12 mei - 7 jun 2021, PKP start semula.....
Sejak PKP, memang tak dinafikan ramai merungut. Yang menjadikan modal lawak/sindiran pun tak kurang juga. Peniaga makanan raya yang banyak terkesan. Yang mana terima tempahan makanan, banyak dah keluar modal dengan harapan pelanggan akan bayar kemudian. Sekali, PKP. Hamik ko! Ziarah langsung tak dibenarkan. Ziarah dalam rumah shj yang dibenarkan. Peniaga makanan yang amik order makanan macam kuih, lemang, masakan lauk raya la yang susah hati. Order dah ambil. Duit dah keluar........Sekali orang kensel. Mau mcm ayam berak kapur.....
Salah satu pelanggan yang terlibat, kami lah. Plan 'open-table-on-street-eat-at-home' yang asalnya nk dibuat pd raya pertama di taman perumahan ni terpaksa batal.... Hmmm, Lemang dah tempah. Bila contact orang lemang tu, belum sempat nak cakap yang kita nak batalkan tempahan, sayu je dia... Dia bukan bekerja makan gaji, pendapatan utama memang dari berniaga. Kita yang niat nak batal tadi, terkensel la. Kita simpan je ucapan kensel tu. Kita teruskan. Apak & mama decide, kita kekalkan tempahan.Tak dapat buat jamuan, kita htr kat jiran2 taman di malam raya....... Dengan cara ni, ramai pihak gembira di hari raya...
Rabu pagi sempat buru ayam baru sembelih utk dibuat rendang. Rabu malam Khamis, lemang habis, rendang hijau ayam pun tinggal sekadar untuk sarapan pagi raya..... Alhamdulillah. Tak de yang terbazir. Memandangkan jiran-jiran pun tak de lemang lagi, dan kebanyakkan pun memang plan nak masak pagi raya.......So, memang langkah kanan la....rezeki ke pintu di malam raya.
Hari raya, rezeki datang ke pintu kita pulak...😍😍😍...sapa yang tak mampu balas pun tak pe. Kita paham... rezeki lain datang kemudian, insyaAllah....
Jumaat petang, aku dah busy kembali. Dari Laut China Selatan ke Lautan Pasifik pastu lompat ke Lautan Atlantik aku jelajah. Ada discussion online...
No comments:
Post a Comment