Saturday, July 18, 2009

Marapana Wildlife Park

Sabtu semalam, kami sekeluarga ke selatan Perth. Nilah selatan yang paling jauh kami menapak setakat ni...(Bleh caya tak, dah 3 tahun kat sini, ni selatan yang paling jauh kami pi????)

Kali ni destinasi kami ke Marapana Wildlife Park, Karnup WA, yang terletak kira - kira 66km dari rumah kami. Perjalanan mengambil masa 1 jam. Tempat ni dibuka setiap hari, 10am hingga 5pm, kecuali krismas. Bayaran masuk jugak merupakan antara wildlife park yang murah kat sini.

Ni kali pertama kami menjejakkan ke sana. Sampai sana, budak - budak berdua ni memang tersangatlah excited.Kami diberi dua bekas makanan untuk memberi makan pada haiwan - haiwan ni. Sesetengah haiwan tak boleh diberi makan oleh pelawat. Contohnya buaya, ular, dinggo, koala. (ade lagi, tak ingat pulak apa tapi tak banyak yang tak boleh diberi makan oleh pelawat) Tempat ni, yang bestnya boleh merasai 'hands on experience' sendiri...kat tempat lain, selalunya tak dapat nak pegang binatang binatang ni. Selain murah, tempat tinggal haiwannya sangat bersih. Tak berbau busuk...

Bila boleh pegang dan rasa binatang - binatang ni, sudah tentunya sukalah budak - budak ni...
Alhamdulillah, dieorang berdua ni belajar banyak hari ni...Harap depa boleh hargai dan belajar sayang pada makhluk ciptaan Allah lain yang turut berkongsi alam dengan kita sebagai khalifah di bumi ni...


No comments: