Wednesday, April 17, 2019

Template Thesis untuk Isteri...

Terkenang balik ms awal aku nak sambung belajar...
Aku tersepit antara kemahuan dgn permintaan laki aku...
Dia nak aku study sini je...
Aku tak nak. Aku suka stay kt KL...
Tapi dia tak nak travel jauh lagi. Penat.
Jauh dan kurang spend masa dgn anak anak.

Berat hati sebenarnya...sbb aku minat betul2 satu topik ni ms nak smbg kt uitm.
Tapi laki aku nanti tak redha,...dengan beratnya aku pun let go.
Tak perla, nanti bole start blaja balik yang aku minat...(aku tak risik langsung dah topik ni)

Merajuk la jugak. Penat aku approach. dah dapat, let go plak.
Template thesis uitm yg aku ada tu aku sedekah je kt kawan aku yang sekarang tgh writing...
rezeki ko, babe...=)

Topik yang aku minat tak de kat sini...masa tu, aku pikir, tak pe la nanti aku cari la minat aku kat mana...Hari aku tekan button submit application, aku terus demand nak laki aku buat template thesis khas utk aku...Aku takmau orang lain. Aku nak dia jugak!
Dia cakap ok, dia buat.
Dipendekkan cerita...
Entah macamana entah tetiba template untuk isteri dah terjadi template official IPS plak.
Masa tu kecoh...paling kemuncak bila kelas belajar template tak free.
Nak attend, kene bayar...student bising. sebab sebelum sebelum ni semua free katanya.
Dalam group wassap kecoh, kutuk2 betapa kejamnya pihak universiti kenekan bayaran pada student...

Antara pengajar template tu laki aku.
Kat whatssap group kecoh. Macam macam luahan tak puas hati. Aku senyap je. Aku tak cerita plak kat student2 ni sapa laki aku.
Macam biasa. aku mmg macam tu...

Sampai la, mata aku terbaca mesej yang mengutuk pengajar template tu...
Apalah salah pengajar template tu...
kene kutuk sumpah semua...
Dari geram giler kat laki aku, jadi sayang giler plak...

Malam tu aku bukak cerita...
Pembuat template thesis tu, sebenarnya laki aku...
lecturer entah pahper yang semua kutuk2 tu dan tak terkenal tu, sebenarnya laki aku...
Template thesis tu, sebenarnya untuk aku...
Sapa nak amik guna template tu, guna lah...
Sapa rasa nak attend, attend lah...
Sapa rasa tak nak pun tak de masalah.
Yang urusan lain2 tu bukan laki aku yg atur...tapi pihak universiti.

Aku tak ingat exact ayat aku macamana. tak tajam pun. tapi senyap trus group selama beberapa minggu. Bagus la...Tak sanggup aku baca kutukan2 tu.

Tapi tu kisah beberapa tahun yang lepas...
Student dulu pun ramai dah habis dah atau tgh writing...

Malam ni aku tatap template ni lagi...Yup, this template is mine. Pada orang lain maybe tak de nilai, atau nilai tu di tempat lain. Pada aku,...banyak...sbb template ni la aku janji nak habiskan mengaji kat sini. Cuma tak tahu aku boleh habiskan ke tak study aku ni. Huhuuuhuuhuhuuuuu...

No comments: