Lama tak update eh?...
Progress up and down. Mood pun on off. Ada hari, mencurah-curah idea. Ada hari kering-kontang idea...Tak perla. Yang penting, tekanan darah tak tinggi. Naik cuti sem, lepas student submit assignment ni, sah kerja akan bertambah banyak. Sejak minggu ni, kita pun dah start tak masak.
Masaku lebih dihabiskan ditepi meja sama ada depan komputer atau tanpa komputer. Yang paling sedih, hasil tulis panjang2, tapi bila dihadamkan isinya, dapatlah 3 line, tak sampai 1/4 muka A4 isinya. 1 perenggan je. Hmmm...sabo je la. Hasil kerja tipis, isi badan yang naik. Sebab duduk je! memanglah kan......Dah tu? takkan nak menulis sambil berjalan-jalan kot! jalan-jalan makan angin, ok...tak pe...😂
So, kita take a break la. Relaks-relaks jap. Meh kita cerita tentang bab jalan-jalan cari makan. Hajat di hati nak try something yang sedap tapi kita tak pandai nak masak. Maka kita pun carilah.... belek punya belek punya belek kat Google, tiba-tiba teringat ada satu kedai western food baru buka di sini. Speghetti ke pasta-pasta memang tak de kat kedai ni. Tapi roti ada! Dan kadang-kadang ada nasi kerabu. Puasa tahun lepas, kami dah try nasi kerabunya. Tapi masa tu di bazaar ramadhan. Boleh tahan sedap. Cuma mahal sikit. Tapi tak pe. Kita paham kenapa dia mahal. Dan kalini, kita ambil keputusan untuk cuba steak di kedainya. Kedainya kecik. Comel je. Baru buka 2 bulan. Lepas browse info di facebook, kita pun book table dan minta menu. Lepas tengok menu, kami pun agak-agaklah berapa bajet nak kene keluar kalau makan kt sini.
Specialty kat kedai ni, smoked beef. Khabarnya ada macam-macam jenis steak. Steak wagyu on skewer pun ada. Steak - steak ni, dari lembu baka Angus....Ada sirloin, brisket, prime rib, ribeye, loin, tomahawk... smoked beef dan mungkin ada lagi jenis cutting steak yang ku tak tahu... <Check Here>
Setakat ni, rasanya ni the best quality steak in Pekan! Total termasuk air durian belanda dua botol, RM167. Anggap je la ni moment sambut birthday juga. Sebab aritu tak sempat pun nak celebrate....apak ke sana la...ke sini la... dah tua-tua, mama ni sensorang diri je sambut birthday sendiri.
K lah. Sekian update. Nak layan lagu Baldu Biru - Ella & Awie...



No comments:
Post a Comment