Minggu lepas ikut apak kerja kat Terengganu lagi.
Kami pergi bertiga je. Bam, tinggal kat asrama. Dia nak periksa checkpoint form 2.
Jadi sebelum pergi...mama dah minta dia hantar baju kotor siap siap, supaya urusan baju semua dah setel sebelum exam. Dah tersedia basuh, gosok, lipat kemas. Dah tak payah pikir nak berebut ampaian ke, baju hilang ke etc.
Dia fokus exam je.
Selepas mock exam, mama n apak belanja aiskrim satu homeroom...ada parents lain pun sponsor jugak. Sudahnya yang sikit sikit tu lama lama jadi banyak. Asalnya minum petang, dah jadi dinner terus. X per la rezeki. Ish ish ish amboi amboi asal time kene tinggal, manis je mama ni ye...
Teringat dulu ms mana nk pergi kelas masters...bam cakap, "mama suka pergi school dari duduk kt anak2 kan? ha pergilah...pergi pergi...nak pergi sangat" (nada merajuk) sambil tolak tolak mama...Mama pun cuba la peluk dia kuat kuat...sambil dia lepaskan geram tolak tolak mama...tak nak kat mama. "Mana ada, mama lagi suka duduk kat bam laaa". Sehabis daya dia menolak...marah sungguh la kat mama ni, tak de kat dia.
"ok lah, mama nak pergi kat batu belah batu bertangkup la kalau gini" Acah acah lari ke pintu...
Tak nak mama dia kene makan dengan batu punya pasal, dia pun peluk la kita balik...hehehehehe marah marah sayang rupanya dia ni.
Sekarang taktik batu belah batu bertangkup tu dah tak laku.
Dah besar dah anak aku...Suara pun dah garau dah. Nak peluk2 depan orang pun dia dah tau maluuu...Hehehee mama tak kireeeee, mama nak peluk jugak!!! mama tak malu...hahahahaha
Harini, first day checkpoint.
Paper fav subject dia, Maths 1 & 2.
Lepas cikgu homeroom bgtau dia demam, hati mama terus terbang ke maktab bam rasanya.
Lepas exam, mama datang, ziarah. Kesian, lembik je.
"Bam tak rasa boleh dapat A la"
"Tak yah A la, B ke C ke mama dah happy dah bam lulus"
Dia sambung tutup mata. Badan panas. Tonsil bengkak. Mata merah. Nafas pun berbunyi. Batuk berkahak. Risau dah mama ni. Time exam pulak kesihatan diuji.
Terima kasih la atas budi bicara pihak sekolah, mama dibenarkan bawak balik budak demam ni.
Esok, kene hantar pagi pagi dia ke dewan exam.
Kalau tak larat juga, kene tangguh exam...
Nasib baik la duk dekat.
Semoga Allah sembuhkan sakit mu, wahai anakku...
Semoga Allah mudahkan urusan periksa mu. Mama doa sangat supaya Allah terangkan hati utk jawab periksa dengan mudah.
p/s: apak x de. apak cuti, dia ziarah adik dia sakit...semoga Allah mudahkan urusan cikda juga. Amin.
Monday, October 7, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment