Sunday, August 13, 2023

Hari Bertolak ke Mekah dan Keputusan SPM

Lepas habis kursus (paspot dah dan laporan kesihatan dah hantar), kami pun tunggu jadual penerbangan. Ustaz TH cakap, lepas raya kene standby. (Hari Aidilfitri tahun ni, kami sambut ala kadar je. Aku tak berapa sihat. Jadi, kurang berjumpa orang. (Masa ni, kes COVID naik balik))

Kami cuma tahu, penerbangan terawal bila dan yang terkahir bila sahaja. Ada yang naik MAS dan ada yang naik Saudi Airlines. Lakiku pun draft lah anggaran penerbangan...Katanya, kami tak boleh pilih penerbangan awal. Kerja banyak. Kami cuba mohon penerbangan akhir. Saat ni, dia kata, aku dah  kene bagitahu pihak fakulti dan setelkan semua urusan yang perlu. Yang mendebarkan sekali, bila nama - nama kenalan yang dikenali dah muncul dalam penerbangan awal. Kami pun bimbang, kut tersenarai sekali walaupun jenuh doa, supaya tidak.

Aduii, kalau terkeluar nama dalam senarai yang kene berlepas awal macamana la...Nak selalu kacau pegawai TH tu, kang dibubuhnya nama masuk penerbangan awal. Macam seorang akak yang aku kenali ni. Dia asyik sangat tanya-tanya, contact hari-hari. Sekali terus namanya orang pertama, penerbangan pertama. Terus tak tanya daaaaaah. Hihihihhihihihiii... dalam kes akak tu, dia terkejut. Tapi redha je la. 😆

Kami ni memang target nak masuk Mekah dulu. Dah tanda dah dalam borang. Tapi khabarnya, ada juga yang tanda Mekah, sekali dapat kene masuk Madinah dulu. Tu yang serem ni. Masa saat bincang dengan TDA fakulti dan KP, aku bawak la jadual anggaran excel ni....Bincang langkah-langkah yang patutku ambil. Laki aku dah setel awal. 

Pada 2 Jun, tepat jam 5 ptg, jadual penerbangan kami pun keluar. Penerbangan kami 7 Jun dan kami akan berada di tanah suci selama 47 hari. Aku pun cek laki aku dapat flight yang sama tak? Nasib baik sama. (Ada kes suami isteri flight lain-lain, tarikh pun lain - lain....entahlah, aku tak pasti kenapa gitu)... Walaupun dah bersedia awal, tapi beberapa kali jugalah  aku kemas beg...masuk barang, keluar barang, susun sini, susun sana... 

Pada 4 Jun aku masih gigih menanda test sampai habis...Ada juga part-part tak sempat aku cover semua. Yang ni diambil alih oleh staf fakulti...huhuuhu 😓(Sepanjang kat sana, aku doa semoga Allah mudahkan urusan diorang juga sepanjang aku menunaikan haji dan murah rezeki)...Aku rasa macam nak bawa laptop je,...tapi lakiku kata jangan. Nanti susah nak fokus. Tambah berat nak travel, satu hal lagi. Laptop aku bukan ringan. Maka, aku pun memilih untuk tak bawak laptop langsung. Phone je la gajet yang aku bawak. Jadi, 6 Jun, last aku pegang laptop. Dan sempat aku submit 1 paper ke conference. Dan masa ni last juga la aku sempat emel cikgu modeling aku kt US, bagitahu aku dah nak bertolak ke Mekah. Dan, hari aku sampai Mekah pada 8 Jun tu jugaklah result SPM anak bujangku keluar. 

Debaran berganda!!!

Lepas aku dan lakiku berangkat ke Movenpick dan bertolak ke Mekah pada 7 Jun, 8 Jun mak & abahku datang ke Pekan. Bam kata, dia ok tinggal sorang. Jadi, masa kami bertolak ke KL, dia memang enjoy je kesunyian duduk di rumah sendiri bersama 3 meaw sekalian. Asalnya, aku nak pergi ke sekolah bersama bam.... Katanya kalau nenek dan atuk tak datang pun dia ok. Tapi mak aku & abah aku datang juga. Memang aku lega sikit dengar parents aku sudi datang tengok2 kan rumah dan budak-budak ni. 

Tak sangka Allah takdirkan, anak bujangku ke sekolahnya amik keputusan SPM tanpa kami. Dia pergi dengan kawan kelas dan kebetulan ibubapa kawan dia tu kawan kami jugak.  

kemain draft dalam excelnye kan? reduced uncertainty ðŸ˜… Anggaran sahaja. tak tepat.

Orang lain yang punya exam, mamanya yang berdebar lebih. Sepanjang perjalanan tak putus-putus doa. Alhamdulillah, perjalanan kami bertolak dari Movenpick ke KLIA ke Airport Jeddah dan seterusnya ke Mekah semua lancar. 

Perjalanan...KL-Jeddah

nanti sampai miqat- Qarnul Manazil, ready niat ihram umrah 

Niat ihram pun aku snap simpan dalam phone. Bimbang terlupa.

Ustaz pesan jangan gatai pi niat ihram lepas masuk Aidilfitri. Punya la aku jaga......takut termasuk mode ihram tak sengaja....😅. Sesampainya di Mekah, lepas dapat beg bagasi, dapat bilik, dan book katil (atas katil tu semua haji/hajjah menerima sebekas kopi+teh+gula+krimer dan air buah serta buah)...aku dan suami terus ke Masjidil Haram. Kalau boleh sebelum anak amik result SPM tu, kami nak berdoa depan ka'abah....

Di Mekah, kami duduk di Hotel Abraj Al Janadriyah. Hotel kami dalam 700-800m dari Masjidil Haram. Kami dekat dengan Bukit Marwah dan bangunan masjid baru.

Hotel Abraj Al Janadriyah

Masih tak dapat lupakan perasaan pertama kali jumpa Kaabah dan solat depan Kaabah

Hmm...Akan bersambung, tapi entah bila lagi nak dapat tulis...

No comments: