Saturday, June 8, 2024

Kenangan Bertamu di Mekah 2023

Minggu depan, jemaah haji 2024 akan bergerak ke Arafah...

Semalam, 7 Jun 2024, genap setahun waktu berlepas ke tanah suci Mekah...
Kenangan tahun 2023 lepas, masih lekat lagi di ingatan...Bila baca balik entry post lepas, terasa nak ulang balik momen tu...

Aku masih ingat pesan seorang teman, alang-alang dah sampai, pergilah cuba bertamu di hotel2 sekitar yang terdekat. Boleh merasa pengalaman baru dari sudut lain pula katanya... Jika bernasib baik, dapat book masa tengah murah. Masa booking ni, aku niat nk supaya suami boleh pergi solat jumaat dekat dan dapat pergi masjid dengan mudah. Masa kami duduk di Abraj, perjalanan agak jauh. Jalan pula selalu ditutup oleh askar. Masa ni, alhamdulillah, kebetulan ada rezeki aku & suami untuk bertamu di hotel yang lebih dekat Masjidil Haram...Kalini, rezeki kami di sini, Swissôtel Hotel Makkah...(Ada banyak lagi hotel boleh try. Ada sesetengah orang, tiap2 minggu bertamu di hotel-hotel berlainan)

Momen paling tak boleh lupa. Tulis idea phd depan kaabah. 


Sangat selesa. Memang kiteorang amik bilik yang dapat view kaabah

Boleh nampak dan lambai Abraj Al Janadriyah dari jendela 😃...
Nampak orang kecik je, dot-dot halus yang bergerak...

First time solat, dengan kaabah kat bawah depan mata secara real.
Tak tahu bila lagi mampu ke sini...


Tak pernah try. Sapa nak try, silakan.


Tengah malam pun, masih banyak lagi orang...Ni gambar dari jauh.
Pernah masa habis tawaf, aku pergi kat kaabah sedekat-dekatnya...Doa.
Momen tu hanya melekat di sel-sel memori otak sahaja...
Tak terpikir nak snap amik gambar pd masa tu. Kiri kanan, orang saje.
Tapi dekat atau jauh, bila dalam berdoa, hanya aku dan Allah sahaja...


Macam-macam jenis roti ada. Aku amik gambar, sebab tak pernah tengok...


Tak pernah makan. Tengok je. Macam-macam jenis salad dan dressing ada...Tekak aku tak cukup arob la.
Tekak melayu & western shj nampaknya.


"Bang, bang tengok ni..."
First time masa aku jumpa ni, aku dah gelak sorang2 dengan laki aku....
Pas tu aku pun snap gambo hantar kat kekanda2 di bilik abraj sambil bertanya "anda nak haji mabrur yang ni?" 😆😆
(Kami tak perlu berpanas ke mall. Kami lalu sahaja pintu hotel yang bercantum dengan shopping mall.)


Khabarnya, tahun ni bayaran haji naik lagi.
Bayaran penuh, RM33k....

Ya Allah, murahkanlah rezekiku supaya aku boleh kembali ke sini beribadah lagi ...

No comments: