Sunday, May 10, 2009

Tetamu Dari Malaysia...


Rabu lepas kami menerima kunjungan tetamu dari M'sia. Sepasang suami isteri, kedua - duanya kawan lakiku masa kat sekolah menengah.

Isterinya, Dr Yati tu lah yang menyambut 50l3h keluar dari perutku masa dalam bilik operation. Dikedungnya 50l3h yang masih merah untuk ditunjukkan kepada aku. Kali terakhir aku jumpa dia masa 50l3h berusia 3 hari. Sekarang 50l3h dah 3 tahun, kami bertemu semula. Bukan kat M'sia, kali ni kat Perth. Hehehee...sekarang dia dah tak 'available'. Dah bertiga dah...

Sekarang Dr yati dah tak berada dengan HTAA dah. Dah berada di Kuala Lumpur pula. Kakak Dr Yati belajar kat sini. Masa kami memula sampai ke bumi Perth ni, di rumahnya lah tempat kami menumpang teduh selama seminggu sementara nak dapat rumah. Masa tu, beliau bercuti di Malaysia. Lepas seminggu kami pun dapat rumah. Dari situ kami kenal kakak Dr Yati pulak...Kami berterima kasih banyak - banyak kerana sudi menumpangkan kami kat rumahnya...Kalau tak tak tau la macamana...

Lepas makan tengahari kat rumah kami, kiteorang g jenjalan kat Kings Park sambil menikmati permandangan Perth dari tempat tinggi Kings Park. :)

Menjelang lewat petang, kami berpisah, balik menuju ke arah destinasi pulang masing - masing. Lepas ni bila la agaknya kita jumpa lagik ye...

No comments: