Aidilfitri 2024, kami sambut biasa-biasa sahaja...
1. Tak buat open house. Tapi join taman terbuka sahaja. Sumbang air sirap ais + sambal tumis telur. Sapa nak makan dengan nasik boleh, makan dengan lodeh boleh, nak makan dengan mi goreng boleh...nak ratah boleh. Sapa tak minat telur, boleh tengok je... Selain daritu, kami penuhi jemputan rumah terbuka je, itupun terima kasih pada yang sudi jemput. Sekarang, bukan semua orang mampu nak buat rumah terbuka. Kita pun faham. No hard feelings.
2. Keje berlambak! Duduk diam-diam sahaja. Selesaikan satu - persatu pelan-pelan.
3. Abah masuk hospital. So sambut raya pun, macam tak raya sangat. Dokter sarankan buat angiogram. Lepas dia tengok & dengar kisah orang bilik sebelah, dia lari. Ish ish ish...kelam kabut dokter dan nurse, sebab pesakit nak lari, takut nak buat angiogram. Dia minta dokter evaluate semula...Sekarang tunggu la next appointment utk eco & CT scan. IJN penuh. So maintain je la kt PPUM. Masa aku takut nak masuk bilik bedah, dia pesan jangan lari. Bila time dia, boleh lari pulak...😂
4. Kami berempat tak de baju raya tahun ni. Pakai je baju raya lepas yang ada. No problemo.
5. Tahun ni, aku ambik cuti raya 3 hari je, tapi panjangnya boleh sampai dekat 10 hari. Untung tahun ni. Cuti ada, bonus pun ada. Boleh simpan buat bayar yuran.😇...
6. Sebab dokter dah tegur, berat aku dah naik, maka aku tak makan beriya sangat. Kene exercise dan kene puasa balik lah nampaknya...start qada'... Memang gendut ni...adeiii...
7. Tahun ni, tak berapa nak boleh manja mengada sangat. Raya ni, kalau tak turun dapur ni boleh di kira melampau... Semua orang tak larat. So aku kene kuat......
No comments:
Post a Comment