Tuesday, February 17, 2009

Me and My Best Mate

Pejam celik pejam celik dah nak masuk 8 bulan dak E-m4n minum susu aku. Hmmh, tak sangka gak mampu bertahan sampai sekarang. Terus terang, aku agak was-was yang susu aku boleh bertahan dengan 'Exclusive Breastpumping'. Dengan anak sulong aku dulu, kene gak gagah buka tin formula.

Tak mahu kecewa lagi untuk kali kedua. Jadi, dari masa mengandung E-m4n lagik aku dah berazam dan kutip ilmu-ilmu tentang breastfeeding ni.Masa awal2 breastfeeding, macam - macam gak halangan. Sib baik abang ada. Positif sket jadiknya.Kalau tak, sejuk taik ayam aku.Heheheee...

Avent isis, ngan spectra dah jadi tukun dalam almari. Heheheheeee...Dulu aku nak sambar Medela Frestyle. Masa tu(8 bulan lepas), kat Australia belum ada lagi Freestyle. Kalau nak kene order dari US. Tapi tak de warranty lah. Masa tu currency $AUD ngan $USD lebih kurang sama nilai, rambang mata. Harga nya memang murah kalau nak banding kt M'sia.

Tu yang jadi 'nak beli ke tak nak beli'.

Dalam masa yang sama jugak, PISA tengah sale kat Toy 'r' Us. Kebetulan poket tengah berisi, tengok punya tengok, pikir punya pikir, akhirnya aku sambar PISA. Pengaruh paling besar dan utama sebab abang buat kenyataan,"Freestyle ni baru lagi tak tau macamana 'performance'nya.". So abang kata tak yah la amik dulu. Walaupun dalam hati nak gak merasa Freestyle. Tapi kuredha jugak PISA menjadi jodohku.

Overall performance PISA ni aku bagi rate 4.5/5 bintang. Kenapa kurang 0.5 ? Sebab ... walaupun die ni bagus die pun ade kekurangan yang aku kene sabar. Antaranya,

- susu senang masuk dalam tiub. Cara nak atasi, bila tengah let down, aku 'loose'kan kejap(dlm 1-2 saat)shield dari lekapan pada 'Miss T'.Then tukar kepada let down mode. Kadang tu aku terlalai gak, terlelap ke tgh baca buku ke...terleka. Kesannya, habis laaaa...masuk dlm pam.

- besar la jugak nak bawak (4kg). Dengan persalinan lengkap untuk dua orang budak, diaper extra, botol2 susu, changing mat, nappy cream, stroller, cooler, warmer dan pam sumer...memang bapak banyak gile nak kene angkut. (Bak kata Zai, macam nak balik kampung)....Langsung aku jadi malas nak jalan jauh. Aku jadi lebih suka duduk kat rumah dan bersiar2 di sekitar sini aje.

- Kalau, tak de plug nak plug-in atau blackout ke boleh pakai bateri.Tapi bateri punya la banyak nak kene guna. As for me,"Plug-in" untuk kegunaan dalam kereta, abang buat sendiri. Tapi bagi sape yang tak reti nak buat sendiri, nak beli kat kedai pun boleh.

So far this is the best non-hospital grade pump i ever have. Banyak berjasa. Ciri 2 phase suction yang ada banyak membantu. So sape yang nak susukan anak dengan susu ibu tapi bermasalah nak direct breastfeeding, jangan putus asa. Tak dapat direct feeding, cuba usahakan cara lain. Macam aku aku pilih untuk pam dan botolkan.

Kat luar tu ade lagi pam-pam lain yang bagus. Tapi sebab aku tak pernah guna yang selain yang aku guna, jadi aku tak leh la nak bagi review bagus ke tak.

Apapepun kita berusahalah untuk yang terbaik dengan apa yang kita mampu, selebihnya biarlah Allah lah yang tentukan...


-----Progress report.-----

My target to give E-m4n breast milk up to 6 months old : Successfuly Achieved.

My target to give E-m4n breast milk up to 12 months old : In Progress.

No comments: