Tuesday, March 23, 2010

Hujan Batu Di Perth Semalam...

 Ramalan cuaca semalam...
tapi aku baru view malam tadi pas ribut.

Mesti korang pernah dengar kata - kata, 'Hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri...' kan?...tapi semalam tak de hujan emas kat sini...tapi hujan batu dinegeri orang...
Takut, excited, risau semua bercampur baur...

Setelah sekian lama bumi Perth ni dahagakan hujan, semalam dilanda ribut kuat, hujan lebat mencurah - curah termasuklah hujan air batu.Besar jugak aisnya. Paling besar aku tengok sebesar bola golf...Malah ada orang kata ada yang lagik besar daripada itu. Banyak tingkap rumah dan cermin kereta pecah. Ada jugak kereta yang kemek kene hentam dengan hujan ais semalam. Ada jugak orang yang cedera ketika berada di tengah jalan masa hujan batu tu turun.


Lebih kurang, 10 minit sebelum ribut...

Suasana tenang. Takde sebarang angin. Panas, tapi taklah membahang. Aku agak ribut dah nak dekat.
Aku keluar, cecepat angkat kain. Then, cek peti surat, nak amik surat sebab tak mahu surat basah kerana bila tengok langit kelam dan gelap semacam, aku agak akan hujan lebat nanti tu mesti lebat kaw kaw punya. Tapi masa tu aku tak menjangkakan akan ada hujan ais. Aku ingat sekadar angin taufan kuat dan ribut petir.


Masa ribut nak bermula...

Masa aku masuk rumah. Rumah gelap giler. Huh? cepatnya gelap. Dua beradik tu, duk berdua dekat-dekat. Yang paling takut sekali,Em4n. Dia duk dekat - dekat abangnya. 50l3h excited. Takut takde dalam kamusnya...itule masalahnyeee...takut tu masuk dalam kamus mama, bila takut tak de dalam kamusnye.

Tak lama pastu mula dengar guruh, aku start cabut line telefon dan off tv, komputer dan router. Memandang henfon aku masih entah kemana, dan satu-satunya talian perhubungan aku iaitu phone VoIP, akan dimatikan, aku siap call abang (yang masa tu berada di opis) yang aku akan matikan talian dan aku akan on kan balik bila ribut reda.

Tengah ribut...


Pastu, aku bawak anak2 ke tingkap. Lampu rumah sengaja aku biarkan tutup. Saje nak bagik anak - anak feel, dan kenal macamana duk dalam ribut. Then, macam on time plak...angin kuat menggila datang...hujan air bertukar menjadi hujan batu...berdentum dentam bunyi. E-m4n semakin excited walaupun takut. Excited nak tengok kat luar apa yang jadi. Sesekali sembunyikan muka kat ketiak aku. Senyap je,dalam pelukan aku. 5oleh punya excited giler, tak payah cerita le.

"Mama, ais!...ais banyak! Look!"

Aku p berlari sat amik kamera. Dapat je kamera datang balik kat anak - anak...
Jakun dan prak sat kami bertiga beranak tengok hujan batu...

Ikutkan aku nak keluar, amik gambar. Tapi mengenangkan aku ada anak kecik, hasrat tu terbantut...cukuplah sekadar dari dalam rumah.

Tetiba datang angin condong bersama hentaman ais bertubi ke tingkap. Aku bawak anak - anak lari ke bilik. Bina kubu bantal dan selimut tebal sekeliling...suh anak - anak masuk, duk diam2 situ. Kalau perlu dengan tilam2 katil sekalik aku buat kubu...

Then aku capai beg kecemasan,letak berdekatan... (berisi dokumen penting cth pasport etc, incase paperhal, memang cabut lari ngan beg dokumen ni je)

Taufan menggila kat luar. Pokok besar yang gah, meliang liuk seakan nak menyembah bumi...Pas tu aku dengar bunyi tingkap pecah. Tapi bukan umah aku. Umah jiran mungkin. Dalam hati tak henti2 berdoa...masa ni Allah je tahu perasaan aku. Macam - macam aku pikir. Takut bumbung rumah runtuh pun ada...Siap plan kalau perkara cam tu jadi aku nak kene buat ape next, dan next, dan next. Intai jugak kat luar, in case banjir...memang aku kene lari dgn anak - anak ke blok umah pangsa besar sebelah rumah... 

Tapi dalam tengah pikir yang bukan - bukan pun, sempat aku berlari jap ke tingkap depan yang mana, dekat ngan beranda, buat rakaman hujan batu dengan kamera...sambil tengok2 keadaan kat luar, adakah kritikal sampai aku kene carik tempat perlindungan lain...nauzubillah.

Alhamdulillah, apa yang aku takutkan tak terjadi. Semua berakhir dengan selamat. Bumbung dapur aku bocor. Habis air masuk rumah. 1/4 dapur aku basah. Kereta buruk kami juga selamat. Tapi penuh dengan lekuk lekuk... Ni ler, first time aku dan family mengalami hujan batu macam ni. Sebelum ni kalau hujan batu kat sini, kecik je aisnye...ala - ala macam salji tapi bila jatuh ke bumi, dia mencair...

Pas habis ribut, siap buat sujud syukur, sebab dah semuanya dah berlalu dan kami semua selamat.

Maha Suci Allah.
Tuhan Sekalian Makhluk dan Alam.

Timbunan ais di rumah jiran

Ais Free...sape nak?

Awam hitam kehijau-hijauan di langit...
masa ni aku ingat nak snap gambar kilat sabung menyabung tapi tak dapat lak...

Hujan lebat membasahi bumi dengan semahu-mahunya

Keadaan lepas ribut...
sorry kualiti gambar kurang sebab tengah tak duk diam...


---------****---------


Update : Baru jumpa tadi,...sekadar share.

3 comments:

FaraMie said...

Alhamdulillah selamat korang anak beranak xda kejadian yg xdiingini berlaku. wah2 byk ais free buat ais baju pun bole..huhuhu mcm nk ja aku pi tmpt ko nk tgk n alami sendiri

Unknown said...

isyah...serius la...bila bc entry ko ni, aku plak yg kecut perut.... tu la, slalu dgr je ujan batu...ni bru dpt tgk ujan batu tu dpn laptop dgn mata kepala aku sndiri...huhu... kalo aku jd ko pun mmg dh pikir mcm2 la...dh la husben xde kat umah kan... ishhh takut aku... apa2 pun alhamdulillah korang ank branak slmt... Aminnn...

~Huang Yo Shi~ said...

faramie:syukur lega dah berlalu...buat baju?...drrrdrrr...sejuk giler,tak mo pakai, ssssejuk hehehee tp utk bergambar, mungkin... ko nak alami? Nak tengok macamana keadaan tu mmg excited la...tapi bila dah terkandas dlm kecemasan...aku rasa ko pun akan pikir dua kali kalau ada pilihan...

nanazack:..sib bek bukan jadi waktu mlm,nana...kalau x,lagik panik aku...huhuhuuu...