Saturday, June 22, 2019

Terjebak jugak akhirnyaaaa...

Ye, aku tahu aku kata tak buat open house tahun ni...Mood raya aku memang tak de. Tapi terbuat jugak, sebab termakan pujuk manis ni...Aiseymen...Asal gurau gurau,...sekali jadi betul betul plak. Mak - mak budak- budak sekalian ni...bila excited, enjin tengah panas...mmg laju! Tension tension run experimen tak jalan jalan, dia g run majlis raya jalan terus. Dengan aku aku sekali terseret...

Modal share ramai-ramai. Khamis confirm tarikh majlis & start order, jumaat send invitation, jumaat - sabtu beli barang. Ahad setup majlis raya. Simple. Memang pilih time minum petang...

Malam sabtu, memang malam membawang ramai-ramai...kecoh! Dengan periuk periuk jalan sekali...Hahhahahaha, luaran je macam postgrad mama, perangai macam kanak kanak ribena kat tadika semua...

p/s: aku send 4 invitations je

So, minggu ni clear! Dah tak yah pikir2 dah...sebahagian sel otak aku da bebas...
Minggu ni, fakulti lakiku ada eac...hiiii, laki aku susah hati ttg akreditasi ni. tido tak lena...sampai ngigau2 pun ada. Aku siap boleh sedar lagi, dengar apa la yg dia ni merapu. Risau sangat dia ni...aku duk sebelah pun, macam tak nampak je...perasan, tapi tak kecik hati. sbb tahu...masa depan orang/student dalam tangan dia dan orang orang terlibat...satu kaki dah masuk dalam neraka katanya. gaji berjalan. Hmm...ye la. kami sekeluarga ni makan minum, belanja pow duit dia. kalau gaji tak bersih, susah la... 

No comments: