Kelmarin apak dan adik g lepaskan kura-kura 2 ekor kat habitat semulajadi yang dirasakan sesuai untuk kura-kura ni. Sekor kura-kura tu jenis karnivor. Sekor lagi herbivor. Jumlah kura-kura yang kami kutip bawak balik tahun ni sebenarnya ada 3 ekor. Sekor tu kecik sangat. Saiznya adalah sebesar saiz kepala plug. Kepala ada jalur. Rasa macam terapin. Semua jumpa kat tengah jalan. Depa tiga orang ni memang...Asal jumpa binatang tengah jalan, depa nak bawak balik. Anak babi hutan yang yatim piatu tu pun, kalau boleh depa nak bawak balik bela...Haduiii...sabo je la.
Hmmm...Ada masa anak anak jiran datang minta izin nak ber"petting zoo" kat sini...bagi ikan makan. main dengan kucing. main dengan kura kura. tengok lebah. tengok ular...ye ular,hahaha (which is good thing, because E-m4n tak le sunyi sangat sejak abam g asrama)
Sekarang kami ada kucing 4 ekor, seekor terapin, sekawan ikan sepat, satu koloni kecik lebah kelulut. Sebelum ni kami ada 2 ekor ular. Seekor ular rusuk kerbau (Copperhead Racer) dan seekor ular sawa (Reticulated python). Dua dua tak berbisa.
Ular Rusuk Kerbau
Ular rusuk kerbau ni kecik. Anak lagi. Masa apak bawak balik dari UMP Pekan, panjang dia tak sampai 20 cm. Kalau google, info tentang ular rusuk kerbau tak banyak. Jadi kami kene try n eksperimen macam macam cara nak kenal dia. Kami rakam footage behaviour dia. Belajar cara makan, cara buru, cara marah etc. Masa lapar, dia sangat agressif. Masa dia tengah lapar janganlah ajak main. Dia suka menyerang dan mengigit bila kene agah. Tapi masa kenyang, bagi dia main menjalar, memaut manjat, ok. Cool je. Kami try bagi makan cengkerik dia tak makan. Katak pisang yang kenit2 dia makan...yang besar tak, agaknya sebab kecik lagi kot mulut dia. Kodok kecik dia tak makan. Tapi kalau cicak, kemain lagi. Favourite!!! Habis satu rumah tiga beranak ni tangkap cicak bagi ular makan. Hahahhaaa...jadi satu aktiviti plak. Bagusla...bersih rumah. Kurang taik cicak. Lepas makan, dia suka melingkar dalam tempurung (Kami sediakan tempurung kelapa sbg tempat persembunyian)...Once dia masuk, dia tak nak keluar kecuali bila nak memburu. Sampai anak anak rasa macam peribahasa katak bawah tempurung tu tak betul. Sebab dari pemerhatian kami la...katak selalu je lompat keluar dari tempurung, tak suka duduk bawah tempurung pun. Tapi ular ni memang tak nak keluar keluar dari tempurung...Selalu masa ni la sesuai nak kacau dia ajak main. Dia kurang aggressif. Sekali makan, dia akan "jumud" sampai la dia membuang sisa tinja atau dalam sebutan pasarnya, berak. Hahahahaaaa...
Ular Sawa Batik
Lepas lepaskan ular rusuk kerbau yang tu...Tak lama lepas tu, kawan apak tangkap sekor anak ular sawa kat kawasan rumah dia. Lawa. Kalau tengok, masa sisik terkena pancaran matahari, dia ada kilauan hijau ungu and bila tukar angle, dia ada kilauan emas...memang cantik!!! Mulut dia luka. Dia offer kat apak untuk amik. Hmm...apak suka jeee...So apak bawak balik. Sabo je la...Janjinya, bila baik mulut dia, ular tu akan dilepaskan. Masa ni kecik je. Tapi jauh la lebih besar dar ular rusuk kerbau. Tapi ni "baby" lagi...Sebab mulut dia koyak, dia puasa lama sikit. Masa dia lapar, dia aktif bergerak. Sama macam ular rusuk kerbau aritu, time kenyang, dia jumud. Senyap je, melingkar, sampai la dia start membuang sisa tinja. Beza dengan ular rusuk kerbau tu pulak...Cara pandangan mata masa memburu pun lain. Tak reti nak describe. But when you see that eyes, you ll know what i m talking about. Kucang (kucing) tak senang duduk kalau nampak dia. Kucang memang anggap "Threat". Killer instinct "ON". Alert mode je dia...heheheee, sian Kucang. Adrenaline rush sokmo. Jadi, kami kene cover ular sawa ni. Buh dalam bekas yang tak nampak sangat.
Diet ular sawa ni bukan cicak. Selera dia pada mangsa hidup, boleh bergerak dan berdarah panas. Katak ke cicak besar ke kodok besar ke dia tak nak jamah. Kalau mangsa dah mati, yang keras kejung, dia tak nak makan...Tak pasti ni sbb perangai keturunan ular jenis dia ni ke atau dia tu je yang macam tu. Dia paling suka tikus. Masa ular sawa ni kecik, kami beli tikus kecik. Makin dia besar, saiz dan kuantiti makanan pun kene bertambah. Awal2 kami ingat kalau letak lebih dari sekor nanti dia makan la satu persatu. Tapi rupa rupanya...dia bunuh semua, tapi hanya makan satu je. Yang lain tu dia bunuh gitu je...x makan pun. Jadi, tikus tu kene bagi satu persatu.
Ular sawa jenis ni, memburu dengan serang hendap. Ular sawa stalk mangsa dia pelan2. Ada kala tak gerak pun. Stand by mode je. Sampai masa sesuai, dia strike. Boleh nampak dari cara dia positioned dia punya kepala, dan cara dia set-up badan. Bila dah tengok cara dia terkam dan sambar, paham lah kenapa dia boleh tangkap orang, dan orang tak sempat nak lari. Masa belit sangat cepat. Grip kuat, x lepas. Boleh nampak otot ular bergerak...Kepala ular akan stand by kat kepala...boleh nampak macam mana dia peluk mangsa. Bila start nak makan, dia start dari kepala. Mulut dia fleksibel & extendable. Kalau mangsa tu lebar, otot mulut tepi tu macam boleh tolong gulungkan sikit supaya muat masuk mulut. Huhuhuhhuhuhuhuuu...(ngeri tu ngeri, tapi mata nak tengok jugak cemana proses tu berlaku.)
Sampai satu masa, tikus kecik dah tak mencukupi. Kene cari tikus besar sikit. Ingat nak try bagi hamster. Ada sesetengah kedai, tak nak jual tikus belanda (hamster) kalau dia tahu kita nak bagi tikus belanda tu kat ular. Untuk bela tak pe. Penjual tu sgt suka hamster. So kita decide x beli la. Nak bagi anak kucing terbuang pun kami tak sampai hati. Kami beli anak ayam. Bila bagi, tak sanggup pulak dengar tikus jerit n anak ayam menjerit ms kene belit. (masa tikus kecik, x dengar jerit2 ni). Mama decide nak lepaskan cepat sebelum dia bertambah tambah besar. Last last telefon bomba. Tanya apa nak buat. Bomba x nak amik. Bomba suh hantar kat hutan, habitat yang sesuai. So satu hari, kami pun cari la kawasan habitat yang sesuai utk lepaskan dia ni. Hmmm....hopefully dia ok la kat sana. Nak bunuh rasa macam tak adil pula.
So, masa bela ular ni memang sesi belajar sains LIVE betul betul in action la.
Yang sebenarnya, Apak ni ada hati nak bela sampai ular tu besar. Tapi mama tak nak. Reptilia tak macam mamalia. Mamalia pandai berkasih sayang. Reptilia tak. Kalau ada pun satu dalam sejuta...macam kes buaya kat costa rica tu. Untuk kuatkan argumen tak nak bela ular tu, hari hari mama pok pek pok pek kes ular sawa makan tuan...kih kih kih kih kih kih...Hish, penangan pengaruh dengan mamat Coyote Peterson ni kuat. Geram aku. Satu hari nanti aku tulis jugak surat layang kat mamat ni karang...rasa macam nak bebel bebel yang ni semua dia punya pasal.
Tuesday, July 23, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment