Monday, February 28, 2022

Peralihan kampung : dari utara ke selatan sikit...

Bulan Feb tahun ni, opah (mak apak) dah pindah sepenuhnya dari Lenggong, ke selatan sikit, sempadan antara Selangor dan Perak. Lepas pkp, adik-beradik apak merasakan adalah lebih baik kalau opah duduk berdekatan dengan anak -anak dan famili (adik beradik opah yg lain), supaya terubat kesunyiannya. Masa balik kampung aritu, apak & anak - anak gigih tolong packing. (Tak macam mama. Mama ni, jadi menantu bertuah je. Tak boleh angkat brg berat2) 

Perjalanan dari rumah parents mama ke sana mengambil masa dalam sejam++ ke sana. Dah tak jauh sangat macam dulu. Siap boleh balik hari lagi. Kalau dari Pekan, boleh bypass KL ikut Genting Sempah, jimat 40minit -1 jam. Sukalah apak, kampung dia dah dekat.....

Tapi dia masih sayang rumah kayu lenggong tu...
Senibinanya cantik....Tukang kayu yang mahir dan penyabar je mampu bina cenggitu......zaman sekarang ada lagi ke yang setanding? (Tak jumpa lagi setakat ni...)

@-@-@-@

Minggu ni lecturer yang pernah ajar mama subjek logik dan digital mama masa tahun 1 dulu telah pulang kerahmatullah. (Beliau lecturer fakulti apak, pernah ajar apak jugak...). Teringat satu kejadian masa zaman kami (mama & kawan2 masa study) duduk rumah sewa dulu di IM 8. Beliau pernah datang tolong baiki lampu rumah kami yang meletop dan fius main switch box yang terbakar. Nak mintak tolong pakwe, pakwe tak de. Tak declare lg. Hahaha...Yang ada pakwe pun, duk jauh. Senang citer masa ni semua single.😂....Jalan la kaki ramai - ramai ke rumah beliau, minta tolong. Hasil pertolongan beliau, terselamat lah kami dari kegelapan malam tu. 

Beliau jugalah yang bagi peta Perth zaman pengajian beliau (kertas coklat), sebelum kami (mama & apak & bam ) bertolak ke Perth, sebelum apak sambung PhD kat sana. Berbekalkan peta lama tu lah kami jadikan panduan sebelum dapat beli puku peta panduan baru tahun 2007. Kami ganti dengan peta Perth terkini (pada masa tu) yang baru pada beliau. Ubat rindu kat sana, zaman pengajian beliau dan isterinya zaman tu.....

Sekarang hanya tinggal kenangan...

"Sesungguhnya semua ini hanyalah milik Allah, dan hanya kepadanya kami kembali. Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."

@-@-@-@

"Dari Ummu Salamah r.a., berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: Ketika kalian menyaksikan orang sakit atau meninggal maka berkatalah yang baik. Sesungguhnya malaikat mengamini terhadap apa yang kalian katakan." - (H.R. Muslim) 

No comments: