Tuesday, May 12, 2009

Tak Boleh Minum Susu Sementara Waktu...

Sejak semalam aku kene keje on call...hehheee on call jadik tabib.

50l3h demam. Ni malam ke 2 die demam. Tak lalu makan apa pun. Asal makan, keluar semula. Semalam bawa pergi jumpa dokter....Dokter pesan, elakkan bagi dia minum susu dan makan produk tenusu lain. Pagi tadik nampak macam dah ok kejap. Jadi aku pun try bagi susu sket, tengok macamana...[sebab dia dah mintak sangat2, kesian aku tengok]...pas minum tu, nampak ok...sampai la petang tadi....dia muntah-muntah semula...

Even, aku hidangkan mi, makanan kegemarannya dia pun dia payah jamah. Jamah sket, keluar semua...tak sampai hati tengokkan...

Memandangkan dia tak makan...aku kene make sure dia minum air. Kene pastikan dia masih boleh kencing dan tak dehydrate. Dah bancuh gatorade dan gastrolyte...dia minum sket sket...Hopefully, dia cepat sembuh dan kembali sihat macam biasa. Rindu tengok dia sihat, main dan makan...

K, Setakat sini dulu la entry kali ni...

Farah, tag ko aku simpan dulu ye. Ade masa nanti akan aku jawab, insya Allah.
Zue, ttg mi ramen tu nanti aku citer kat dalam entry khas. Insya Allah.

Sekian.

Sunday, May 10, 2009

Salmon...


Hari ni tengok salmon macam murah sket. Jadi kubeli salmon. Maka, inilah makanan tengahariku hari ni. Aku bakar je la dalam microwave. Kejap je masaknya, tak lama...dalam 8 minit gitu aku setkan tadi. Voila, siap! Senang dan cepat.

Sungguhpun Salmon ni popular kat sini tapi ianya tak popular dalam rumah ni. Abang tak suka salmon. 50l3h jugak tak gemar ikan Salmon. E-m4n tak mengerti apa - apa, asal ku suap dia makan saje. Aku saje la penggemar salmon dalam rumah ni buat masa ni.

Kali pertama aku makan salmon,14 tahun dulu...Kopak poket abah aku masa tu. Tu je last...then start makan balik bila kat sini. Start belajar masak salmon pun kat sini...Kalau pergi restoran barat hatta kat M'sia sekali pun, aku dah takkan order Salmon kat restoran. Pada aku tak berbaloi harga dengan apa yang dimakan. Aku rela masak sendiri. Biarlah tanpa hiasan dipinggan.

Salmon ade banyak jenis...Antara yang terkenal, Sockeye Salmon, Pink Salmon, Chinook. Isi salmon ni ade 3 jenis warna juga bergantung pada species. Ada isi merah, pink dan putih. Antara tiga tu, salmon merah yang paling digemari ramai. Salmon putih tak ramai yang minat. Memang asalnya salmon isinya putih. Warna merah keorenan disebabkan kandungan carotenoids yang banyak didapati dari dietnya dengan memakan krill dan shellfish.

Selalunya salmon liar lebih merah isinya berbanding salmon ternak. Atas sebab ni, makanan untuk salmon yang diternak ditambah sejenis bahan yang dipanggil astaxanthin supaya daging salmon yang diternak juga berwarna merah keorenan. Kalau tak merah isinya, orang ramai tak beli...

Salmon ni kaya dengan asid lemak Omega 3(DHA dan EPA) yang bagus untuk kesihatan kardiovaskular, tekanan darah, mengekalkan paras kolestrol dalam badan, mengurangkan arthritis. Selain daripada tu, ianya juga bagus untuk otak. Terutamanya kanak - kanak yang nak membesar...agaknya sebab tu old legends claimed that eating fish would make you smarter. Some might say, fish is brain food. Ibu -ibu mengandung dan ibu susuan bagus pun makan ikan salmon ni.Tambah pulak tahap merkuri dalam dagingnya rendah. Jadi ianya selamat dimakan, Insya Allah...

--------------------------------------------------------------------------
Resipi Salmon Microwave...

Salmon. (2 keping kecil macam dalam gambar)
Garam
Lada sulah
Lada hitam
Serbuk kunyit.
Marjerin/Mentega

  1. Gaulkan Garam, Lada sulah,Lada hitam,Serbuk kunyit sampai rata pada isi ikan salmon tadi.
  2. Letakkan 2-3 ketulan kecil marjerin atau mentega atas ikan salmon yang telah digaul tadi.
  3. Masukkan dalam microwave dengan setting suhu yang paling tinggi selama 8-10 minit. (bergantung pada saiz ketebalan ikan, kuantiti ikan yang digunakan).

Hari Ibu...

Hari Ibu...

Harini hari ibu. Kat sini macam - macam la iklan sale barang sempena hari ibu sejak 2 minggu lepas lagik. Iklan baju, jewelery, kasut, restoran ...macam - macam lagik.

Harini kat sini ramai ibu - ibu sedang dimanjakan oleh keluarga dan anak - anak pulak agaknya...

Berlainan dengan aku. Aku tak pernah sambut hari ibu. Familiku tak pernah menyambut hari ibu.Tengah bebudak tido tadi siang, aku call mak aku. Berbual bukan main panjang. Lupa plak aku nak ucapkan selamat hari ibu padanya.

Tapi aku yakin, mak aku tak kisah pun...ingat esok lah aku call, qada' ucapanku...kang kalau aku call tengah malam ni mengganggu pulak.Mak aku selalu tido awal. Then bangun pagi-pagi sebelum orang lain bangun...dalam kul 4.30 pagi dia dah bangun.

Malam ni aku emel la ucapan selamat hari ibu kat mak aku...Heheeejangan memain, mak aku dah ade emel...dia dah belajar bukak emel dengan bantuan adik aku. Ada jugak kadang tu aku emelkan gambar cucu2nya dalam emel. Terus dapat, terus bukak, dan boleh terus tengok...heheh.

p/s: Selamat Hari Ibu buat semua...

Tetamu Dari Malaysia...


Rabu lepas kami menerima kunjungan tetamu dari M'sia. Sepasang suami isteri, kedua - duanya kawan lakiku masa kat sekolah menengah.

Isterinya, Dr Yati tu lah yang menyambut 50l3h keluar dari perutku masa dalam bilik operation. Dikedungnya 50l3h yang masih merah untuk ditunjukkan kepada aku. Kali terakhir aku jumpa dia masa 50l3h berusia 3 hari. Sekarang 50l3h dah 3 tahun, kami bertemu semula. Bukan kat M'sia, kali ni kat Perth. Hehehee...sekarang dia dah tak 'available'. Dah bertiga dah...

Sekarang Dr yati dah tak berada dengan HTAA dah. Dah berada di Kuala Lumpur pula. Kakak Dr Yati belajar kat sini. Masa kami memula sampai ke bumi Perth ni, di rumahnya lah tempat kami menumpang teduh selama seminggu sementara nak dapat rumah. Masa tu, beliau bercuti di Malaysia. Lepas seminggu kami pun dapat rumah. Dari situ kami kenal kakak Dr Yati pulak...Kami berterima kasih banyak - banyak kerana sudi menumpangkan kami kat rumahnya...Kalau tak tak tau la macamana...

Lepas makan tengahari kat rumah kami, kiteorang g jenjalan kat Kings Park sambil menikmati permandangan Perth dari tempat tinggi Kings Park. :)

Menjelang lewat petang, kami berpisah, balik menuju ke arah destinasi pulang masing - masing. Lepas ni bila la agaknya kita jumpa lagik ye...

Friday, May 8, 2009

Mi goreng,...Usaha,.. Letih,...dan Jasa Orang Tua...



Semalam aku masak mi goreng basah.

Dah 2 hari dah 50l3h duk mintak nak makan mi.
Mi ni antara makanan yang dia sangat suka.
Tak kira la mi apa pun...mihun, mi ramen,mi hokkien,spegetti...janji mi tu sedap...

Harini, banyak aktiviti luar dari rumah. Pagi je ade kat umah. Lepas setel2 kerja umah sumer, tghari bawa anak g bergaul dengan kanak - kanak lain.

Dulu aku tak sedar pun pentingnya budak - budak bergaul dengan rakan sebaya. Aku ingat dieorang leh belajar berkawan sendiri. Tak yah rangsang - rangsang. Bila jumpa budak tau lah nak bermain sama. Rupernya tak gitu. Kene biasakan dia berkawan. Pergaulan dengan rakan sebaya memainkan peranan besar dalam perkembangan kanak - kanak. Dieorang akan lebih banyak belajar dengan sesama dieorang.

Hmmmh, selepas pergi ke Speech Therapy lepas...banyak membuka mata aku. Memandang anak aku yang sulong kurang bercakap dan kebolehan bercakap agak terkebelakang berbanding kanak-kanak seusia dengannya, banyak yang aku kene buat untuk bantu anak aku. Masih tak terlambat untuk berusaha lagik. Sekarang ni dah nampak banyak perkembangan positif. Dan aku kene terus usahakan lagi...

Sekarang, dah jadi mama kepada dua orang kanak - kanak aktif sangat meletihkan. Ada masa sampai tak de masa untuk diri sendiri. Masa 24 jam yang Allah bagi tu padat. Macam tak cukup. Macam - macam usaha nak dieorang ni membesar dengan baik dan sihat dalam suasana yang baik dan sihat jugak.

Hari - hari aku end up sebagai suri rumah yang letih...

Beberapa permintaan ibubapa lain yang mintak tolong jagakan anak - anak mereka sepanjang mereka bekerja/belajar, aku tolak dengan baik sebab aku tak sanggup. Bukan sebab bayaran tapi letih dengan tanggungjawab. Biarlah mereka berusaha menjaga anak mereka sama ada berusaha hantar ke daycare ataupun hantar ke rumah orang lain ataupun bergilir jaga sesama sendiri.

Patutlah dalam doa yang kita selalu baca untuk ibubapa ada,
"...Ya Allah, peliharalah kedua ibubapaku sebagaimana mereka memelihara aku semenjak kecil..."

Dah jadik mak bapak baru tau, susah payahnya jadi mak bapak... memang besar jasa kedua ibubapa kita. Tak terbalas jasa dan kasih sayang mereka...


***Malam ni sure, kalau aku letak je kepala kat bantal ni.......ZZZZzzzzzzzz...
Ade satu lagik entry nak buat...tp da ngantuk, ...insya allah buat entry lagik ttg miggu ni.

Tuesday, May 5, 2009

Updates...

Tentang E-m4n...
  • E-m4n, dah tumbuh gigi. Dua gigi atas dan 2 gigi bawah.

  • Hari tu aku nampak E-m4n berdiri cuba berjalan...dia berdiri sambil bersandar kat dinding berjalan sekeliling rumah...Nampaknya tak lama lagik berjalan la anak mama ni ye...amin.

  • Minggu lepas, hari sabtu E-m4n jatuh tersembam atas simen sebab jatuh dari stroller. Tak jangka plak dia nak jatuh. Selalunya tak. Sian...luka dahinya. Risau aku...sebab aku dengar bunyi jatuhnya kuat giler. Ikutkan aku nak je bawak gi hospital. Tapi lepas aku tahu dah jawapannya. Nanti disuruh balik dan perhatiankan tanda - tanda berjaga-jaga bila bayi/budak kecik jatuh. Selama aku perhatikan, dia aktif macam biasa, tak de muntah muntah ke, tak boleh bergerak macam biasa ke ...semua takde. Semua normal. Harap - harap x de pape. Tapi tang kat kepala tu aku risau gak sebenarnya...jangan la ade pape hendaknya.

...Tentang 50l3h...
Minggu ni dia banyak bergaul...main bersama dua orang kawannya. 2 orang kawan dia tu adik beradik. Awal minggu lepas depa datang rumah, main dengan 50l3h. Sabtu lepas plak, 50l3h plak berkunjung ke rumah mereka. Budak - budak ni rajin mulut bercakap, bertanya dan berbual. Good. Aku doakan 50l3h pun nanti becok sket bila dah berkawan ngan dieorang 2 orang tu...Dalam rumah ni, mamanya je la yang paling banyak bercakap. Anaknya tak lah pulak.

...Tentang Aku..
Macam biasa tak de apa berita best sangat. Sibuk minggu ni, banyak kene belajar benda baru minggu ni...sempat view blog tp tak sempat update. heheh...

...Tentang Abang...
Abang seperti biasa memang bz memanjang. Petang abang balik kejap main ngan anak-anak. Sian kat bebudak ni. Asal petang je, excited tunggu apaknya balik. Nak ajak main. Asal ade orang lalu je kelam- kabut terkam pintu atau tingkap cek sapa. Adik yang kecik pun tak padan kecik, merangkak laju jugak pegi cek sapa kat pintu. Kat tingkap die tak leh cek, sebab tinggi, heheh...Pas mangrib abang kene la pergi balik ke opis, menyahut tuntutan kerjanya yang berlambak - lambak itu.

Sunday, May 3, 2009

Peminat Udang Juga Rupernya...

My favourite Sambal Tumis Udang

My First Trial Udang Goreng Tepung

Semalam hari pergi pasar makanan laut kat Canningvale.

Abang beli ikan ngan udang. Alhamdulillah, ikan dah siap potong. Suka hatiku kerja dah kurang satu.

Udang tu sebahagiannya aku simpan(selepas bersihkan), sebahagian lagi aku buat goreng tepung ala -ala tempura gitu. Selalu bila abang beli udang, aku suka wat masak sambal tumis. Kadang - kadang kari udang. Sesekali tu goreng kunyit bawang lada. Udang goreng tepung ni, pertama kali aku cuba.

Rasanya sedap jugak. Abang tak makan udang. Jadi aku ingatkan aku sorang je la conquer sumer udang tu...sekali anak bujang tumpang sekaki merasa...tengok tengok dia suka sangat udang goreng tepung tu. Nampaknya, bertambahlah saingan peminat udang dalam rumah ni...heheh...