Monday, October 5, 2009

Spring Fever @ Araluen...


2 Hari lepas kami sampai Perth, kami pergi berjalan jauh dari rumah kami yang sangat semak dengan beg - beg baju dan barang - barang kami yang lain yang tak sempat berkemas lagik pada masa itu ke tempat yang lebih tenang dan damai iaitu taman bunga di Araluen. Masa tu memang letih, tapi nak berehat minda jap dari kesesakan dan keselrekan rumah. Budak - budak ni pun suka...berlari ke sana kemari setelah aah brapa hari terperap kat rumah. Kiteorang decided nak pergi weekdays. Tak nak datang weekend, ramai orang.

Subhanallah, memang cantik bunga - bunga kat sini. Kebanyakkannya tulip. Menurut senior lepas - lepas...taman bunga ni lebih cantik pada tahun - tahun lepas berbanding tahun ni sebab pihak pengurusan taman ni kekurangan dana. Awal tahun ini, depa ada buka sapa sukarela yang nak tulong tanam bunga.

Bayaran masuk ke taman ni, teramatlah murah iaitu AUD4 seorang dewasa, AUD2 untuk kanak - kanak. Baby macam E-m4n free. Sebab murah sangat kot, sebab tu depa tak dapat nak tampung ongkos taman bunga ni di zaman barang serba naik ni...

Dulu ada ura - ura yang taman ni akan ditutup. Aku harap tak lah, sebab taman ni cantik. Sayang. Harap depa dapat kekalkan keindahan dan giatkan publisiti serta menjadikan tarikan tersebut sebagai usaha tarik lagik orang ramai datang sini lagi...

k lah...sekian update kali ni.

No comments: