1. Status aku dalam kuarantin ni, aku tak canang umum. Kat Fb pun tak. So yang tahu memang famili & orang2 terdekat.
2. Saat aku menulis ni, keadaan kami memang tak macam saat aku bebas macam dulu. Kalini aku menulis tika saat kami sekeluarga terkurung penuh. . Kalau masa PKPD, at least boleh la juga keluar kan? Ni, tak boleh keluar langsung. Aku belum level paranoid.... Masih rasional. Kebimbangan terkawal ye...so dont worry. 😊 Makan, minum, sabun, syampu cukup, alhamdulillah...
3. Walaupun hati ni, meronta nak keluar....tapi kalau gedik keluar jugak ni, dengan tangan bergelang,.....mampus la kene hambat! Pastu viral pulak,. Sedap je la kot kene salai, jadi bahan tomahan netizen...Pastu kang kot ada spesis terlebih rajin jadi penyiasat persendirian tak berbayar.... Tak pasal pasal-pasal...nama aku, ic aku, gambar aku, no plat kereta aku, famili aku, harta benda aku termasuklah tricycle berapa, kucing, ayam, ikan laga, siput babi berapa ekor, nama apa, semua maklumat di korek........Ish, gitu lah kan, berdasarkan kejadian yang lepas - lepas kan?......Pastu kalau dapat tahu la aku student postgrad, sah bertambah2 lah kene lumur dengan sindiran dan cacian....Hasilnya, universiti terkenal, fakulti terkenal, dan student sapa yang tak guna otak niiii??? Sapa la supervise student yang tumpul critical thinking ni?... Sv pun tak cukup baldi nk tutup muka nanti 😆😁......Dan tak pasal juga aku akan berdepan dengan tindakan undang2 sebab menjadi individu tak reti bahasa. Aku bukan jutawan. Walaupun karpet beli dari Nilai, tapi kerje tak de.... nk bayar kompoun sendiri pun tak mampu....
4. Tapi bukan itu sebabnya aku tak keluar....(walaupun, ade lah sikit2 iye 😆).....Aku bimbang kalau aku yang jadi agent penyebar tanpa aku sedar (Nauzubilahiminzalik)...Ni yang aku tak sanggup... Saat ni aku doa sangat, harap swab test laki aku -ve.
5. Saat - saat ni juga, bukan kami je yang kene kuarantin. Jiran2 sekeliling pun ada yang kene kuarantin sama. Tak semua la. Ada yang tak kene kuarantin, tapi ada yang baru bersalin, ada yang berkelek dengan anak kecik sebab suami outstation, ada yang berpenyakit mcm kencing manis, darah tinggi etc, ada yang baru lepas vaksin tak larat......Kes sporadik juga banyak. Kita pun paham tentang risiko. Semua orang ada kekangan masing - masing...
Jadi, aku track wassap, kutip balik dan kompilkan :
- Nombor - nombor runner dalam daerah pekan...(main belasah je, tak tahu lah boleh caya ke tak ni...kang duit dah bagi, barang tak de....hat ni agak merisaukan)
- Nombor - nombor penjual barang basah (ayam, ikan, daging) yang boleh COD.
- Nombor-nombor penjual makanan yang boleh COD ke rumah.
Khidmat cod ke rumah, berbayar ye, tak free...Time - time gini semua servis perlukan duit.
6. Saat-saat ni, ketenangan dan suasana dalam rumah sangat penting. Tambah pula ada anak nak exam. Kebersihan, tanggungjawab, keceriaan, semua penting. Tambah-tambah lagi komunikasi : pemilihan kata, intonasi, masa, semua kene kira.....
7. Saat - saat ni kene ingat untuk panaskan enjin kereta & motor....
8. So far, kami buat apa yang kami boleh buat. Selebihnya, berdoa. Semoga Allah jauhkan kami dari musibah dan dimudahkan urusan. Amin.
No comments:
Post a Comment