Sunday, May 31, 2026

Peluang Belajar Bagi Anak - Anak T20.....

Sekarang zaman susah. Sampai masanya kita hadap kenyataan yang agak tak best...

Tahun ni bermulalah tahun yang agak terhad peluang untuk anak - anak T20 mohon biasiswa. Semua bantuan negara sekarang ni disasarkan untuk M40 dan B40 sahaja. Kelat juga rasa. Jangan kata pelajar T20 je kecewa, ibubapa pun terkesan sekali. Dalam media sosial pun ramai B40-T20 ber'perang' jari tentang ni.  Apa boleh buat... Anak aku apply biasiswa pun tak dapat πŸŒ€

Bermula tahun ni, PTPTN hanya memberi pelepasan bayaran balik kepada M40 & B40 sahaja. Untuk pelajar dari keluarga T20, hanya diberi 50% dari bantuan penuh. Bantuan MARA pula hanya untuk yuran sahaja, dan jika mendapat kelas pertama, pelajar dari T20 boleh mohon pelepasan bayaran balik, dan kalau tak dapat kelas pertama pun, pengurangan bayaran balik diberi mengikut pointer. 
Selain yuran, anak - anak T20 tiada keperluan makanan? buku? tempat asrama? bil fon dan data internet? Dalam hal ni, ni ibubapa T20lah kene tanggung.

JPA pula tak kira pendapatan keluarga tapi pelajar kene cemerlang, dan perlu bersaing kerana tempat terhad. Yang ni, pelajar kene maintain GPA 3.5 setiap sem, kalau tak, pelajar kene dipanggil bersemuka beri sebab dan jika sebab diterima, tajaan akan diteruskan. Jika tak, tajaan akan diberhentikan dan dikenakan bayaran balik pada apa yang telah diberi. So apa lagi pilihan yang ada? Biasiswa - biasiswa lain mungkin ada syarat - syarat khusus lain (Nak lebih details korang study la sendiri tentang ni). 



Sumber : sini

Kalau tengok dalam jadual diatas tu, nampak macam 2 je subkumpulan bawah T20 kan? T1 dan T2. Meh aku share siapa itu yang sebetul - betulnya golongan T1 bagi yang tak tahu. Sebenarnya ada lagi subkumpulan yang lebih spesifik lagi bawah T20... sila tengok di bawah,...



Tak semua golongan T20 itu mewah. 

Memang adat dunia, bila sumber banyak dan melimpah, orang tak berkira sangat. Tapi kalau tak urus dengan baik, boleh jadi bazir. Dah tu, bila sikit tu bagus ke? Tak juga. Bila sumber sikit, terhad dan menjadi keperluan, masa itulah semua mula berkira. Sampai level taik hidung pun nak kira.... Jadi, kedekut nak mampus pun tak bagus juga. Sebab bila kita tidak menunaikan hak yang sepatutnya, kita dah berlaku zalim. 

Dah kerajaan tak nak beri, kita nak buat apa? Takkan nak golek atas jalan tunjuk perasaan? Sebagai orang Islam, berusaha mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah itu wajib. Antara sabda Rasulullah SAW, “Jika seseorang keluar berusaha untuk menanggung anak-anaknya yang kecil, maka dia berada di jalan Allah. Jika dia keluar berusaha untuk menanggung kedua ibu bapanya yang telah lanjut usia, maka dia berada di jalan Allah. Jika dia keluar berusaha untuk mencukupkan dirinya agar terpelihara daripada meminta-minta, maka dia berada di jalan Allah. Namun jika dia keluar kerana riak dan bermegah-megah, maka dia berada di jalan syaitan.”

Dalam berusaha itu doa juga, "Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal (sehingga aku terhindar) daripada yang haram. Dan kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu (sehingga aku tidak bergantung) kepada selain-Mu." Amin.

p/s: merenung nasib diri,....

Friday, May 22, 2026

Langkawi 2026

 

Pulau Langkawi 


Lepas submit 1 paper, mama cakap kat apak, "Jom jalan? Lama kita tak jalan.

Kebetulan bam pun tgh cuti, kami pun amik kesempatan jalan - jalan ke Langkawi, 5hari, 4malam. Dan mengenangkan harga semua akan naik gara - gara perang di asia barat, kami redah je la. Memang sengaja tak nak tunggu cuti sekolah. Malas beratur dan tak nak menghadap jam. Kami rasa macam waktu nilah masa yang sesuai membawa tangan - tangan yang membantu potong bawang, sayur, masak nasik, cuci bilik air, buang sawang, sidai kain, lipat kain, siram pokok dan tukang kemas & vakuum rumah makan angin. Kalau tak sekarang (April), entah bilalah lagi boleh macam ni...

Kesian, generasi budak - budak ni,...apa pun tatau...Kalau tanya tentang Langkawi kat mana, depa tau la ada kat utara, tapi kalau cuba tanya lagi, kat Langkawi tu ada apa? Kenapa Langkawi ni terkenal? Mula lah keluar jawapan - jawapan macam orang tak pernah tahu sejarah dan apa - apa tentang Langkawi ni. Rasa - rasa macam pelancong luar lagi tahu Langkawi ada apa dari budak - budak ni, rakyat Malaysia sendiri. Mungkin silap kami yang tua ni tak dedahkan dieorang...So trip kalini, kami explore macam-macam di segenap bahagian pulau...atas darat, dalam air, atas gunung, bawah gunung, tepi gunung, kat sungai, kat pantai, dalam hutan, dalam bandar, pasar malam, pasar raya...pendek kata, semua la...Kalau la tak de sempadan, memang buleh sampai Satun. Tapi kami tengok ja la dari jauh tanah besar Thai. Paham la kenapa Siam duk asyik serang Langkawi, dekat je rupanya.  

Tempat buaya tu kami tak sempat nak pi. Takpa lah…...buaya Langkawi dan Pahang tak dak beza sangat pun kan? Underwater World, Dream forest pun kami tak dan pi....

Tak pa la nooooohhh,...Sekarang dah pernah jejak Langkawi, baru orang dah tak buleh nak kunun. ( tiru ayat dalam cerita PRamlee Masam-Masam Manis πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†)

Friday, April 24, 2026

Aku dan Tajuk Lama....?

Kelmarin, aku bercakap dengan orang KPT, mengemas kini status pengajian. Pegawai tu kata, ramai batch Mybrain15 2016 dah grad dan dalam masa yang sama, ramai juga yang tak habis pengajian dan kena bayar balik biasiswa. 

Memandangkan aku dah buat satu PhD dengan 2 case study, aku anggap kegagalan dan kekecewaan lepas sebagai rezeki juga. My stepping stones... Ada rezeki, aku nak publish hasil kerja aku dan adakan sempadan antara hasil karya keringat aku dengan yang bukan... Tapi sekarang fokus aku bukan di sini. 

Sekarang aku dah dapat lampu hijau KPT, untuk submit tesis dengan tajuk baru.
Bye bye tajuk lama. Selamat datang tajuk baru...Fokus aku disini, tamatkan pengajian, submit thesis dengan tajuk baru. πŸ’ͺ     

Sambil menaip, kita layan lagu Flop Poppy, aku dan kamu...



Wednesday, April 1, 2026

Ramadhan & Aidilfitri 2026

Di saat Allah nak bagi ujian, kita harungi sahajalah kan?
Right before Ramadan, I went for a medical procedure. Buat kat hospital kerajaan je. Dah nama pun hospital kerajaan. Bukan boleh main petik - petik jari je, meluru masuk gitu. Kene tunggu giliran. Kene sabar. Dan nasib baik, percuma.
    
Dan disebalik ujian masuk hospital itu, ada hikmah lain juga. Antaranya, aku dapat jumpa potential person yang boleh validate my phd model. So kalau expert ku tak cukup, aku akan include this person in my pool of experts. Dia ni isteri kepada bekas bos yang juga merangkap student phd laki aku. Dan melalui bantuan dialah aku dapat reach expert-expert yang membantu validate model aku. Bab ni, aku memang sangat berterima kasih. Dan raya kalini, model aku dah siap divalidate. Lega giler. Banyak kali sujud syukur.....syukur sangat - sangat. 

Dan Ramadhan kalini, tiada sambutan beria-ria...Tapi yang seronok, semua ada kat rumah. Tukang potong dan sedia bahan ada. Apak pun tahun ni lebih banyak berbuka di rumah. Jadi lebih banyak masak sendiri dari beli. Cuma hujung minggu aku ada arrange berbuka best best sikit...sama ada order, atau book la makan kat mana2, bersama-sama berempat.  

Dan raya kalini pun simple je. Tak de buat kuih raya. Baju raya pun tak beli. Recycle je baju sebelum ni. Simpan duit untuk keperluan lain pulak. Minggu ni, Bam dah masuk Uni balik secara fizikal. Sambung degree...
 
Dan semalam, hari yang ditunggu-tunggu anak bongsuku akhirnya tiba, iaitu hari keputusan SPM keluar. Seawal-awal jam 7.30 pagi dia dah semangat pergi ke sekolah. Mamanya ni datang lambat sikit. Lepas drop adik, apak ke opis. Dalam jam 9.30 baru mama join. Makin dekat jam 10 pagi, yang berdebar-debar dan tak sabar sebenarnya, mama & apak tunggu keputusan adik keluar.  Adik, cool je. Keputusan adik, alhamdulillah. Tiada yang gagal. Dengan keputusan adik ni, adik nak masuk course yg adik nak tu sepatutnya tak jadi masalah. Mama doakan Allah permudahkan dan bagi rezeki yang terbaik untuk adik. Amin. Kalau compare result SPM antara kami berempat, result mama ranking yang terbawah sekali dalam rumah ni. Tak pelah, biarlah anak - anak lagi pandai dan dimurahkan rezeki yang berganda - ganda. Amin.    

Dan untuk celebrate, mama belanja TeaLive. Apak belanja makan kat Secret Resepi & KFC. Harini, mama masak kurma ayam....Faveret adik.



Nyum Nyum....

Sunday, February 8, 2026

I miss you, bunga ros jepun

Bunga ros jepun ni antara bunga favourite aku....nak tanam mudah. Kembangnya comel, cantik. Waktu pagi-pagi, aku suka duduk-duduk, minum-minum teh panas, makan sarapan atas meja batu, sambil tengok bunga- bunga kembang cantik....Tapi disebabkan aku sibuk, tak sempat tengok, tak sempat jenguk, dan tak siram air....habis mati. Dirini tak mampu pegang komitmen banyak-banyak...Jadi biarlah ku simpan kenangan bersamamu disini....


Lepas submit thesis, I come back to you eh...






Tuesday, January 6, 2026

Post pertama 2026

Masuk 2026, bermakna...

1. SPM 2025 dah selesai. Tahun ni semua anak - anak dah habis fasa sekolah menengah....Sekarang bermulalah fasa tengok kursus mana yg sesuai dan IPT mana nak apply...Nak mengharap lebih2, kene juga cermin diri masa dapat result nanti....Dah berusaha, aku dan apaknya doakan yang terbaik aje lah...

2. tahun ni juga, secara rasminya diri ini dah tak join PIBG dan tak pegang jawatan PIBG mana - mana sekolah. Selesai sudah zaman tu...kira bersara tanpa pencen. 

3. semua dah besar-besar, maka dah boleh harap menjaga diri sendiri. Aku dah tak perlu risau bibik pukul ke, bibik bagi ubat batuk supaya anak tido sepanjang hari ke, bibik bagi makan megi sahaja ke, bibik tinggalkan anak dan keluar berjalan-jalan ke...Bos nak marah sebab asyik cuti anak sakit ke, officemate menyampah sebab kene cover kerja sebab setelkan anak ke, semua isu tu tak de. Aku tak perlu lalui semua tu, sebab aku dah setel bab jaga dieorang sampai besar...

4. dah hampir 11 tahun aku merapu menulis thesis. Mesti sv tak sabar nak tahu apa yang dlm ni....Aku rasa sah berpinau mata dia baca nanti... Apolah yang ekau tulis ni...  Tapi belum habis tulis ni pun dah terasa nak menyorok je πŸ˜…. Raya dah dekat. Macam tahun-tahun lepas, aku rasa kene lari jugak sembunyik kat mana-mana....

5. walaupun dah tua,...aku bukan orang kaya. Dirini tiada simpanan 5 juta dalam bank. So saat orang lain tgh sibuk nak bersara, aku baru sibuk nak mintak kerja......Hmmm...Duit aku, hidup aku, sukahati akulah kan?


 "Kamu tidak mengganggu orang lain, itu sedekah yang kamu berikan untukmu sendiri" - Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Sunday, October 19, 2025

Umrah 2025 dan Pindah Lab

Masuk je September, beg - beg kami dah ready...entah entah dah hari hari depa ni dah bertalbiah πŸ˜…
 

Alhamdulillah, September tahun ni kami sekeluarga berpeluang ke Mekah dan Madinah sekali lagi. Doaku dulu dimakbulkan Allah. Kalini kami pergi berempat dan bersama sorang adik aku, 4 + 1. Kami dapat peluang pergi bawah rombongan UMPSA. Bagi budak - budak ni, ni kira trip pertama mereka ke Mekah dan Madinah.

Majlis doa selamat... 

Bajet trip kalini sederhana sahaja. Sepanjang 7 hari kami ber-5 semua enjoy je apa yang direzekikan Allah pada kami. Sepanjang program umrah ni, apa ustaz dah uruskan, kami ikut je.... Urusan semua lancar sepanjang perjalanan. Sebelum bertolak, mama sempat submit paper ke conference di Fakulti Oktober ni. Alhamdulillah...selesai 1 urusan. 

Kene susun beg betul-betul, kalau tak tak muat dalam teksi. Teksi ni pun dah book yang besar  


Kami tempah 2 bilik. Girls duduk 1 bilik (3 orang). Boys duduk 1 bilik (2 orang). Pakej sekali dengan makan. Di Mekah kami duduk di hotel Anwar Al Deafah dan di Madinah pula kami dapat menginap di Arkan Al Manar. Di hotel Mekah yang kami duduk ni, saiz biliknya agak kecil. Tapi, kelebihannya ianya dekat dengan pintu depan Masjdil Haram dan tempat shopping. Ada peluang pergi ke masjid, kami pergi... Ada peluang shopping, kami pergi belasah juga. Kami tak shopping sakan souvinir. Tambah pulak kontrak aku akan tamat, jadi satu souvenir pun aku tak beli. 😏Hanya merasalah susu untaaa, susu lembu berkrim...nasi daging untaaa, kambing, kebab, pizza, ayam goreng al bayt...Dan paling best, air buah! Peti ais kami bertiga sentiasa meriah dengan buah, air buah, pepsi (pepsi arab yang kurindui) dan laban...Ais krim pun pantang jumpa, kami enjoy sepuas-puasnya. Lepas berfikir - fikir, mama n apak decide sumbangkan 2 kotak kurma untuk sekolah adik, dan apak sedekahkan sebotol air zam zam bahagian dia utk pelajar tingkatan 5 sekolah adik utk SPM. 

Masih teringat lagi hotel kami masa musim haji 2023, di Abraj Al Janadriyah.....jauh nun, ke arah masjid Jinn sana.... dan tak lupa dengan Swiss hotel yang kami pernah diami sekejap masa musim haji dulu. Tak macam dulu, harganya kali ni, 2 malam je suda boleh habis semua duit gaji bulanan mama...InsyaAllah, next time sapa tahu mudah mudahan Allah kurniakan diriku ni rezeki yang banyak dan kemampuan untuk datang lagi. Boleh duduk hotel dekat2..Amin.

Syahdu

Untuk persediaan sebelum pergi kami dah ambik vaksin. Semoga imun badan adik kuatlah untuk SPM tahun ni. (Banyak sekolah sedang dilanda Influenza A dan B sekarang)...Kelmarin, lepas conference, dapat call, cikgu bagi adik pulang sebab tak sihat. Lepas tu bawak g cek hospital pulak. Kene X-ray. Ada jangkitan sikit kat peparu. Dapat antibiotik. Sekarang dah tak demam. Selagi adik tak sihat, mama rasa baik mama pun stay kat rumah sahaja. Tak bawa kuman ke fakulti... Kat rumah pun boleh buat kerja. No problem. 

Lepas balik dari umrah haritu pun, mama terus kemas barang-barang dan pindah lab. Start 1 Oktober, mama dah jadi student sepenuhnya. Balik semula ke lab ikut research group. Yang bagusnya ttg lab sekarang ni, tak de orang. Sunyi. Tak bising. Jauh dari gangguan. Luas dan lapang. Sedap nak menulis. Minda kita pun selesa berfikir. Yang tak seronok ialah bila lift rosak. jenuh mendakiiii....... dan satu lagi, mama tak boleh buat keje sampai malam. Dulu masa lab kat level 2, beranilah sikit nak buat keje sampai jam 10.30mlm sbb ada je kawan teman. Kalini, x boleh. Bahaya. So pukul 6 ke 6.30 kene balik, atas faktor keselamatan.