Alhamdulillah, Raya Haji kalini jatuh hari jumaat dan hujung minggu. Abang berpeluang lah tak beraya di opis...
Suasana Raya Aidiladha kat sini meriah...
Kat sini, ramai umat islam berkumpul kat padang-padang berpiknik sakan dari pagi sampai petang (agaknya kalau berkumpul kat rumah, tempat terhad kot dan lagi satu rumah pun tak sepah & anak - anak bebas dapat bermain)...masa kiteorang pergi padang...penuh woooo dengan orang muslim, berkumpul dengan sanak saudara dan kengkawan depa kot...sedap betul bau daging bakar & BBQ...(kiterorang pergi padang sebab nak bawak anak jenjalan petang, makan angin dan main kat playground, bukan nak beraya...baru tau style depa beraya...baguslah aku rasa, beraya dengan pot luck sumer)
Hari sabtu, hari pelajar M'sia lak berkumpul jamuan hari raya aidiladha...ramai lah orang m'sia...tapi satu kekurangan terasa, keramaian yang sama tapi suasana yang tak serupa...
Tak macam kat M'sia...tak dapat tengok korban ditumbangkan. Tak dapat tengok lembu, kerbau dan kambing kene sembelih. Tiada aktiviti melapah daging beramai - ramai...sebab semua penyembelihan dan pelapahan daging mesti dilakukan di rumah - rumah penyembelihan. Jadi orang islam kat sini tak dapat tengok kemeriahan tu...
Daging tu selalunya diedarkan dengan siap dah potong dan dibersihkan cantik...ada juga yang ditinkan dan akan dibawa ke negara - negara islam miskin macam afrika, pakistan, dan sebagainya untuk diedarkan...
Yang aku dapat tahu...rata - rata, kebanyakan tukang sembelih di WA ni orang islam. Sungguhpun begitu, ada juga sesetengah yang bukan. Jadi kalau nak beli daging ke, walaupun kita tahu ramai tukang penyembelihnya islam tapi keraguan datang dari rumah penyembelihan mana tu ada...jadi nak senang p beli daging kat kedai halal ler...tak yah risau paper, dah tahu insya allah halal...
Tahun ni, kami sekeluarga tak sambut meriah sangat hari raya...baik aidilfitri maupun aidiladha...biasa jer, x buat open house ... Tengah - tengah poket kering ni, masak sempoi je...aku masak rendang ayam je ngan telur masin yang aku buat aritu...haaa...nantikan laporan telur masin aku akan menyusul selepas ni wokeyh...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment