Sunday, July 24, 2011

Sebilah Tulang : Kecik TAPI Berbisa

Rabu lepas, siapa sangka hari yang tenang penuh kedamaian akan terjadinya episod malang tak berbau dalam hidup aku...hari tu, buka pose aku sempoi je - ikan merah goreng + nasik putih panas + sayur campur + sambal belacan. Namun kenikmatan berbuka tu terhenti tiba-tiba...

Tak sempat pun habis nasik, tetiba terasa sesuatu tersangkut kat tekak ni...
Bukan nasik,...
Bukan sayur,...
Bukan sambal belacan...(ha ha ha  ade ke sambal belacan tersangkut kat tekak...)
tapi...
TULANG IKAN!!!

Huwaaaaaa....the worst fish bone nightmare i ever had in my entire life!!!

Nafsu makan terus terbantut!
Tulang ikan tu tersangkut dalam giler aaa dalam tekak ni....
Kucuba keluarkan, tak berjaya...
Petua telan ketulan nasik + selawat beberapa kali pun tak berjaya...
Menambah sakit lagik ade a...
Nak masukkan tangan pun tak berjaya.
Mmg dalam!!!

Malam tu jugak, lepas solat maghrib, pergi ke klinik dekat dengan rumah...
Dr tak dapat melihat apa-apa...
Dia cadangkan aku terus pergi ke hospital segera mungkin.
Antara hospital sg buluh & selayang, aku pilih  hospital selayang sebab aku dah biasa dengan hospital tu.

*aku tak drive, abah aku yang drive

Sampai kat hospital, kene la BERATUR PANJANG kat jabatan kecemasan...Menunggu 2-3 jam adalah standard biasa. Dengan tak selesanya, aku tunggu la jugak... Walaupun dalam hati ni nak je pergi private terus, tak selesa nak menunggu lama ni tapi memikirkan beza seringgit dan beratus tu jauh beno bezanya...sabar je lah,... (agaknya kalo byk duit, mesti aku ni antara insan yang paling tak bersabar sekali dalam dunia ni, semua nak cepat, kalo boleh nak sekelip mata je selesai!!!)

Dalam sejam setengah, sampai la giliran aku...Dr kat jabatan emergency pon tak dapat nampak tulang tu.
Maka, aku dihantar untuk X-RAY. X-RAY ni kene berdiri ke sisi sambil mendongak...(aku tak ingat posisi nya dipanggil apa dlm medical term )Alhamdulillah, tak lama,...sekejap je. Tak yah menunggu atau beratur pun. Agaknya sebab tak ramai orang kot.

Hasilnya????

DAH X-RAY PON TAK NAMPAK!!!

Huwaaaaa....
so aku di'escort' ke jabatan ENT (Ear, Nose & Throat)...
Jumpa pakarnya.

Disitulah bermulanya ritual memasukkan alat mcm ala-ala forcep gitu tapi panjang dan mcm spatula cermin dr gigi gitu, (tapi panjang)....ke dalam tekakku ini...

MMG macam nak terkeluar je anak tekak ni...mmg nak termuntah la
Beberapa kali jugak try...Dapat je posisi yang sesuai, aku mudah sket nak relaks kan diri (kene lawan rasa nak muntah tu walaupon standardnya kita akan rasa nak termuntak bila tekak dijolok).... tak lama lepas tu dr pun jumpa tulang tu & dapat tariknya keluar...

Alhamdulillah,....LEGA.
Tapi sakit sket la kawasan tu.
Dokter cakap mujur juga tulang tu besar (tulang ikan merah, kan...),...proses nak keluarkan tulang tu akan lebih rumit jika tulang tu halus dan payah nampak. Maka kene g masuk operation theater la jawabnya.
Nak tambah haru lagik, kalau tulang tu patah ms dr menarik ms pesakit tgh dlm keadaan 'menolak' aka resist...huhuuu...

Walaupun tulang tu kecik, tapi berbisa. Kalau biarkan lama, boleh bengkak dan menanah dikawasan tekak. BAHAYA. Walaupun dah keluarkan tulang tu pun, tekak aku masih terdedah dengan risiko jangkitan pada tempat luka tu. Still jugak boleh bengkak dan menanah dikawasan tu.

So dokter bagik aku max dose antibiotik & ubat tahan sakit. (paracetamol)& ubat kumur. Mlm tu balik sampai umah dalam kul 12.30pagi...

Arini?
Alhamdulillah, da tak terasa sakit lagik dah.
Bersyukur semuanya sudah berlalu.
Syukur jugak, tak terjadik pada anak-anakku...

~@~


Pengajarannya, walaupun dah buang tulang2 ikan tu kat tepi/letak kat pinggan lain, still jugak kene buat checking lagi...jangan take for granted. Sebab dalam kes aku ni, memang tulang ni payah nak nampak...pendek, nipis & halus...susah nk perasan punya kalo dah duduk kat celah ratusan bijik nasik...Itu tulang ikan merah, bayangkan kalo mmg ikan yang jenis byk tulang halus2 macam ikan parang ke, terubuk ke?...buat ms ni, aku da ade sket phobia la nak makan ikan esp yg byk tulang...

p/s: tak pernah pikir, tekak yang selesa tanpa tulang ikan jugak merupakan nikmat yang tak terhingga...

UPDATE TULANG DALAM DAGING:
Ni gambar tulang ikan tu berbanding dengan jari aku...
kecik x?

3 comments:

Unknown said...

same kes ngan abg aku....abg aku sejak tercekik tulang, smpi skang dia dah xmkn ikan....aku slalu perli dia, apa la nikmat hidup kalo xmkn ikan...kekekeke...tp mmg serius la muka dia kalo aku saje paksa dia mkn ikan, nak xnak, kalo blk kg, mak aku terpaksa la belikan ayam @ daging utk dia...hehehehe

3uri@ni said...

tetiba rasa risau nak makan ikan. Ikan kalu dah goreng garing2, lagi la leka makan, kalu buleh sume nak kunyah, hehee

Take care yer (^__^)

~Huang Yo Shi~ said...

nana:
aku da ada takut sket la sedangkan aku masih cintaaaaa ikan...:(

zue:ye la zue, ingat bila dah goreng selamat sket...tp tak jugak...huhuuu,...Mujur la jadik kt aku n aku ni boleh la nak bercerita kat mana tulang tu,& mampu tahan diri ms proses nak keluarkan tulang tu...kalu anak2 kecik ni camne?...sangat kesian rasa, x sanggup nk bayang...:(