Semalam aku dapat berita Dato' Seri Utama Haji Anwar bin Ibrahim menjadi PM Malaysia yang ke-10. Dari 1998,....2022. Akhirnya beliau dapat jadi PM, pada usia 75 tahun. Tengah tunggu list siapa menteri kabinet kalini...Tak mahulah yang tak reti buat kerja, hanya pandai berkata-kata sahaja. Lepas pilihanraya, ramai menjangkakan harga barang akan melambung, minyak akan naik...😥
Sebelum pilihanraya harga telur omega kat area rumah parents aku kt KL, sepapan 30 biji mencecah RM20.50. Yang biasa-biasa, dah cecah RM 17.00😲. Telur ayam sudah menjadi makanan kayangan tau! Itu baru telur, belum masuk barangan lain...
Kalu dulu2, tak de duit, makan nasik dan telur goreng dengan kicap. Tu level susah dulu. Sekarang? Ni kira mewah. Kayanganlah sangat bila mampu beli telur. Tunggu lagi lama....dan lama. Lama - lama nak beli makanan yang lebih berzat dari tu semakin tak mampu.
Sedangkan badan perlukan makanan yang berzat untuk sihat. Tak kiralah tua ke muda.
Sorry mama n abah.
Dah tua-tua pun, anakmu ini tak de kerja tetap.
Dia dah tua esok - esok tak tahulah macamana nasibnya. Nasib baik suami panjang umur...Kalau Allah ambil masa Covid tahun lepas, tak tahulah apa jadi...........masih tak boleh lupa feeling tu sampai sekarang.
p/s: Ya Allah murahkanlah rezekiku...
No comments:
Post a Comment