Bila gambar ni lalu kat FB, memang teringat zaman masa laki aku belajar. Aku buka balik, coretan lama - lama. Rindunya moment-moment tu.
Masa laki aku belajar, aku korbankan kerjaya aku (redha walaupun kecewa & pongoh-pongoh), support & teman dia & uruskan keluarga. Kami hidup dengan apa yang ada. Banyak kenangan pahit manis masa ni. Bila nampak gambar ni, teringat aku zaman tolak kereta tolak jalan - jalan di kawasan uni. Memang aku pergi universiti untuk jalan - jalan je masa ni....Jalan pagi atau jalan petang dengan anak. Sorong la kereta tolak baby. Kadang berteman dengan ibu lain, kadang sorang. Suasana laki aku belajar dan suasana aku belajar berbeza...
Minggu ni tarikh tutup hantar laporan biasiswa MyBrain15 KPT. Apapun aku bersyukur dapat biasiswa ni. Bak kata kawan aku, tak dapat banyak, dapat yang sikit ni, jadilah. (Batch awal-awal, rm2.3K. Batch hujung cuma 1.8K sahaja). Ramai suka biasiswa ni, sebab bayaran tu atas kita, kita dah tak perlu risau. Tugas kita belajar & habiskan pengajian sahaja. Betul katanya. Bab ni buat aku lega sangat. Duit nilah aku guna untuk keperluan pengajian aku & cover expenses penting yang lain. Kita tak perlu risau ada pihak ketiga nak manipulate bayaran penat (bayaran upah/sara hidup) kita untuk orang lain ke atau untuk tujuan yang bukan peruntukan untuk kita. Tiada juga label, "oh, awak dah ada suami, awak tak perlu lah dibayar sebab ada suami"....sedangkan beban kerja tu serupa tu juga. Tapi dilenjan free atas label 'ada suami tanggung'. Sedangkan masa & keringat kita, adalah atas usaha kita, maka bayaran hak kita. (Kalau bab kes-kes yang tak enak didengar ni, cerita dari uni utara sampai ke uni selatan boleh sampai berita di jari atau telinga. Tambah plak ada wassap). Tu belum masuk bab publication kene curi la, isu authorship, free ride etc....macam - macam cerita di dunia akademik ni rupanya😒. Jadi bila biasiswa ni tamat, pahamlah aku kenapa ramai student sedih...
Bila aku buka balik laporan-laporan MyBrain15 yang svno1 tulis masa lepas. Aku baca dengan kenangan pahit menari-nari dalam kepala. Meleleh air mata baca laporan-laporan ni. Pengajaran besar pada aku sampai bila-bila. I maybe slow, but I am not fake.
Penat tak payah cakap lah. Dengan muka tak malu, kene halau, kene herdik, kene bentak, aku usahakan jugak sedaya boleh untuk aku tamatkan pengajian (walaupun tahap kesihatan aku masa tu naik turun) Tak de expert dlm bidang yang nak kerjasama? Aku carik yang sudi kerjasama dengan aku. Tak de geran, sv buat geran. Hak expert yang kerjasama dengan aku, aku jaga, hak sv pun aku jaga. Svno2 kata tak boleh tumpang geran student dia yang lain, aku tak tumpang. Aku akur. Aku tak ambil hak orang/pelajar dia yang lain walaupun pada masa tu aku berada dalam keadaan sangat memerlukan. Geran svno1 dulu pun sesen aku tak tumpang.
Sekarang ni fokus aku nak siapkan paper-paper yang ada, model & thesis. SEmoga Allah mudahkan urusan. Amin.

No comments:
Post a Comment