tough nak tahu kita boleh tackle kat mana... Di sekolah biasa, rata -rata cikgu ada ramai murid nak handle,... kita ibubapa ni la kene pandai setelkan anak kita... Orang luar boleh kata itu, ini begitu, begini, sebab mereka tak rasa...........Yang tanggung kita, yang atur kita, yang usaha pun kita.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Here are seven things I wish people understood about what it’s like to parent children with difficulties in learning.
  1. My kids have to work twice as hard just to stay afloat in school.
  2. For kids with dyslexia, reading is exhausting, writing is laborious, and spelling is downright torture.
    Each of these skills is required in every subject my kids have at school. Homework can take two or three times longer to complete than it does for other kids. Yet they tackle it day in and day out! I wish people understood how hard my kids work every day just to keep up.
  3. My kids have strengths that don’t show up in school.
  4. Our society has a very particular idea of what success is supposed to look like in the classroom. Kids are often graded by how fast they read, or by how many sight words they can spit out. Sadly, these are the areas where kids with dyslexia, like mine, struggle.
    And while they may read slowly, they have other strengths. For example, my daughter has an awesome ability to see something, describe it, and break it down in her mind. But in school, there’s often no measure of that skill. She doesn’t get the same opportunity as other kids to shine and be recognized for her visual strengths.
  5. They feel different from their peers every day.
  6. It’s the day-to-day struggles that really remind my kids how having dyslexia sets them apart.
    Can you imagine watching an entire classroom finish an exam and realizing you’re only halfway through? Or getting only a third of the way through a reading assignment before a group discussion begins in class? These constant reminders of their reading issues weigh on my kids daily.
  7. It’s frustrating when teachers have little knowledge about dyslexia.
  8. Every year before school starts, I meet with my kids’ teachers. We discuss their special education services and learning issues. Between my two children, I’ve had this meeting nearly a dozen times.
    I’m thankful for the opportunity. But sometimes it’s exasperating. There are teachers who have very little knowledge of learning issues like dyslexia. I wish educators had better training about how to teach children with dyslexia. And I wish they better understood how dyslexia affects kids in every aspect of their school day.
  9. My biggest job is to be an advocate for my kids.
  10. We all have roles in life. I like to tell people that “my kids are my job.” If I seem overly focused on how they’re doing and not paying attention to other things, well, that’s my life’s work.
    I’m an equal, contributing partner to my kids’ educational plan, and I’m there to help make decisions about what’s appropriate for them. I’m eager to share what I have learned and observed about my children with school staff. I don’t just want them to meet their basic needs. I want to help them strive for their highest potential.
  11. It was heartbreaking to watch my kids struggle at such a young age.
  12. As parents, we all want the best for our children. We want to see them be successful. We want them to feel the happiness that comes with achievement.
    I know life will eventually bring struggles to my kids, as it does for everyone. But I hadn’t expected those life struggles to start in first grade with learning to read. There are days when my heart is sad as I watch my children labor over a life skill like reading that others seem to have mastered with ease.
  13. My kids are the bravest people I know.
  14. Even for adults, it’s tough to speak up and draw attention to yourself when things are challenging. You have to know yourself very well and know how to put your strengths and needs into words others can understand. 
    That’s tough for anyone. Now imagine how hard it is for kids. Self-advocating takes a lot of courage.
    Nothing makes me prouder than hearing my children speak up for their needs. They understand the impact of dyslexia on their schoolwork and assignments. They want to level the playing field for themselves. They have their rights. 
    They have the courage to change an environment that may work just fine for other kids, but that needs to be tweaked for them. That’s real bravery.

Thursday, June 8, 2017

First Entry 2017

1.
Entry sulong. Suka. Saje nak coret kat sini. Lama tak tulis.
Entah kenapa, time time banyak keje arini, jari gatal nak tulis blog.
Sebab sunyi kot. Hehehee... Tahun ni, anak nk periksa. mama yg sibuk revew soklan2 lepas, macam mama lak yang nak g periksa. Banyak kelemahan kene baiki ni.....kene usaha lagi.
UPKK dah setel, Alhamdulillah...result sgt membanggakan. Si abang ni tak sangka dia boleh dapat cemerlang. Sebab dia rasa, selalu dia buat banyak salah....tapi bila dapat result sebenar, dia macam tak percaya lak.....apappun, syukur. Alhamdulillah...

2.
Ye, tahun ni dah jadi student balik. Kalini, handle semua sendiri. Takda pembantu. Bila kenang balik, urusan ms buat phd ni tak sesenang ms buat masters. Hmm...ujian. Sabo.
Belajar terima rejections. Kadang terasa, dalam hati macam nak quit je. Tapi bila lepas solat, doa. Pas tu cam tak mau la pulak. Semoga Allah mudahkan urusanku...

"Hutang" keje dengan supervisor banyak ni. Ya Allah mudahkan urusan hutang janji ku supaya dapatku tunaikan. Lancarkanlah...

Ada orang nasihatkan aku, hargai apa yang aku ada. Apa yang kat tangan kita, yang ni kita usahakan sebaiknya. Jangan rigid. Lapangkan dada.
Jangan pandang apa yang orang lain dapat. Kesusahan orang tu, kita tak tahu.
Man Jadda wajada
Paling penting bersyukur dengan apa yang kita ada ni, walaupun sikit dan seberapa. InsyaAllah, Allah tambah lagi rezeki bagi orang - orang yang tahu bersyukur.
Tahun depan elaun belajar dah tamat.
Aku dah stand by jimat. Mungkin kene ikhtiar cara lain.
Aku start dari zero...Mungkin orang lain boleh meluncur laju. Aku tahu aku bukan selaju Bugatti Veyron, boleh accelerate dari 0 sampai 100km/j dalam ms 2.5 saat!
Tak reti, usaha g belajar...
Try...

3.
Terbeli rumah baru.
Tak jauh dari dari Uni, dekat je.
Tak sangka. Lancar,Tak sampai seminggu urusan setel, sebulan setel hampir semua.
Selama ni, Apak letih travel jauh.
Beli pun sebab nak quality life. Ulang alik 96km sehari travel, mmg penat.
Ada hari yang letih, boleh sampai terlelap sambil memandu.
Jauhkanlah dari terjadi apapa yang tak diingini...nauzubillah.
Risau...

4.
Malam ni, dah duduk sensorang ni macam best la pulak.
Hahahahaa. Tak pe la. asal aku tak mereng cukup. Jimat energy. :)
Kurang stress. Belajar phd tanpa stress? Boleh ke? segunung stress adalah....mmg sgt contradict sekali dengan nasihat doktor aku yang suh kurangkan stress... ( so far under control. Alhamdulillah...)
Stress2 nanti boleh g main ngan rusa...oh ya, ump dah ada rusa! kt uitm dulu ada rusa...rindu zaman main rusa...dah besar n tua dah agaknya rusa-rusa tu.....
Kat ump ni rusa muda. takut2 takut lagi, tak biasa dengan orang...
Rusa kt ump ni pun tak boleh stress jugak. Tapi lagi dasyat dari aku. Kalau stress, dia boleh depress dan mati.

p/s: Tahun ni, jumpa org yg jenis start awal, n habis awal. Tak pernah rushing ke dateline. pandai atur keje. hmm..............................u teach me a... bley ke?