Saturday, January 6, 2024

Film Review : 12th Fail

Last wednesday night, me & my husband watched a Hindi movie. Khamis, student akan buat test. Jadi hujung minggu mesti sibuk nak menanda. Jadi, aku pikir, baiklah rehat-rehatkan minda dulu sebelum sibuk melanda.

Tajuknya, 12th Fail. 


Pelakon semua aku tak kenal. Walaupun tak terkenal, lakonan tak kalah hebatnya. Menjiwai watak!  

Cerita ni, tak de joget2, baju bertukar-tukar, scene kenyit-kenyit mata dengan lagu ke, pastu baju seksi-seksi ke...Satu pun tak de....๐Ÿ˜…Cerita ni mengetengahkan tentang kesusahan hidup, cita-cita, pengorbanan, tanggungjawab, berusaha gigih nak mengubah nasib, kerja bersungguh-sungguh, nak berjaya dengan cara yang jujur dan betapa payahnya nak menongkah arus berdepan dengan perangai tak elok (rasuah, cemburu, dengki, sabotaj, penindasan ) masyarakat sekeliling. (Nak tahu lebih, klik la link tajuk cerita tu, nak lebih lagi, boleh tengok sendiri).

Cerita ni berdasarkan kisah benar. Nak berjaya dengan cara jujur, sampai 12 kali gagal...๐Ÿ˜“

Nak jujur atau tak ni bergantung pada sikap. Prinsip hidup. Pada aku, antara scene sedih yang cukup terasa, bila barang hero dicuri bersama hasil simpanan nenek dia dan bila ayah hero rasa menyesal dengan prinsip kejujuran yang dia amalkan selama ini, apa guna jujur jika itu hanya menyusahkan dan hidup merana? Ni dua scene yang paling 'terasa dalam' pada aku. Selebihnya, tengok sendiri naaaaa.........๐Ÿ˜Ž

No comments: