Tuesday, June 30, 2020

Preparation For After Major Operation : Apa nak buat?

Hmmm...aku kongsi pengalaman aku la ye...

Aku paham. lain org lain. Yang mana rasa applicable, boleh la nak adopt ke adapt ke ye...Mcm aku, pengalaman operation pd bhgn perut. Bukan selalu org ada dengan kita. lepas dah banyak kali operation, aku pun dah agak reti jaga diri sendiri. So, kalau kene duduk sendiri, nak buat macamana ye???

Lepas major operation, doktor akan galakkan kita berjalan (bukan right away, lepas 24 jam atau 32 jam gitu...ni aku la, org lain aku tak tahu). Nak biar blood circulation dalam badan supaya lancar dan nak elakkan blood clot.

1. Masa nak bangun ni, memang mencabar ye...ko akan rasa pening2, melayang atau tetiba je rasa nak muntah. Biasa kalau kt hospital, ada mcm tiang yang berkaki tiga untuk ko pegang/berpaut gitu. Biasa, dgn tergantung dengan beg air glocose/garam ke skali tu... Ni masa kat hospital la. Biasa lepas 3-5 hari, dah boleh balik rumah...kita boleh pegang perabut, atau kalau ada duit lebih sket beli la tongkat kaki 4 yg boleh support org tak boleh jalan tu. (keadaan ni temporary je, jd aku tak beli)

2. Bengkung yg support perut.
Aku guna bengkung yang support perut. Lepas operation memang terasa macam nak terkeluar je semua isi isi perut ni kalau tak pegang....(bg org perut tak buncit ok sket kot. tp kalau lepas bersalin ke atau perut buncit, pd aku perlu support)... Bila nak bangun ke, nak duduk ke...terasa 'terletak' perut kita. Kita tak rasa 'wobbly'...

3. Stokin kaki yang grip the whole leg...tanya nurse, depa tahu. Penting utk elak deep vein thrombosis. (Sila google yea...Deep vein thrombosis ni apa). Masa baru lepas operation di galakkan pakai...

4. Ready friendly support pd katil kita.
Aku ikat satu tali pinggang buat pemegang utk aku hold, bila bangun. Make sure kuat ye, kalau tak ko akan tersembam kt lantai. Boleh terkoyak balik jahitan perut. Sbb kita tak dapat bangun guna otot perut, mostly support dada n bhgn bwh perut & kaki.

5. Sebelum mandi, ready pakaian semua atas tempat yg mudah kita amik. Jangan dah lepas mandi baru nak amik, jenuh woooo... so kene ikut style jepun. Siap sedia sebelum. Bukan nak berak baru nak korek lubang.  Masa nak mandi, kalau boleh luka kita yang panjang tu, biarlah kering. Ada je jual spray "film" untuk cover jahitan kita. Paling ekonomi, kerat plastik cover dengan selotape bhgn jahitan. Then mandi lah. lepas mandi buka pelan-pelan. kalau ada sikit terkena air tu, lap lembut lembut biarkan 'open air' gitu...biar kering. Lagi satu, toilet, biarlah jamban yang mudah kita bangun dan duduk....senang nk mambuang air...dan bersuci.

6. Makan, soft food dulu. Mcm bubur ke...ikan pun, pilih bukan yg gatal. Ada orang tak boleh makan ayam. mcm aku aku belasah je, dada ayam. Kulit ayam aku tak makan. Seafood elakkan dulu, takut alergi, gatal ke atau bernanah ke etc. Ada orang dah ready julap, takut incase sembelit, Mmg nangis laaaaaa kalau lps opration kene sembelit...So, boleh la makan buah, mcm oren 2 biji sehari ke bg yang tak suka mkn sayur.

7. Ada sesetengah org standsby bantal utk cover n hold perut, bila nak bersin, batuk atau gelak. Aku buat yang ni,...duduk dgn laki aku, dia nak buat joke je...lupa yang aku tak boleh gelak...

8. Aku limitkan visitors. Satu, aku nak privasi. nak tenang2 je. Especially kalau kalau baru lepas terima berita "langit jatuh atas kepala'.....amik masa sket nk hadam...Selalu laki aku la benteng terakhir aku harapkan utk divert semua tetamu ke arah lain, atau blok semua dari datang.

Aku pernah suarakan yang aku tak nak terima tetamu...tapi ada sesetengah tetamu yang kecik hati. (so, based dr pengalaman aku, bab ni pandai2 la manage ye, susah aku nak cakap. Sesetengah orang mungkin memahami, alhamdulillah...mungkin sebab dia juga pernah alami atau famili pernah alami... Tapi tak nafikan, ada juga golongan yang kadang sakit jiwa dengar perkataan dr mulutnya...golongan ni, aku agak susah nak teka otak dia kat mana...Pendek kata, tak semua orang mempunyai kepekaan yang tinggi dalam hal macam ni)... Kedua, aku tak nak terkena selsema ke batuk2 ke masa lepas operation. Masa ramai orang datang, kita tak tahu kuman apa ter'datang sekali....Kalau kene, seksaaaaaa....nangis, woooooooo...sakit kt tempat jahitan....

Bila dah sihat nanti, bersosial la mcm biasa... no problemo.

So, sekian sharing aku kalini. Sharing ni, lebih kepada aspek apa yang kene consider selepas operation. Aspek rohani, aku assume ramai lg expert dr aku...Harap membantu.

k bye. nk smbg keje

No comments: