Tuesday, July 26, 2022

Genting Highland 2022

Saat tengah menulis ni, daku sedang berada di salah sebuah bilik hotel di Genting Highlands. Pergi berdua je, sebab anak - anak kat asrama. Sebelum apak ke bengkel pagi, sempat dia paksa mama naik ke tingkat 41, melihat permandangan awan di celah - celah banjaran titiwangsa yang berbalam - balam, menghijau... 
  
Cuba bayangkan seseorang yang tidak kurus macam aku naik ke atas dengan tangga macamana? Dengan kaki tau! Satu langkah, satu anak tangga. Penat badan aku pecahkan lemak, iaitu dari tenaga kimia kepada tenaga kinetik, tenaga keupayaan, & tenaga haba untuk naik ke atas. Tak tahu la berapa Joule dah terbakar. Tu belum masuk tenaga bunyi, pok pek pok pek yang dijana mulut yang mengomel-ngomel dan komplen. "Lama lagi ke?" atau "dah tingkat berapa ni?" atau "dah sampai ke belum ye?", atau "ala bang, penat la " atau, "jom la naik lif, bang"...........😄

Subhanallah...Cantik kan?


Dan hasilnya, tak jugak kurus. Tapi diri ni dapatlah tengok permandangan atas awan. Cantik kan? Mujur laki tak tiup whistle jerit2 macam askar masa naik tangga. Nak mendaki naik tangga, punyala slow. Tapi masa turun kemain laju, sebab guna lif! Hahaha...Sebab nak cepat sampai, gi sarapan punya pasal...😆

Bab makan, laju je! 😎

No comments: