Sunday, March 31, 2024

Ramadhan 2024

2024, anak bongsu pulak ready untk SPM. 

Risaunya mama. Macam kita pulak yang nak amik SPM lagi. 😅
Tapi tulah, mama akan sibuk. Sama macam masa bam amik SPM.
Adik kene pandai2 la belajar sendiri. 

Mama & apak doakan dari jauh. (walhal dokek yo, sobolah tu ha). Dulu masa mama nak SPM, nenek doakan supaya cemerlang yang tak cemerlang sgt, supaya mama tak pergi fly oversea. Dah pergi, takut tak nak balik. Pergi & duduk sana terus. Tinggalkan dia. Sabo je la. Kan dah makbul! Dan kesannya, mama melekat sampai tua kat Msia sahaja. Kutip je la hujan batu kat negara sendiri... Ingat boleh kutip hujan emas, bawak balik ke negara sendiri. Tapi sekarang dah kene cukai!!!...kira 2x la kene cukai. Entah - entah, lepas darab bahagi campur tolak, mungkin end up, habuk je yang dapat. Huwawawawawawa...😭


Bulan Ramadhan ni masak simple2 je. Masak sodap2 kang, orang sini terasa orang sana terasa...Haaa masak jelah yang biasa-biasa. Takde orang yang terliur. Yeke x de? 😉




No comments: