1) Dua - dua anak demam. Yang sorang ni tengah bertahan. Tak boleh balik. Yang sorang, balik. Duduk kt rumah. Rehat. Setakat ini, mamanya gagah lagi. Sihat, tak tumbang. Duk bantai fresh orange je. Hahahaa...Ya Allah, mudahkanlah urusan kami...Amin. Apak outstation. Tak sabar nak tunggu apak balik.
2) Rumah sepah - sepah pun, mama pejam mata je. Barang atas meja, tak berada ditempatnya...Sabar. Tak nak pikir dulu. Baju kotor belum basuh? Amik basuh. Sidai. Bila kering, baju bertimbun, tak lipat, tak pe. Sabar. Asal bersih. Hahahaaa......Tanganku dua je. Aku utamakan untuk memasak dan untuk menulis/menaip paper & model. Kemas-mengemas, kene tunggu dululah. Depan rumah ni pun serabut. Kututup mata. Sabar je lah. Relaks....Muka aku pun dah naik jerawat. Tapi aku rasa tu sebab aku makan kuah kacang,...bukan sebab stress.
3) Baru-baru ni buat ujian gula. Nurse baru nak bagi air gula, terus aku cakap aku dah beli siap2. Yang sedap punya. Sanggup buang duit rm20 untuk beli air gula yang sedap. Nilah antara kenapa perlunya ada duit. Supaya kita boleh jaga kelesaan kita dalam menjaga kesihatan. Aku tak nak minum yang dieorang punya. Memanglah free. Jimat. Cuma.....Feeling kembang tekak masa aku minum masa ujian air gula masa mengandung anak sulung dulu, masih duk terasa lagi kemualannya. Sesungguhnya aku tak sudi nak rasa lagi. Nak habiskan segelas tupun, berapa kali nak uwek entah.....Tak mahuuu Uhuhuhuuu..........
4) Harini, aku baru habis satu buku tebal 911 mukasurat. Tak termasuk appendix & reference. Ni buku teknikal paling tebal aku pernah baca dari mukasurat 1 sampai habis untuk urusan phd. Aku ingat masa awal- awal dulu, aku ingat nak baca sekali lalu dulu. Lepas tu nak ulang second round. Nak lepas 1 round ni pun 6 bulan....English dia simple. Tapi banyak idioms. American Idioms. Ada banyak lagi aku tak paham. Tapi aku sondol ajela dulu........Disclaimer: aku bukan penyondol rumah tangga orang ye...Aku juga bukan penyondol research atau penyondol supervisor orang. Buku ni dicadangkan oleh cikgu aku. Masa dia cadangkan beli buku ni, aku beli buku yang dia cadangkan dengan harga murah. Kalau nak berlagak mampu beli harga asal, aku kene cermin diri dulu la. Kene sedar diri. Aku bukan bergaji...Mmg kene jimat-cermat. Bila perlu kita keluar duit, kita keluar duit.
5) Model aku tgh stuck. So aku susah hati la ni.....Esok aku terpaksa kacau cikgu aku. Kadang-kadang aku rasa, kan bagus kalau aku dilahirkan terus pandai & terror. Baca sekali lalu je, terus jadi expert. Tak payah bergantung pada orang. Tapi hakikatnya tak begitu. Aku hanya manusia biasa. Aku kene berguru dengan pakar yang dalam bidang ni. Kalau bukan ihsan cikgu aku ni, aku mungkin tak berada di level sekarang.... Walaupun aku dah kerja, tapi kalau kene bayar full course, aku tak mampu. (Asyik nak benda bagus secara free je budak ni...).....Haaaa, ni antara sebab perlunya ada duit... kalau ada majikan sanggup nak bayar, tak per la. Aku, sendirian terhad.
6) Aku penat...paham lah aku, kenapa orang kata jadi student phd ni penat.
p/s: banyak kan perangai aku...
No comments:
Post a Comment