Monday, October 19, 2009

...Puding Roti...Ayam BBQ...Asam Pedas...


Minggu lepas, panas...

Dan Sabtu lepas, merupakan hari paling panas...37 darjah celsius!!...huhuhuuu...
Dalam rumah pun panas... Bahang...
Cooler 'on' sepanjang hari...

Sungguhpun begitu, ianya tak dapat nak menyejukkan seluruh rumah...sekadar ruang bilik jer...jadi nak sejuk, masuk bilik...tak pun bukak peti ais...ha ha ha ... terasa nikmatnya...

Tengah2 panas2 ni kalau buat dessert sejuk sodap...Jumaat lepas aku buat puding roti...buat beberapa bekas aluminium tu jugak lah...simpan kat peti, biar sejuk...50l3h makan kemain lagik...adik, x brapa gemar sangat. Tapi sibuk teringin, bila suap..dia luah buang...sabo jer la...

Minggu lepas jugak ade sale ayam,...hajat di tekak ni teringin nak makan chicken deli wave ni...heheee, belasah gak lah amik alang - alang sale ni... ada yang makan dengan nasik...ada yang di buat untuk ratah...terutamanya masa dating memalam tengok movie Star Trek...baru dapat tengok...heheh, dah basi movie tu baru kami terhegeh2 nak tonton...



Sabtu tu, abang pergi ke pasar basah kat Canningvale...bawak balik 2 ekor ikan merah besar dan udang. Sotong x brapa elok lah plak...x jadi beli. Niat di hati nak singgah ke Universal Seafood, kedai jual seafood sejuk beku...tapi sebab pepagi buta, kedai tu pun x bukak lagi. Tak jadik tunggu dia buka...x larat. Balik dengan hasil yang ada jer la...

Sampai rumah, baton kerja menyiang ikan bertukar ganti kepada mama plak...Siap siang n basuh sumer...sebahagian buat masak asam pedas, lebihnya pek - pekkan, simpan terus dalam peti ais...

Asam pedas kali ni, ikannyer digoreng dulu...then kuah asam pedas tu tuang atas ikan yang dah digoreng tadi...saje je tukar selera, tukar style asam pedas...(gambonyer, aku tak ingat lak letak kat ner... x per la...kalau ade, aku buh...kalau tak de, korang pepandai ler imejin...hehheee)

sekian report dari dapur aku...Wassalam.

Atas permintaan kengkawan sekalian, dengan sukacitanya daku kongsi resipi puding roti disini...

Resipi asal, dicedok dari dapur Kak Hanieliza...

Untuk yang kelmarin tu ada pengubahsuaian sikit aku buat...aku tak buat Sos Custard, jadi aku maniskan puding roti ni sket... then ade penambahan bahan - bahan lain juga.

Resipi Puding Roti :

Bahan:
A:
500 ml fresh milk
8 keping roti (Kalau buang kulit, guna dlm 10-12 keping)
6-7 sudu besar krim segar

B:
6-8 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter/marjerin/mentega (perlu dicairkan)
2 biji telur ayam (kalau telur kecik2, guna 3 biji)
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung custard

C:
2-3 sudu besar kismis hitam (Kalau nak gantikan denga aprocot ke, blueberries ke sedap jugak)

CARA:
1. Hancurkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam dalam mangkuk.
2. Masukkan, kacau dan gaul rata bahan B.
3. Tuang ke dalam bekas untuk dibakar.
3. Taburkan kismis diatas.
4. Bakar dalam suhu 180 - 200 'C selama 30 min atau sampai masak.

Cadangan hidangan sejuk : Kalau suka, bleh makan dengan aiskrim vanilla atau madu...nyum nyum nyum...

Enjoy!

Yeay !!! Dapat Nugget Free...

Syawal dah pun menuju ke penghujung...
Jemputan umah terbuka juga dah surut kat sini...

Hujung minggu lepas tu last ler...x tau la kot ada yang buat hari ni...hehehee...
Tak seperti tahun - tahun lepas...tahun ni kiterorang kat sini tak buat umah terbuka official...
Sapa nak datang datang ler...
Hidang apa yang ada...

Sejak AU dollar naik, ...banyak harga barang turun...antara ketara sekali minyak ... termasuklah minyak masak...beza sangat berbanding masa kejatuhan matawang dollar Australia. Sukernyer...harga barang turun...kalau fenomena camni berlaku kan kat M'sia kan best.

Kelmarin apaknye pergi membeli belah kat Woolworths(ada orang panggil woolies)...harga nugget dada ayam yang dipaparkan di rak berbeza plak dari harga yang di scan...Apaknye pun bagitau ler kat orang tu yang harga papar kat rak berbeza...Then pihak depa p cek tengok betul berbeza hampir 2 dollar gak lah beza...Maka, dapat lah nugget ayam free sekotak. X yah bayar...sebab ikut hak pengguna, kalau harga paparan kepada pembeli lain dari harga yang penjual caj, maka pembeli boleh dapat free...itu hak nye...

Yabedabeduuuu....

Kalau amik lebih dr sekotak kan best... :p

Heheheee...x pe la dah dapat rezeki free pun dah bersyukur...


Ini nugget ayamnyer...
Scanning Policy : Depa minus balik harga yang depa scan untuk nugget ni...

Tuesday, October 13, 2009

'Abam' dan 'Aban'

Mesti korang tertanya-tanya, ...

Siapa Abam?
Siapa Aban?

Meh cuba tanya E-m4n...

"E-m4n, abang mana? Abang mana?..."

Selalunya, dia akan pergi cari mana abangnya sampai jumpa...bila dah jumpa nanti dia cakap gini,

"Tuh haaaa..Abam...abam..."

Tunjuknya pada abang 5ol3h...sambil tesengih sengih menampakkan giginya yang sudah penuh di barisan depan.

"Niii...Aban Soleh..."...sahut abang 50l3h pulak...Abangnye ini masih pelat. Selalu kurang 'G'...
Abang jadi aban...

Yeee...betuuulll!!!, ....'Abam' dan 'Aban' merujuk pada orang yang sama iaitu .....50l3h!
Ha ha ha...

saje merepek malam ni...aku geli hati lagik ni bila terkenangkan telatah dua budak ni...hehheheeee...

Monday, October 12, 2009

Tiada Lagi Day Light Saving Time...Tahun Ni Waktu Sama dengan M'sia

Sekarang ni cuaca pun tengah beransur panas...Menjelang malam dan awal pagi tu masih sejuk sangat...naik ke tengahari, terik membakar... Aku berharap sangat musim panas tahun ni tak panas membahang sangat...aduuhh...[tu baru kat dunia, yang mataharinya berzilion jengkal dari kepala...tu pun aku dah keluh... ]...

Bila musim panas yang mana siang lebih panjang dari malam, dengan adanya Sistem Daylight Saving Time ni, waktu tempatan disini bertambah 1 jam kehadapan.

Tahun ni, setelah percubaan beberapa tahun implementasi Day Light saving Time di Western Australia(WA), hasil survey menunjukkan pengundi 'DayLight saving Time' di WA ramai mengundi untuk mengatakan TIDAK. Maka, tahun ini musim panas kami di sini akan sewaktu yang sama di M'sia. Tidak ada lagi 1 jam di hadapan...

Tapi kebanyakkan bussinessman, suka Daylight Saving Time sebab mudah utk berurus niaga dengan negeri2 Australia yang lain. Kebanyakkan negeri Australia yang lain mengamalkan sistem ni. Beza standard time hour antara Western Australia dengan Eastern Australia adalah 2 jam. Jika Eastern part of Australia mengamalkan sistem Daylight Saving Time dan Western part of Australia tidak, maka beza waktu antara mereka menjadi 3 jam. Ini bermakna waktu urusniaga lebih pendek walaupun siangnya panjang.

Personally kalau orang tanya aku suka yang mana, ... aku akan jawab aku suka ada daylight saving time lagik sebab tak terkejar2 dengan matahari walaupun siang makin panjang sekarang ni...masa tidur pun lebih ok dari masa tak de sistem daylight saving time. Huhuuu...aperkan daya, aku tak de kuasa...tambahlak menumpang di negara orang...ikut jer la...

Monday, October 5, 2009

Kad Raya Dari Kangar


Kad raya ni dah lama sampai...tak sempat tayang jer...Hari ni anak - anak tido awal...maka sempatlah nak hias blog ni dengan cerita dan gambar serta kad raya spesel ni.
Heheee....Terima kasih banyak2, Zue.

Spring Fever @ Araluen...


2 Hari lepas kami sampai Perth, kami pergi berjalan jauh dari rumah kami yang sangat semak dengan beg - beg baju dan barang - barang kami yang lain yang tak sempat berkemas lagik pada masa itu ke tempat yang lebih tenang dan damai iaitu taman bunga di Araluen. Masa tu memang letih, tapi nak berehat minda jap dari kesesakan dan keselrekan rumah. Budak - budak ni pun suka...berlari ke sana kemari setelah aah brapa hari terperap kat rumah. Kiteorang decided nak pergi weekdays. Tak nak datang weekend, ramai orang.

Subhanallah, memang cantik bunga - bunga kat sini. Kebanyakkannya tulip. Menurut senior lepas - lepas...taman bunga ni lebih cantik pada tahun - tahun lepas berbanding tahun ni sebab pihak pengurusan taman ni kekurangan dana. Awal tahun ini, depa ada buka sapa sukarela yang nak tulong tanam bunga.

Bayaran masuk ke taman ni, teramatlah murah iaitu AUD4 seorang dewasa, AUD2 untuk kanak - kanak. Baby macam E-m4n free. Sebab murah sangat kot, sebab tu depa tak dapat nak tampung ongkos taman bunga ni di zaman barang serba naik ni...

Dulu ada ura - ura yang taman ni akan ditutup. Aku harap tak lah, sebab taman ni cantik. Sayang. Harap depa dapat kekalkan keindahan dan giatkan publisiti serta menjadikan tarikan tersebut sebagai usaha tarik lagik orang ramai datang sini lagi...

k lah...sekian update kali ni.

~Raya dan Kampung ~


Seperti yang pernah diberitahu pada entry sebelum ni, kami beraya kat lenggong tahun ni. Masa kat lenggong, budak budak ni kemain lagik suka main api...termasuk bunga api... Kebetulan plak entah kenapa entah kat kampung lenggong ni selalu plak black out setiap malam sejak nak raya dan malam raya. Jadi setiap malam budak2 ni main api...baru tau api bukan untuk memasak je...main pun boleh...tapi kene berhati - hati, kecik - kecik jadi kawan...Yang besar boleh jadi lawan...

Suamiku panggil kuih ni Limas...Aku nampak macam tepung pelita...menurutnya Limas ni lain dari tepung pelita...hmmmmm, sejak kawen dengan dia dah jadik kompius aku...korang tak yah le tanya aku...aku tak tahu...yang aku tau makan je...
sodap! Nyum nyum...heheheee

Lemang ni juadah wajib raya famili belah husband aku, ... walau hujan lebat tak patah semangat ...Hidup Lemang!...sorak je...aku bukan peminat lemang, tapi aku isteri kepada peminat lemang....

Yang ni memang favourite den...masak lomak cili api...perrrrhhh ngancam! Resipi?...Bahan semua ada dalam gambar tu...bawang putih jer tak nampak sebab terlindung bawah serai. Dah tumbuk semua masukkan dalam belanga/periuk + santan cair. Naikkan atas api. Dah nampak mula mendidih, masukkan telur satu persatu. Bior kan jap dalam 6-8 minit dengan api yang sederhana. Bila rasa cam dah nak masak telur2 tu, masukkan santan pekat. Biarkan jap pastu masukkan daun kunyit yang dah diracik halus. Garam Asam Gula semua korang pepandailah adjust secukup rasa wokeyh...ikut ler selera masing- masing.

Gambar atas tu ikut urutan...


Gambar yang terakhir ni gambar dua beradik kat kampung, Pokok Sena. Raya ke 4 kami merantau jauh nuun ke utara, kampung aku belah abah aku...Bawak bebudak ni ziarah moyangnya di Kedah. Kali ni tak sempat nak beraya ke kampung aku belah selatan Melaka & Singapura. Hmmmh, insya Allah pas ni kene susun plan ziarah moyang belah selatan plak...

Raya kali ni kami sambut serba sederhana. Pakaian budak-budak pun tak worth beli mahal2...buat naik ruam je. Last2 baju kapas yang berlubang-lubang tu jugak yang disarungnya. Haaa...baju tu banyak...banyak jadi baju raya dan koleksi musim panas kat Perth nanti...

2 hari terakhir kami di M'sia. Handphone kami pulak hilang. Entah kemana perginya. Sim card kami dah berjaya block. Habis no contact hilang. Sib baik jugalah ade buat bekap kat kompiter...kalau tak jenuh!