Teringin RFC ni dah lama sebenarnya....Rasa pendam terlakur dari 2010! Hahahaha...
Pemangkin terkuat sekali bila KFC, sibuk promote depa punya resepi yang dicurah dengan sos manis yang penuh kekorean sangat... Sampai kami rasa sekali dan tak nak lagi !!!
LOL!!!
source : www.kfc.com.my
Jadi RFC la jadi pengubat hati.
( Note :Kami memang pelanggan yang tak setia bila bab makanan, tak sedap, kami carik lain!)
Ditambah pulak, kat sini, dah dibuka satu cawangan baru kat indera mahkota...
Maka, kami pun cuba,...
Alhamdulillah...Not Bad!
Why Did I say Not Bad ?
1. Sedap tapi servisnya slow.
2. Staff tak ramai, maka nampak kelam kabut sikit suasananya. Sebagai pelanggan yang dah biasa hidup kelam kabut, daku sangat memahami....dan komen ini bukanlah untuk mengkritik. Sebagai pelanggan yang baik, daku doakan semoga servis RFC akan datang semakin baik, supaya business anda bertambah maju. Initiatif untuk berubah itu penting! :)
3. Variasi tak banyak. Bila pilihan tak banyak, portion untuk pilihan menunya lebih baik fleksible. Ni kene pilih, sama ada terbanyak sangat ...atau terkurang pulak. Adess...
4. Harga? hmmm lebih mahal dari KFC. Agaknya sebab ayam organik kot. (andaian sendiri...) ye lah, apape nama 'organik' yang dijual, kita boleh jangka yang harganya mahal.....betul tak?
5.Please note, yang komen ini limit sampai hari yang kami pergi saja, Mungkin kualiti RFC kat cawangan ni, (selepas komen ini ditulis) telah dibaiki. Ok? Sebagai penutup, terima kasih kerana membaca sampai no 5. :)
*Bagi peminat Hot & Spicy KFC, KFC - Hot & Spicy dah kembali...........................yeay!!!!!!!!!!
Tapi itu tak bermakna yang kami tak datang lagi RFC...:)


.jpg)
2 comments:
Dah lama giler tak makan RFC, last makan masa duduk di utara. Performance dia tak stabil la, makan ari ni ok, kang datang minggu depan, termasin la, tercair la...kalau maintain je, aku rasa sedap je RFC ni. RFC paling sedap aku makan yg kt kedah...(patutnya restoran yg francais ni, rasa dia sama je la mana2 cawangan pun,kan)
RFC ni boleh pergi jauh kalau pandai manage betul2...Peluang business baik,sayanglah kalau tak improve...kan
Post a Comment