Monday, October 25, 2021

A week before my birthday...

Pfizer Dos kedua - Minggu ni, anak - anak dah setel vaksin dos kedua. Dua - dua demam. Bezanya, sorang kat rumah. Yang sorang lagi, duduk la sorang2, kat asrama. Yang kat rumah, dapat la makan sup ayam. Yang kat asrama, dengar sahaja lah cerita sup ayam...( Nanti bila dah boleh balik rumah, boleh qada sup ayam )...Dengar suara anak sakit kt telepon, rasa macam nk terbang je, ke asrama....amik bawak balik! tapi, niat tu tak diteruskan. Tak diterjemahkan kepada perbuatan. Mama hanya mampu berdoa dari jauh sahaja......Harapnya cepat sembuh la. Tiada komplikasi dari vaksin. Panadol, ubat selsema, semua dah mama bekalkan siap2. Utk makan, bila perlu. 


IGCSE exam
- Bam balik asrama awal sebab periksa. Nasib baik la sekolah dekat dengan rumah. Mudah urusan. Walaupun periksa, kene selitkan jugak sesi amik vaksin. Nasib baik sekolah arrangekan suntikan dos kedua di antara selang masa yang panjang dengan next paper. Harap-harap demamnya tu tak lama. Dah la periksa belum habis lagi..........Semoga Allah mudahkan semua urusan...

Balik ke asrama - Minggu depan, adik pulak balik asrama....So byk la kene shopping. 

Bye bye ikan puyu - Mama akan sibuk, mungkin tak de masa nak monitor ikan - ikan....Jadi, semua setuju, kita lepaskan semua ikan-ikan puyu tu ke tali air dan parit2. Sawah tengah kering sekarang. Takde air. Selut je. Taknak la ikan - ikan tu lemas, x de air....

Bye bye i10 - Hyundai i10 dah selamat dijual. Dah 10 tahun bersama. Memang banyak kenangan dengan kereta tu......banyak jasanya.... Sekarang, akan menjadi milik orang lain...

Musim hujan bermula ?- minggu ni, dah mula banyak hujan turun ke bumi....

No comments: