Tuesday, January 25, 2022

Menjelajah ke Rompin 2022

Minggu lepas apak ada bengkel kt Rompin. Tak larat - tak larat pun gedik ikut jugak. Lepas amik booster ni memang terasa kepala pusing, nak muntah & nak tido je memanjang. Kalau tak ikut, duk rumah bukan buat apa pun. So kita pi jalan - jalan, tengok sana ada apa. Salah satunya, pi tengok kedai makan. Kedai makan kat bandar Rompin ni, boleh kata semua menu ada udang galah. Ada yang mahal, ada yang murah. Kebanyakan kedai makan, boleh walk in. Ada yang kene tempah dulu, sebelum datang makan. Takut permintaan tak mampu ditunaikan agaknya....Ada satu kedai tu, kami nak mai, tapi org tu habaq udang dia dah habih. Jadi bukan rezeki la nk makan situ. Tak pa la. Lenkali. Malam plak, aktiviti tengok bulan naik dari arah laut.

Ni camera dr phone mama, kalau camera DSLR apak lagi cantik kot.

Hari ahad tu, apak kata dah boleh buat aktiviti bebas. Ingatkan lepas check out, kami terus balik Pekan. Sekali dia pi bawak ke Taman Negeri Rompin daaaaaa. Adeiii la....Mama ni dah la pakai skirt!!! Sampai sana, sarung seluar.  Habis kaki ni kita lumurkan dengan minyak angin cap yu yee....Takut pacat panjat!

Ni kalau shoot cantik2 ni boleh nampak macam Canada. Perasan je, tapi bukan Canada. Hakikatnya, ce tengok. Pokok kiri kanan kat jalan tu pun lain. Yang sama, suasana. Dalam kesunyian, penuh dengan bunyi-bunyi makhluk hutan. Bunyi sungai mengalir. Bau segar hutan. Di bawah langit biru dan awan nan putih ni, tersergam pokok - pokok hijau hutan negeri Pahang. Sumber oksigen dunia ni! Habitat semulajadi pelbagai haiwan. Ha...harini kita bawak saintis kecik, tengok hutan negara kita. 

 Dulu combined Endau-Rompin.
La ni, dah asing - asing. Jabatan hutan belah Rompin urus hutan belah Pahang ni. 
Yang kt Endau, bawah pengurusan Johor.

Ni, student postgrad melayan perasaan...
Model tak siap, dia lari masuk hutan...😂😂😂


Lepas penat jalan, kita g makan.
Dua kedai ni famous dikalangan bike riders. Orang datang tak putus - putus.
Tapi daku, tak boleh stay lama - lama, banyak sangat makanan.
Berat baru je turun dr 95 ke 92 ke 89kg ni....kita nak turunkan lagi...insyaAllah.

Mee udang! Ooops...alamak termakan tiga-tiga plak udang tu...😋😄
Apak? Dia tengok je anak bini makan.
Dia makan lauk lain...
Sokmo gitu.

No comments: