Thursday, August 4, 2022

Kota Kinabalu (KK) 2022

Tak sangka hasrat nak berjalan - jalan ke Borneo tercapai tahun ni. Kene pulak masa time mama dah rasa tepu sangat dah ni. I reached my 'need-to-recharge' moment. Kebetulan, apak ada urusan kerja ke sini, jadi apak ajak lah mama ke sini. 

Plannya, lepas habis je conference aritu, kami berdua nak ke Sabah. Kebetulan kalini, apak kene pergi dua tempat kt Sabah. Oklah tu, timingnya tu sesuai sangat. Disebabkan kita nak kene travel multiple locations within short period (2 malam sahaja. 1 destinasi, 1 malam), jadi apak nak travel as light as possible. Senang katanya. Semua beg, masuk cabin sahaja. Beg apak comel je. Cenoet! Beg mama berganda lebih besar dari apak.😄... Sampai sana nanti tak de kereta. Jadi, kaki kene kuat menapak sana sini... Makanya, barang- barang memang tak boleh bawak banyak...

"Kalau dinda busuk, abang kene cinta jugak yeee..."

Ujian! 

Masa nak ke Sabah ni, mama ada batuk -batuk & selsema sikit (no covid, no influenza). Tak sangka, masalah ni menjadi masalah besar masa flight. Tiba - tiba satu nikmat pancaindera kene tarik. Nikmat pendengaran! My ears were blocked! Bayangkan  tetiba telinga rasa macam tersumbat. Tak dapat dengar jelas semua. Dengar sikit-sikit je. Bunyi hujung-hujung je.  

For me, setiap kali nak bercakap, memang kene pergi depan muka apak, face to face. Kadang-kadang kene tepuk2 dia untuk attention (supaya dia sedar yang bini dia ni dah kurang pendengaran. Bukan apa, takut terlupa). Tengok muka. Tengok mimik muka. Tengok bibir. Tengok the rest body language sambil cakap. Rasa - rasa aku tension tak? Tension la!!! Apa boleh buat? Sekarang, daku yang menjadi pihak yang 'kurang pendengaran'. Suka tak suka, kene sabar. Jalan pun, tak boleh jauh - jauh. Sebab kalau apa-apalah, memang aku tak dengar...

Nampak macam romantik je. Cakap sikit, kene pandang muka. Bila berdua, jalan dekat-dekat. Kene pimpin tangan. Cakap dekat-dekat. Kadang berbisik2 kat telinga. Walhal, kene jaga pasangan 'pekak' supaya tak hilang....😆

Kami sempat jumpa doktor di klinik masa landing di Sabah. Doktor kata, sepatutnya kalau selsema tak boleh naik flight. Infact dia suruh tangguh perjalanan, rehat dulu, supaya bagi masa untuk recover. Tapi tiket perjalanan kita dah booked. So dia bagi ubat kurangkan symptom selsema. Sebab kalau tak setel ni, nanti takut lagi teruk. Sebelum naik flight kene makan ubat tu. Tak mampu elak, tapi hanya mampu kurangkan sahaja. memang terasa la pressure tu. Kene tahan sikit. Tempoh 'pekak ku' ni akan panjang lah tempohnya... Sabo je la kan. (Saat menulis ni pun, telinga masih tak berapa boleh dengar lagi.)

Destinasi 1 

Sampai KK, lepas checkin kt hotel & solat, kami berdua teruskan misi jalan kaki. Kebetulan hotel kami ni, tepi je pasar Filipina, Pasar Sinsuran. Kami pun jalan - jalan la sekeliling. Semua masuk! Pasar basah, pasar kering, gerai buah, gerai sayur, gerai makan tepi-tepi tu semua kami lalu. Sebelum ke sini, sempat la risik kawan-kawan yang pernah kesini dan pernah duduk sini. Dengan guide-guide melalui cerita-cerita depa dan encik google, sangat membantu kami meredah semberono je kat sini. Dah alang- alang sampai kat sini kan, kene la lalui, tengok dan alami sendiri. Baru banyak ceritaaaa....😂😁

Petang, lepas penat berjalan, kami ke KK Garden Seafood Restaurant. Kami main walk-in gitu je. Nasib baik, tak penuh. Kat sini, kita boleh pilih seafood segar hidup dari akuarium untuk dimasak oleh restoran. Harga berpatutan ikut selera, saiz hidangan, jenis masakan dan ketebalan poket ye...Ada banyak restoran yang best - best lagi kat sini. Tapi yang ni dekat dengan hotel dan sesuai dengan poket kami (tak tebal, sebab tu kene jaga bajet 😅). Mama memang teruja la kan. Ni lah first time nak try makan lobster. Ketam pun amik jugak, Giant Crab comel je. 

Ngam-ngam kita nak dinner, kat luar restoran mula ribut, hujan turun selebat-lebatnya. Nasib baik dah masuk dalam. Kalau tengah jalan lagi, mau basah lencun. Dari 5.30pm - 8.30pm, 3 jam encik suami teman bini dia makan dalam restoran. Dia tak makan seafood. Dia makan yang dia boleh makan aje, sambil layan berbual dengan bininya yang 'pekak' ni mengopek setiap inci isi dari cengkerang lobster dan ketam gergasi depan mata sampai licin selicin-licinnya!!! 😁

"Alhamdulillah...you are my rizqi..."

Spicy Buttermilk Lobster 

Cute Salted-Egg-Crab


Dah depan mata, dah atas meja, enjoy je la to the fullest. Seumur hidup ni la first time. Hahaha 😁.....Malam, dah sampai hotel, kami sambung turun lagi, cuci mata lagi & makan buah pulak. Kita layankan aje la. Esok lepas apak setel kerja dia, nak kene ready ke destinasi seterusnya pulak...   

---

“Tiga doa yg sangat mustajab; doa orang yg puasa, doa orang yg dizalimi dan doa orang yg musafir.”  (Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi.)

No comments: