“Haji adalah Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (814)]
Setelah sekian lama di Mekah, maka sampailah waktu yang dinanti-nantikan para jemaah haji iaitu, waktu untuk bertolak ke Arafah. Bagi kami yang mengerjakan haji Tamatuk ini, kene ready lah nak niat haji. Bilamana kita dah berniat ihram untuk haji, maka segala pantang larang dalam ihram haji kita bermula. Pagi sebelum bertolak ke Arafah, kami diberitahu untuk tunggu di bilik hotel masing-masing sehingga dipanggil mengikut senarai bas. No bas telah diberi sebelum ni lagi. Jadi tunggu je la turn...
Daku dan kekanda hajjah dalam bilik semua sempat berkemas-kemas sebelum meninggal katil kesayangan masing-masing. Kami dimaklumkan yang tahun ni, jemaah haji akan diberi sekeping tilam, sorang satu. Tilam tersebut, muat- muat badan kita je. Kalau terlebih saiz ke, terlebih tinggi ke itu je lah yang diberi. Tiada lebih. Menjelang 2-3 hari sebelum dijadualkan bertolak ke arafah, kami dah sibuk kemas-kemas beg. Kami hanya dibenarkan bawak beg 5kg yang diberi TH dan beg merah sahaja. Itupun jenuh pikir, nak bawak apa. Ada jugalah beberapa barang yang kutinggal. Antaranya extension. Gamble la. Beg dah penuh. Dah janji, tumpang sorang kekanda hajah ni. Sebab dah tahu lokasi tilam kami tak berjauhan, maka dia sahajalah yang bawa. Tapi powerbank ku bawa juga. (Ku hadiahkan suamiku satu). Incase terputus bekalan letrik ke, kita masih boleh caj phone contact sesama sendiri dan ahli keluarga di Msia.
Yang kelakarnya, beberapa kali jugalah kami semua ni kemas beg, keluar masuk, keluar masuk, keluar masuk barang. (Geng haji-haji di sebelah, mudah je berkemas.) Sampai masa dah nak bertolak pun, last minit boleh keluarkan barang dan masukkan barang lain dalam beg lagi. Hahahahaa...mentang-mentanglah, dekat. Cuba kalau jauh, tak denye nak buat gitu kan? Ini juga rezeki, alhamdulillah.
Macam aku, kebanyakkan baju yang kubawa adalah yang nipis dan ringan, supaya mudah nak bawa. Ada juga yang jubah yang berkain agak tebal ku bawa. Tapi tak pakai pun sudahnya. Sayang pula rasa. Bukan apa, kita tak tahu keadaan kat disana bagaimana. Jika berkeperluan, barang yang diperlukan itu ada. Masa nak bermabit, ku bawa yang berkain nipis dan ringan sahaja. Kalau baju tebal, berat dan makan ruang. Tak pe lah, mungkin sebahagian baju yang ku ada ni boleh dipakai dalam tempat yang ekon sejuk, atau ke tempat yang sejuk-sejuk di Msia nanti. Sayangnya. Takkan nak buang?
Dulu ada seorang teman (yang kukenali masa di Perth) pesan kat aku, bawak baju kelawar, mudah dan senang. Ternyata pesanan tersebut berguna padaku. Kelawar lengan panjang ada, lengan pendek pun ada. Memangku pakai kat sana. Masa solat di sana pun, aku belasah je.
Masa di Arafah, kami tidak dibenarkan mandi (Tapi ada je yang mandi. Mungkin mandi wajib barangkali. Sangka baik je lah. Sebab bila kita dah tahu air terhad, takkan lah nak degil juga untuk mandi demi keselesaan sendiri, tu dah kira zalimi hak orang lain juga namanya.). Yelah, air terhad. Aku sempat bersuci dan salin baju sahaja. Adalah juga beberapa kali aku cross jalan tumpang tandas 'jiran' kerana mereka tidak ramai. Dah terdesak sangat, kan...Mujur ada yang memahami (terima kasih). Tak mampu dah nak tahan beratur panjang, lama -lama, berjam-jam tengah panas. Kalau takat nak berwuduk sahaja, memang ku dah standby spray. Dah tak perlu beratur panjang. Malah waktu malam juga, masih ramai yang beratur ke toilet. Masa ni, teringat rumah kat Malaysia. Rindunya rumah sendiri...Betapa beruntungnya aku rumahku ada toilet sendiri, tak perlu berkongsi ramai-ramai, bersih, ada bekalan air yang cukup, tilam sedap untuk tido.......Betapa 'kayangan'nye aku selama ni...(Awal-awal sebelum pergi, laki aku dah pesan, apa-apa yang tak best kat sini, kene hadapi dengan sabar...)...Tak per lah, sabar. Yang penting, kita jaga diri dan bersedia untuk ibadah penting seterusnya.
Masa saat gelincir matahari pada haritu, memang aku dah niat nak fokuskan diri untuk berdoa masa afdhal berdoa sehingga habis waktu (masuk maghrib). Selain doa untuk diri sendiri, kiriman doa yang satu persatu kucatit, aku doakan supaya Allah kabulkan jika itu adalah yang terbaik untuk mereka (pengirim doa dan doa untuk orang didoakan itu). Mudah mudahan dimakbulkan Allah semuanya...
Selesai urusan di Arafah, sekali lagi kami kene tunggu dalam khemah, tunggu turn bas dipanggil. Kalini, untuk bermalam di Mudzalifah pula. Di sini, kami dapat sampai awal, sebelum jemaah lain sampai. Dan yang paling best, nikmat berpeluang menggunakan tandas sepuas-puasnya. Aku sempat mandi dan bersalin baju disini. Lega rasa dapat mandi. (Airnya, berganda lebih puas dari yang di Arafah) Alhamdulillah. Malam tu, kami duduk berehat je. Nak tido, macam tak selesa. Kami nampak ramai jemaah negara lain (berjalan kaki) bergerak ke arah Mina. Di saat orang semakin ramai dan ramai di Mudzalifah, bas kami pun sampai. Dan kami pun ready ke Mina....
Bersambung...



No comments:
Post a Comment